Bot fiber atau kayu mempunyai kelebihan tersendiri yang mana kedua dua jenis bot ini mempunyai daya apungan di atas air mengikut rekaan kapasiti tanggungan beban muatan sesebuah bot.

Maksud bebanan adalah bebanan kapasiti berat pemancing dan berat sesebuah enjin sangkut yang menjadi nadi penggerak kepada sesebuah bot.

Berat kedua-dua elemen ini perlu diambil kira kerana berat yang berlebihan akan menjadi tekanan kepada bot apabila menampung berat dalam satu-satu masa.

 

Kesesuaian di antara sampan dengan enjin sangkut perlu di titik beratkan kerana padanan yang sesuai banyak mempengaruhi soal keselamatan, penjimatan bahan bakar dan penjimatan masa.

Berkata soal keselamatan, adalah tidak wajar bagi fiber 10 kaki disumbatkan enjin sangkut 30 kuasa kuda.

Padanan begini boleh mengundang risiko walaupun bot masih mampu timbul di permukaan air namun bebanan enjin seberat 50 hingga 60 kilogram dan ditambah lagi dengan penumpang maka tampungan beban bot akan melebihi kapasti sebenar.

 

Kelajuan yang boleh dicapai dengan padanan sebegini boleh mengundang padah apabila throttle dipulas habis kerana ia mampu mencecah 15knot dan apa saja boleh berlaku dengan kelajuan sedemikian di laut, tasik atau sungai.

Ads

Kemalangan seperti bot terbalik atau terlanggar kayu akan menjadi lebih tinggi berbanding dengan kelajuan mengikut keperluan sebenar.

 

Ini adalah anggaran mengikut kesesuaian tampungan sesebuah bot dan janaan tenaga penggerak enjin sangkut dalam satu-satu masa.

Contoh di atas boleh diguna pakai kerana kebiasaannya bot direka hanya untuk menampung berat mengikut kapasiti jisim yang telah dikira secara tepat Kiraan di atas adalah untuk rekreasi memancing dan bukan bertujuan untuk perlumbaan sukan air.

 

Ada pemilik bot memasang enjin sangkut melebihi kapasiti sebenar bot untuk tujuan tertentu namun bagi kaki pancing perkara pertama yang perlu diambil kira adalah keselamatan dan selebihnya barulah melihat aspek kelajuan sesebuah bot.

Ads

Kuasa tinggi yang ada pada enjin bot mampu memberi kepuasan kepada pemandunya dan pemancing lain untuk beralih dari satu lubuk ke satu lubuk.

 

Selain itu, padanan kuasa yang ada pada enjin tersebut mampu menolak bot menyusuri laluan mengikut kehendak pemandunya dengan lancar dan dapat menjimatkan bahan bakar.

Apungan mengikut kapasiti akan mengurangkan tekanan kepada bot untuk bergerak dan ini akan menjadikan perjalanan akan menjadi cepat dan lebih menjimatkan.

 

Kapasiti bot, enjin & pemancing

Ads

 

Saiz BotKuasa EnjinBilangan Penumpang
7kaki2.5hp – 3.3hp1-2 orang
10kaki4hp – 8hp2-3 orang
12kaki10hp-15hp2-3 orang
13kaki – 14kaki15hp-25hp3-4 orang
15kaki30hp4 orang

 

 

 

baca juga Penjagaan bot & enjin

 

Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!

Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan

Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI