Ketahui Fisiologi Ikan Cupak!!

Share

 

Ikan cupak atau bigeye trevally merupakan ikan jack dalam keluarga trevally lain seperti giant trevally atau golden trevally. Sebagaimana ikan trevally yang lain, cupak sememangnya memberikan pertarungan yang menyeronokkan.

 

 

Ikan ini bersifat ingin tahu dan membaham apa sahaja umpan yang menjadikannya spesies yang wajar dipancing. Taburan spesies ini lebih mudah diperolehi sekiranya aktiviti memancing dilakukan lebih jauh ke tengah laut dalam anggaran 10 batu nautika.

 

Antara lokasi yang paling mudah untuk memancing ikan cupak adalah pelantar minyak di Laut China Selatan. Selain kekuatan, daging ikan cupak jugak agak sedap di mana ikan cupak juvenil yang lazim dijadikan juadah dipanggil nyok-nyok.

 

Ikan cupak juga dikenali sebagai jack bigeye, great trevally, six-banded trevally dan dusky jack, adalah spesies ikan laut besar yang luas diklasifikasikan dalam keluarga jack Carangidae.

 

 

Taburannya meluas di seluruh perairan tropika di Lautan India dan Pasifik, dari Afrika Selatan di barat ke California dan Ecuador di timur, termasuk Australia di selatan dan Jepun di utara.

 

Bigeye trevally paling mudah dibezakan dengan warna kulitnya, mempunyai sirip dorsal kedua yang gelap dengan hujung putih, dan juga memiliki tompok gelap kecil pada operculum. Spesies ini diketahui tumbesarannya hingga panjang 120cm dan seberat 18kg.

 

Kebanyakannya merupakan ikan luar persisir yang mendiami terumbu hingga kedalaman kira-kira 100 meter di kedua-dua zon pantai dan pulau-pulau luar pesisir, sering menjelajah ke estuari dan teluk berpasir ketika juvenil.

 

Bigeye trevally biasanya ditemui dalam kawanan besar yang bergerak perlahan besar pada siang hari, menjadi aktif pada waktu malam.

Dietnya terdiri pelbagai ikan, krustasea, cephalopoda dan invertebrata lain. Ikan ini diketahui bertukar diet dari krustasea ketika juvenil kepada diet ikan secara keseluruhannya apabila dewasa.

 

 

Kematangan seksual dicapai pada 42 cm, dengan pembiakan yang terjadi dalam kelompok besar yang berlaku pada tempoh yang berbeza sepanjang jangkauannya, umumnya antara bulan Julai dan Mac.

 

 

Published by
Amang