Benarlah kata orang tua-tua bahawa makanan yang kita ambil mengandungi kelebihan dan keburukan tersendiri. Terutama sekali makanan yang dikatakan mempunyai banyak ‘angin’ dan boleh membuatkan tubuh badan kita memberi tindak balas yang kita sendiri tidak sangka.
Kadang-kadang kita akan perasan atau tidak apabila kita makan sesetengah jenis ikan, badan kita akan jadi gatal-gatal dan perut berangin. Kenapa boleh jadi macam itu? Ikan pun ada angin ke?
Dari segi teori saintifik, histamin berlebihan di dalam badan menyebabkan badan jadi sensitif, mudah radang bengkak secara teorinya.
Histamin berlebihan juga menyebabkan pergerakan rahim menjadi hiperaktif. Rasa sakit seperti senggugut. Emosi boleh terganggu. Kerisauan, fikir negatif banyak-banyak. Badan jadi gatal dan ruam timbul. Asid perut naik, perut jadi kembung, aktif dan berbunyi. Loya dan cirit birit.
Ads
Maka bagi mereka yang sensitif, terutamanya mereka yang ada sejarah keluarga alahan seperti ekzema, resdung dan asma, pantang dahulu makanan histamin buat sementara.
5 jenis ikan yang anda perlu elak ialah:
Ikan kembung
Ikan tongkol
Ads
Ikan cencaru
Ikan bawal (hitam/emas)
Ikan pari
5 jenis ikan yang selamat dimakan tanpa kegatalan:
Ads
Ikan tenggiri
Ikan talang kering
Ikan bilis
Ikan gelama
Ikan selar
Walau bagaimana pun bukanlah bermakna kita yang bermasalah ini tidak boleh langsung mengambil ikan-ikan tersebut, cuma perlu dikurangkan jumlah kuantiti dan kekerapannya sahaja.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
“Pukul 10 malam nanti kamu tunggu aku kat pondok tepi sungai tu!” teriak Aboy sambil berlalu pergi dengan Honda EX5nya.
Cadangnya, mereka berdua hendak memancing di Sungai Perak yang diketahui umum masih banyak lagi penghuninya. Menurut Aboy sekarang ni musim ikan patin dan tenggalan sedang galak meragut pancing. Lebih kurang 10.20 malam, kelihatan Rahimi tergesa-gesa menunggang motosikalnya menuju ke pondok yang dijanjikan.
“Iskh… macam mana boleh terlelap pulak tadi ni,” gerutu hatinya. Dia sudah terlewat daripada masa yang dijanjikan. Sampai sahaja di pondok, dilihatnya sesusuk tubuh seorang lelaki sedang menunggunya di situ. Walaupun keadaan malam agak kelam tapi dia kenal itu ialah Aboy yang sedang menunggunya.
“Minta maaf Aboy, aku tertidur tadi. Lama dah ke kamu tunggu?” tanya Rahimi sambil menggaru kepalanya yang tidak gatal. Pertanyaannya tidak dijawab oleh temannya itu. Masih marah agaknya kat aku teka Rahimi dalam hatinya. Tanpa sebarang jawapan, terus sahaja Aboy berjalan laju membawa perkakas memancing di hadapan dan Rahimi hanya mengekori sahaja.
Dengan bantuan lampu suluh, mereka berdua terus berjalan menuju ke Lubuk Batu yang terletak tidak berapa jauh dari pondok perjumpaan mereka. Dalam 15 minit sahaja berjalan kaki sudah sampai ke tempat yang agak popular di kalangan pemancing tempatan.
Lubuk ini bukan sahaja terkenal kerana penghuninya yang bersaiz mega tapi terkenal juga dengan pelbagai kisah misterinya. Tambahan pula di sebelah lubuk ini adalah kawasan perkuburan lama. Ini menambahkan lagi keseraman kawasan ini. Tapi, memancing punya pasal semua perkara itu ditolak ke tepi.
Sebaik sahaja sampai, tanpa berlengah lagi umpan dipasang untuk menduga penghuni lubuk itu. Umpan buah ara yang dipotong dadu diharapkan dapat memikat ikan patin atau apa sahaja ikan yang ada di sini. Tidak sampai 5 minit, joran Rahimi melengkung dengan kuat tanda umpannya sudah mengena. Sepantas kilat Rahimi terus mengepam talinya.
“Baru baling terus kena!!” teriaknya sambil melayan tarikan ikan dengan berhati-hati agar tidak terlucut. Hasil pertamanya ialah ikan patin seberat 2 kilo. Dengan semangat berkobar, segera dicangkukkan lagi umpan buah ara untuk mendapatkan hasil yang kedua.
“ Aku dapat lesen dah ni. Kamu bila lagi?” gurau Rahimi kepada Aboy yang dari tadi senyap tidak bersuara.
Sejam sudah berlalu, tapi Rahimi masih tidak putus-putus menerima sentapan dan tarikan ikan. Memang banyak rezeki dia malam tu. Tong yang dibawanya hampir penuh dengan ikan.
