Siput sudu kaya akan kandungan zat besi. Zat besi amat diperlukan untuk membentuk hemoglobin, iaitu protein khusus yang bertugas untuk membawa oksigen dalam darah ke seluruh tubuh. Tanpa hemoglobin dalam darah, organ-organ tubuh anda tidak akan berfungsi dengan baik kerana kurang oksigen.
Dengan memakan siput sudu, ia membantu meningkatkan hemoglobin dalam darah. Dalam pada itu, sekiranya anda mempunyai penyakit anemia defisiensi, ia membantu membekalkan zat besi yang cukup untuk membentuk hemoglobin.
Anda boleh mendapatkan khasiat asid lemak omega-3 yang tinggi dalam satu portion siput sudu segar. Asid lemak omega-3 sendiri mampu menurunkan kadar trigliserida yang terlalu tinggi. Kadar trigliserida yang tinggi berisiko menyebabkan pelbagai masalah jantung seperti pengerasan pembuluh arteri dan serangan jantung.
Ads
Akan tetapi, jangan makan siput sudu secara berlebihan. Ini kerana siput sudu mengandungi kolesterol. Kadar kolesterol yang terlalu tinggi juga berisiko buat kesihatan jantung.
Protein adalah zat gizi yang berperanan penting dalam membentuk massa otot sekaligus merawatnya dari kerosakan jaringan atau sel. Khusus buat Anda yang sering mengalami sakit otot, protein siput sudu juga dapat mempercepatkan proses pemulihan otot-otot yang keras dan sengal.
Ads
Seperti makanan laut lainnya, siput sudu juga kaya akan protein. siput sudu bahkan jadi sumber protein yang lebih sihat dari daging lembu atau ayam kerana kandungan lemak dan kalorinya lebih rendah.
Bagi membolehkan menjalankan tugasnya dengan baik, sistem saraf dalam tubuh anda memerlukan vitamin B kompleks. Salah satunya iaitu vitamin B12. Kekurangan vitamin B12 berisiko menyebabkan kerosakan saraf hingga penurunan fungsi otak.
Ads
Oleh kerana itu, manfaat siput sudu yang mengandungi vitamin B12 dalam jumlah tinggi sayang sekali kalau diabaikan. Makan siput sudu mampu membantu menjaga fungsi sistem saraf anda, terutama pada bahagian otak.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Di sini disenaraikan beberapa golongan pemancing yang mungkin wujud dikalangan mereka. Kategori pemancing ini dikategorikan berdasarkan kajian ‘psikologi pemancing’ yang telah dijalankan di negara maju. Kategori pemancing ini juga berdasarkan maklumat yang diberikan oleh pemancing, tentang motif atau tujuan mereka keluar memancing. Berikut adalah kategori pemancing tersebut:
Kategori Rileks
Bagi mereka yang tergolong dalam kategori ini, tujuan utama mereka pergi memancing adalah semata-mata untuk ‘berehat’ atau rileks. Mereka tidak mahu memikirkan tentang perkara lain, selain berehat. Mereka menganggap memancing merupakan ganjaran, setelah penat bekerja membanting tulang mencari rezeki. Berehat boleh dikategori kepada dua, iaitu berehat ‘minda’ dan berehat ‘fizikal’. Berehat bertepatan dengan konsep memancing rekreasi iaitu ‘mencari rek-rea-si’.
Kategori Suka-Suka
Ada juga golongan pemancing yang dikategori sebagai mencari keseronokan. Tujuan utama mereka memancing hanyalah untuk berseronok. Tidak kira walau apa pun keadaan dan situasi memancing (di kolam, sungai, tasik, laut / dapat ikan atau tidak) mereka pasti akan mendapat keseronokan. Berseronok boleh dikaitkan dengan ‘hobi’, di mana aktiviti memancing merupakan hobi kegemaran mereka pada waktu lapang.
Kategori Silaturahim
Terdapat juga pemancing yang mahu meluangkan masa bersama rakan mereka. Mungkin rakan yang dimaksudkan adalah rakan yang sudah lama tidak berjumpa, rakan tempat kerja, rakan karib, atau rakan istimewa! Mereka membuat temu janji dan menyediakan peralatan memancing, lalu menuju ke destinasi memancing. Mereka akan meluangkan masa bersama, mungkin bertanya tentang perkembangan terkini atau mengimbau kenangan lalu sebagai rakan. Terbukti, aktiviti memancing dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama insan.
