Ketahui Karakter Pemancing Berdasarkan Kayuhan Reel Baitcasting!!

Share

 

Pemancing Pakai BC Kayuh Kanan

Seorang yang keras kepala. Kalau dia dah suka satu teknik mancing, dia takkan tukar lagi dah walaupun kumpau.

Seorang yang kuat memberontak. Jangan memain dengan diorang ni… siaplah kalau korang kencing diorang.

Tidak suka orang mengarah dia. Jadi korang janganlah nak suruh diorang buat itu ini nak-nak lagi kalau diorang tengah tekun memancing.

Kalau ada yang nak cari pasangan hidup, carilah pemancing yang guna reel kayuh kanan sebab diorang memang setia.

Seorang yang hati kering. Mana-mana port dia main redah je takde fikir pasal apa-apa pun.

Nampak macam garang… tapi memang garang kecuali pada orang-orang yang dia sayang.

Kalau ada masalah, diorang ni senyap-senyap je dan suka menyendiri.

Jika ada orang yang dalam kesusahan, diorang laju je tolong setakat yang mampu.

Seorang yang pendiam tapi kalau dah kenal rapat memang riuh jadinya.

Seorang yang pantang dicabar dan selalunya berjaya menyahut cabaran.

 

 

Pemancing Yang Pakai BC Kayuh Kiri

Boleh dikatakan semua pemancing yang pakai reel kayuh kiri ni memiliki hati yang lembut.

Walaupun cepat naik angin tapi diorang jugak cepat sejuk.

Seorang yang sangat suka bergurau dan boleh menerima gurauan.

Walaupun berhadapan dengan masalah, diorang kekal tersenyum macam takde apa-apa masalah.

Sangat suka buat lawak bodoh.

Fikirannya yang sukar untuk difahami orang lain. Kadang-kadang berkelakuan pelik.

Juga seorang yang pantang dicabar walaupun tahu akan menyusahkan diri sendiri.

Dia akan hancurkan benda-benda di sekelilingnya apabila marah. Tapi hanya akan marah pada orang yang buat hal dengan dia saja.

 

Published by
Amang