Dalam melayan sentapan ikan hatinya berasa tidak sedap hati kerana rakannya langsung tidak bersuara. Hanya duduk membatu memandang ke sungai sambil memeluk kedua kakinya. Dia baru perasan cahaya bulan malam tu seolah-olah menembusi tubuh temannya. Rahimi mula rasa gelisah.
Tiba-tiba temannya berpaling memandangnya. Dengan mata yang dan wajahnya yang menakutkan mengejutkan Rahimi. Barulah disedarinya bahawa itu bukan Aboy temannya. Dalam situasi yang tidak disangka itu ia teringat pesanan orang tua iaitu jika terjumpa dengan benda misteri buat seolah-olah tidak nampak sahaja.
Makhluk itu menghampirinya. Jantung Rahimi seperti hendak gugur berdegup kencang tetapi digagahinya juga seolah-olah dia tidak nampak makhluk itu yang sudah duduk di sisinya. Dalam kesunyian malam itu tiba-tiba makhluk itu berbisik ke telinga Rahimi.
“Pura-pura tidak nampak iye.…..”
Tidak tahu betapa lajunya Rahimi berlari ketakutan meninggalkan lubuk itu. Segala peralatan memancingnya ditinggalkan.
Inilah pertama kalinya dia mengalami pengalaman sebegini. Seluruh tubuhnya dibasahi peluh walaupun cuaca malam itu dingin sekali.
“Rahimi!! Rahimi!” teriakan suara memanggil namanya mengejutkannya.
Kelihatan Aboy sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya.
“Aku minta maaf sebab tak dapat ikut kamu memancing semalam. Mak aku tiba-tiba kena lelah. Aku kena hantar dia ke hospital semalam. Aku tak sempat nak beritahu kamu malam tadi,” tutur Aboy.
Rahimi terpinga-pinga. Dia kelihatan keliru dan wajahnya sekali lagi bertukar menjadi pucat. Dia teringat tentang ‘Aboy’ yang bersamanya memancing malam tadi tanpa suara. Patutlah selama ini, pesan orang-orang tua di kampungnya selalu berkata kena beringat ketika memancing dan hendaklah berteman, lebih-lebih lagi di waktu malam, terutama di Lubuk Batu.
Dia yang selama ini, tidak pedulikan langsung teguran dan nasihat, akhirnya akur perlu sentiasa berhati-hati ketika keluar memancing. Selepas menceritakan apa yang berlaku Aboy, ternyata Rahimi begitu fobia untuk keluar memancing, lebih-lebih lagi pada waktu malam.
5-8 ekor ketam saiz sederhana (seberapa banyak korang dapat pun boleh)
5 ulas bawang merah (hiris halus)
2 ulas bawang putih (diketuk)
5 cm halia (ditumbuk pecah)
Sedikit kulit kayu manis, bunga lawang, pelaga, cengkih
1 sudu makan rempah sup,
1 sudu teh serbuk lada hitam
Cara-cara memasaknya :
Panaskan sedikit minyak untuk menumis dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia.
Kemudian masukkan kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan pelaga.
Bila dah wangi, masukkan rempah sup.
Masukkan air sebanyak mana yang korang suka dan biarkan hingga mendidih.
Masukkan ketam dan biarkan sehingga masak.
Tambah lada hitam dan garam secukup rasa.
Bila nak hidangkan boleh masukkan daun sup atau bawang goreng. Kalau tak minat tak perlulah masuk.
Dari Amru Ibnu Al-Ash RA, Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda:
“Perbezaan antara puasa kita dengan puasanya Ahli Kitab adalah makan sahur.”
(HR Muslim No: 1836) Status: Hadis Sahih
Huraian:
Manusia sejak dari zaman dahulu kala lagi telah mengenali amalan puasa. Mereka berpuasa bukan sahaja didorong oleh agama tetapi juga kerana beberapa tujuan tertentu.
Ibadat puasa yang telah diwajibkan ke atas umat Islam juga telah dilakukan oleh orang-orang Yahudi dan Nasrani, cuma terdapat beberapa perbezaan:
Orang-orang Islam menyegerakan berbuka puasa sedangkan orang Yahudi dan Nasrani melambat-lambatkannya.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:
“Agama akan sentiasa tampak syiarnya dengan nyata selama orang Islam berbuka puasa dengan segera (tepat pada waktunya), sebab orang-orang Yahudi dan Nasrani melambatkannya.”
Disunatkan bagi orang Islam yang berpuasa makan sahur sebelum masuknya waktu subuh kerana dengan makan sahur boleh memberi kekuatan untuk berpuasa pada siang hari dan
qailulah (tidur sekejap) pada siang hari (sebelum Zohor) boleh memberi kekuatan untuk qiamullail.
Umat Islam hendaklah berpuasa dengan niat yang tulus ikhlas kerana Allah dan tidak mengerjakannya kerana menganggap bahawa ia adalah suatu tradisi (ikut-ikutan).
Bahkan apa sahaja ibadat yang dilakukan perlu dilakukan dengan ketaatan dan kesedaran tentang kewajipan untuk mengerjakannya.
Bersahur pun adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fekah akan berkata:
“Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.
Dari Anas RA, Rasulullah saw bersabda yang bermaksud :
“Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.”
(Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah).
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...