Tukun Tiruan ialah bahan binaan manusia atau bahan semulajadi seperti batu yang diletakkan di dasar laut untuk dijadikan sebagai satu habitat tiruan kepada pelbagai hidupan marin terutamanya ikan.

 

Ada juga tukun tukun tiruan yang dihasilkan dengan cara menenggelamkan bot-bot lama.

Struktur tukun ini selepas satu tempoh tertentu akan berkembang menjadi satu ekosistem semulajadi yang lengkap dan tempoh perubahan ini mengambil masa kira-kira setahun bergantung kepada keadaan persekitaran tukun berkenaan diletakkan.

 

Spesies ikan komersil yang selalu ditemui di kawasan tukun tiruan ialah ikan kerapu, merah, jenahak, kaci, tebal bibir, delah, dengkis, tetanda, yu, pari dan lain-lain.

 

Walau bagaimanapun bukan semua spesies ini kekal berada sepanjang tahun. Banyak spesies hanya singgah untuk membiak, berlindung atau mencari makanan buat sementara waktu sahaja sebelum berpindah ke tempat lain mengikut kitaran hidupnya.

 

IKLAN

Peranan tukun dalam laut adalah sangat signifikan dalam teknologi perikanan yang perlu dirancang dengan baik demi mempastikan sumber ikan laut terus ada.

 

Pemasangan tukun dari konkrit memang lazim dibuat di negara kita dan dilepaskan di lokasi tertentu dalam laut.

 

Lazimnya ikan yang tinggal di kawasan tukun akan berpindah yang disebabkan oleh perubahan faktor fizikal dan biologikal persekitaran laut.

Kawasan tukun juga dipenuhi dengan pelbagai spesies ikan yang masih berada pada peringkat larva dan juvenil pada masa-masa tertentu.

Pembangunan tukun tiruan adalah salah satu kaedah untuk meningkatkan sumber perikanan terutama di kawasan persisiran pantai.

IKLAN

 

Sehingga kini, kebanyakan negara di dunia telah banyak yang mempraktikkan teknologi tukun tiruan ini untuk pelbagai kegunaan industri perikanan, pemuliharaan dan pengurusan sumber perikanan sehingga ke lokasi rekreasi sebagai kawasan untuk memancing.

 

Selain daripada tukun konkrit yang mahal, tukun tiruan ini pernah dibuat daripada tayar terpakai yang diikat dan ditenggelamkan, bot-bot kayu lama yang ditenggelamkan dan sebagainya.

Ketahui Fungsi Tukun & Tukun Tiruan!!

Dalam memahami akan dunia perikanan laut, seringkali kita mendengar keluhan nelayan kecil mengharungi aktiviti seharian di laut dan kesukaran mencari sumber ikan.

IKLAN

Bukan saja bekalan ikan semakin berkurangan, tetapi berdepan isu pencerobohan bot tunda di kawasan tangkapan oleh nelayan yang tidak.

 

Kegiatan nelayan bot tunda ini bukan saja menyebabkan berkurangnya bilangan ikan, tetapi merosakkan tuas tempat pembiakan ikan.

Jabatan Perikanan mengambil inisiatif membangunkan tukun tiruan jenis keluli bagi membantu mengatasi masalah golongan berkenaan.

 

Tukun tiruan keluli ini mampu menarik perhatian ikan dan mempercepatkan proses pertumbuhan plankton. Malah binaan tukun tiruan menghalang bot besar daripada melabuhkan pukat di situ.

 

Pembinaan tukun terbabit berikutan kejayaan penggunaan tukun jenis tayar, konkrit dan bangkai kapal yang diperkenalkan sejak tahun 1975.

Ketahui Fungsi Tukun & Tukun Tiruan!!

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI