Simbol & Penjelasan
Full Auto – Kotak berwarna hijau ini akan memudahkan anda untuk mengambil gambar kerana ia telah diprogramkan segala fungsi auto.
Creative Auto – Hanya boleh dijumpai pada EOS DSLR yang keluaran terbaru sahaja.
Metered Manual – Anda hanya set shutter speed dan aperture sahaja. Kamera akan berikan bacaan fungsi yang lain.
Aperture – Gunakan ini jika anda ingin set sendiri aperture anda. Fungsi yang lain seperti shutter speed, ISO, AWB akan ditentukan sendiri secara auto pada kamera.
Shutter Priority (Time Value) – Begitu juga dengan simbol ini. Anda boleh set sendiri shutter speed dan yang lain akan ditentukan oleh kamera.
Program Shift – Kamera akan secara auto set pada shutter speed dan aperture akan tetapi anda perlu set sendiri dari segi AWB, ISO, setting lain dan sebagainya.
Movie Mode – Simbol ini anda akan jumpa pada model-model EOS terbaru termasuklah mereka gambar berbentuk HD.
Potrait Mode – Penggunaan mode ini akan menghasilkan kulit wajah yang lebih lembut dan mulus. Penggunaan aperture yang lebih tinggi atau rendah akan menyebabkan bahagian belakang gambar tidak fokus. Sama seperti Nikon.
Landskap Mode – Set aperture yang sesuai bagi merakam gambar berbentuk depth-of-field.
Close – Up Mode – Gunakan aperture yang sesuai dengan mengaburkan latar belakang gambar tersebut.
Sports Mode – Fungsinya sama seperti Nikon, untuk memegunkan sebarang bentuk pergerakan.
Night Potrait Mode – Mode ini akan menggabungkan flash dan slow shutter speed. Akan tetapi anda perlu mengubah sendiri setting yang lain.
Flash Off Mode – Penggunaan 100 peratus automatik dan hanya flash sahaja tidak berfungsi.
Automatik Depth Of Field – Gabungan aperture dan depth-of-field akan menjadikan gambar anda menjadi lebih jelas dan tajam.