Kategori Kekeluargaan
Ada pemancing yang mahu meluangkan masa bersama isteri dan anak-anak ketika memancing. Kesibukan seharian bekerja dan anak bersekolah, menjadikan pemancing jarang dapat meluangkan masa bersama. Kebiasaannya, mereka dari kategori ini akan memilih tempat memancing yang mesra keluarga, yang mempunyai kemudahan seperti tempat berkelah, taman permainan, serta tandas awam. Sama ada mereka sekeluarga memancing bersama, atau setiap ahli keluarga melakukan aktiviti sendiri.
Kategori Solo
Pemancing yang tergolong dalam kategori ini merupakan mereka yang mahu meluangkan masa bersendirian. Tujuan mereka memancing adalah bagi mendapatkan ketenangan, jauh daripada kehadiran orang lain. Mereka tidak mahu diganggu dan hanya ingin menghayati saat mereka bersendirian. Biasanya, mereka akan memilih lokasi memancing yang agak tersorok dan tidak diketahui oleh orang ramai. Lumrah bagi manusia untuk bersendirian, mencari ketenangan ketika memancing.
Kategori Janji Mancing!
Ada juga golongan pemancing yang tidak mempunyai tujuan yang khusus. Mereka ini akan menyatakan ‘tak dapat ikan pun tak apa, yang penting aku memancing’. Tujuan utama bukanlah untuk mendapatkan ikan, malah dapat memegang joran dan mencampakkan umpan ke dalam air pun sudah memadai. Kebiasaannya golongan ini mempunyai set joran, walaupun ringkas, disimpan di dalam kereta. Mereka yang berada dalam kategori ini menganggap hobi memancing sebagai sangat penting dalam kehidupan mereka.
Ikan tilapia merupakan ikan air tawar yang hidup dalam sungai, tasik, lombong atau perairan tawar lain. Dalam ekositem alaminya selain sebagai khasiatikan air tawar untuk kesihatan, ikan tilapia berperanan sebagai pembersih alamin bahan beracun dalam lingkungan air tempat tinggalnya.
Ikan ini juga mudah diternak. Ikan tilapia memiliki nilai gizi yang cukup baik. Kandungan nutrisinya seperti protein, mineral, vitamin dan zat gizi lain dapat meningkatkan produktiviti lelaki.
Merawat kesihatan jantung
Ikan tilapia memiliki kandungan omega 3. Khasiat omega 3 untuk kesihatan salah satunya adalah mencegah terjadinya serangan jantung. Ikan tilapia juga memiliki kalium yang mampu menjaga kestabilan tekanan darah anda khususnya mengurangkan tekanan anda. Khasiat ini mendukung anda melakukan aktiviti fizik secara optimal. Tekanan darah stabil juga membuat anda lebih rileks dalam menyelesaikan pekerjaan.
Stamina Tubuh Tetap Terjaga
Khasiat protein yang dimiliki ikan tilapia mampu meningkatkan stamina bagi tubuh. Kandungan protein ikan tilapia dipercaya dapat menjaga stamina tetap optimal sehingga memungkinkan anda menjalani aktiviti harian secara maksimum.
Mencegah Terjadinya Barah Prostat
Khasiat ikan tilapia berikutnya adalah mencegah terjadinya penyakit prostat. Kandungan selenium yang dimiliki ikan tilapia merupakan sumber antioksidan alami. Khasiat antioksidan ini diantaranya adalah mencegah dan menurunkan risiko terjadinya barah prostat. Pengambilan ikan tilapia secara teratur menjadi salah satu cara untuk merawat sistem reproduksi anda agar tetap sihat.
Meningkatkan Daya Fikir
Omega 3 dalam ikan tilapia tak hanya merawat kesihatan jantung tetapi juga dapat meningkatkan kecerdasan otak. Dalam banyak penelitian kandungan omega 3 merupakan nutrisi yang baik bagi otak manusia. Ketika kemampuan otak bertambah baik anda dapat selalu mudah berfikir untuk menyelesaikan pekerjaan, produktiviti kerja meningkat dan memberikan anda kepuasan hidup yang tinggi.
Menjadikan Diri Terasa Lebih Muda
Kandungan selenium yang terdapat pada ikan tilapia ternyata dapat meningkatkan fungsi kerja Vitamin C dan Vitamin E dalam tubuh. Apabila dua vitamin tersebut dapat bekerja dengan sempurna hal ini juga akan bermanfaat pada kesihatan kulit anda. Kulit yang sihat akan memberikan anda penampilan yang prima dan meningkatkan rasa percaya diri. Anda akan merasa selalu muda dalam menjalani aktiviti sehari-hari sehingga produktiviti meningkat dan memberikan nilai positif dalam setiap aktiviti.
