Snap adalah perkakasan terminal yang menyambung gewang (atau lain-lain aksesori) dengan peralatan utama pancing. Snap ini dipanggil dengan pelbagai nama. Ada yang memanggil pin dan juga kili atau cili.
Namun kili atau cili lebih merujuk kepada swivel iaitu perkakasan terminal kecil yang boleh berputaran bebas. Untuk tidak menimbulkan kekeliruan, saya menamakannya snap atau klip (clip).
Norman speed snap
Konsepnya hampir sama dengan Hawaiian snap tetapi ia terbentuk hasil daripada teknik pemulasan untuk menambah kekuatan dan membantu pengekalan snap serta gelung penyambung dengan tepat. Ia amat kuat bagi saiz sedemikian dan tentu cepat dan mudah digunakan.
Anda boleh tambah kili atau swivel jika mahu. Bagaimanapun ia tidak muat untuk dimasukkan pada lubang seperti jighead kecil, kerana ketebalan wayarnya pada gelung penyambung adalah berganda.
Jika titik sambungan melibatkan dawai berdiameter lebih halus daripada speed snap, ia cenderung untuk terselit di antara gelung penyambung snap ini, menyebabkan gewang boleh terlepas keluar. Penambahan gegelung cincin (spilit ring) boleh mengatasi masalah ini.
Quick Change snap
Snap ini adalah hasil kraftangan dan bentuknya mirip snap kertas, tetapi diperbuat daripada wayar yang lebih kuat dengan beberapa idea yang sangat bijak. Sedikit bengkokan pada hujungnya membolehkan kemasukan gewang dengan mudah. Manakala lengkokan tersudut di hujung satu lagi menghalang gewang dari terlucut.
Pertama kali melihatnya saya kagum. Ia amat kuat dan mudah digunakan. Anda boleh boleh tambah swivel dengan mudah jika mahu, dan ia boleh disambung kepada apa saja jenis gewang. Walau bagaimana pun snap ini agar sukar ditemui di pasaran.
Duolock snap
Snap ini diperbuat daripada sebatang wayar halus yang dipulas untuk membentuk system cangkuk berspring bagi menutup kedua-dua hujungnya. Ia merupakan snap yang agak baik dan dipercayai untuk pancingan ringan. Cuma ia diperbuat daripada wayar yang lembut. Oleh kerana ia sangat ringan, ia tidak terlalu mempengaruhi aksi gewang. Ia merupakan antara snap yang banyak digunakan oleh pengilat.
Cross lock snap
Snap ini sama seperti duolock snap kecuali ia diperbuat daripada wayar berkuatan tinggi dan system penguncinya terletak di atas seksyen wayar yang membuatkan ia lebih kuat dan selamat.
Walaupun snap ini didatangi dengan saiz agak kecil, ia diperbuat untuk keperluan pancingan tugas berat yang membuatkannya agak berat. Jadi untuk pancingan ringan, elok gunakan system snap yang lain. Ia merupakan snap pilihan saya untuk apa saja yang memerlukan snap kecil tetapi kuat dan ramai pemancing lain juga.