Menguatkan Tulang dan Gigi
Khasiat ikan tilapia selanjutnya adalah mampu menguatkan tulang dan gigi. Kalsium dan fosfor yang terdapat dalam ikan tilapia merupakan mineral penting yang diperlukankan oleh tubuh. Khasiat kalsium dan fosfor yang utama adalah untuk pertumbuhan tulang dan gigi. Ketika tulang anda sihat anda akan bebas dari pelbagai penyakit tulang. Selain itu gigi yang kuat juga meningkatkan fungsi mengunyah makanan dengan baik, hal ini tentu bagus pada pencernaan dan penyerapan nutrisi dalam tubuh. Tulang dan gigi yang kuat mampu membuat produktiviti kerja meningkat serta kesihatan tubuh dapat terawat baik.
Menstabilkan Berat Badan
Walaupun ikan tilapia mempunyai zat protein yang tinggi anda tak perlu khawatir berat badan akan bertambah drastis, Sebab kandungan kalori dan lemak pada ikan tilapia sangat rendah. Berat anda akan tetap stabil dan ideal. Berat badan yang stabil memberikan anda respon kerja yang optimal sehingga pekerjaan mudah dan cepat di selesaikan dan produktiviti meningkat. Selain itu ikan tilapia juga bagus untuk anda yang menjalani program diet, anda tetap mendapatkan sumber protein yang cukup namun tak khuatir berat badan akan bertambah.
Mampu Mengurangi Rasa Gugup
Khasiat zat kalium dalam ikan tilapia dipercaya mampu meningkatkan lancarnya oksigen yang masuk ke dalam otak, menjaga cairan tubuh tetap seimbang dan mengurangi respon perasaan gugup dalam diri anda. Rasa gugup dapat mengurangi kemampuan komunikasi yang efektif dan menghambat pekerjaan. Pengambilan ikan tilapia sebagai salah satu solusi yang tepat untuk mengatasinya dan meningkatkan produktiviti hidup.
Cara mengesan jika dijangka akan berlaku kejadian:
Sentiasa melihat ke arah hulu sungai atau puncak atau lembah pegunungan. Lihatlah pergerakan awan, jika mendung kemudian keputihan bermakna hujan telah turun. Maka buatlah penilaian anda sendiri sama ada selamat atau tidak untuk terus memancing di sungai itu.
Jika anda memancing di kawasan hulu sungai atau air terjun terutamanya musim hujan, lihatlah sekeliling kawasan dan cuba cari sebarang tanda yang menunjukan paras air yang melimpah di kawasan tersebut. Selepas itu buatlah suatu tanda aras selamat. Sebagai contoh dengan menggunakan kayu atau batu sebagai penanda aras sama ada air naik atau tidak.
Bunyi dentuman gerakan batu-batan, pokok kayu tumbang atau deruan air dari hulu sungai. Air sungai berbuih dan meningkat secara tiba-tiba (kelodak, daun reput atau ranting kayu muncul dengan banyak di permukaan air). Maka segeralah beredar dari sistem ke kawasan tinggi.
Dengan melihat perubahan warna air dan arus yang mengalir, jika air bertukar warna dari jernih menjadi keruh juga arus bertambah kuat lebih baik anda naik.
Kadangkala air tidak menjadi terus keruh, tetapi perubahan kepada deras air akan berlaku. Jika anda merasakan tekanan kepada kaki, seperti tenggelamnya ia di dasar sungai (akibat pasir) maka naiklah ke darat.
Apa patut buat jika ia berlaku kepada anda?
Jika sedang berkhemah dan memancing, segeralah cari kawasan yang lebih selamat terutamanya kawasan yang lebih tinggi dan jauh dari sungai. Kemas dan bawa barang-barang atau dokumen penting terlebih dahulu.
Jika sedang trekking dan meranduk sungai secara berkumpulan, bantulah rakan yang berada di tengah-tengah untuk menyeberang secepat mungkin. Jika ada yang baru menyeberang atau belum menyeberang maka berpatah balik dan carilah tempat selamat. Segera berlari naik ke kawasan tinggi atau memanjat pokok besar yang difikirkan selamat.
Sekiranya anda tidak bernasib baik terperangkap, berpautlah pada pokok, ranting atau apa saja yang boleh dijadikan apungan. Dalam pada masa yang sama ikut sahaja arus itu dan cari peluang untuk berenang ke tepi. Jangan cuba melawan arus kecuali anda yakin mampu melawan arus untuk ke tebing.
Andai kata ada mangsa yang terperangkap dan boleh diselamatkan, gunakanlah tali atau kayu untuk menolong mereka ke tempat selamat. Jangan berenang untuk menolong kerana sangat berbahaya.
Ini disebabkan jika kepala air berlaku, kebiasaannya ia akan membawa sekali kayu atau pokok yang tumbang batu dan pasir dan ini akan boleh mengakibatkan kecederaan yang teruk.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...