Dalam memburu penghuni apungan (selain pecah periuk, ada spesies lain juga menghuni apungan besar), teknik menghanyut umpan dan melontar perlu dilakukan sehampir mungkin ke apungan tersebut.
Perambut
Perambut sepanjang setengah depa menggunakan perambut kabel ataupun tali mono 60 paun boleh dipraktikkan dalam memburu spesies ini. Setting kasar ini penting bagi memastikan dapat menarik mangsa keluar dari halangan apungan.
Ads
Umpan
Umpan sotong atau hirisan kembung sangat sesuai digunakan untuk menjerat mangsa yang kebiasaannya mencari makanan di sekitar apungan yang hanyut. Spesies pelagik ini pada kebiasaannya akan melarikan umpan antara dasar dan permukaan air.
Ads
Set pancing
Set pancing yang digunakan juga tidak perlulah menjurus kepada set yang terlalu berat kerana, aksi tarikannya memang dinantikan pemancing. Cuma perlu seimbang agar dapat merasai keseronokan sebenar melayan penghuni ini.
Ads
Bulu itik
Secara amnya, ikan pecah periuk akan menjamah apa jua umpan yang dilontarkan berhampiran kumpulan mereka.Selain hirisan kembung dan sotong, batu ladung yang diikat bulu itik juga mendapat sambutan dan tidak keterlaluan jika saya katakan spesies ini mudah dipancing jika terkena lubuknya. Selain itu mikro jig dengan sotong getah juga boleh digunakan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ketika mula menyandat sotong torak, saya cuba meniru dari jauh apa yang dilakukan oleh tekong. Dari memasang umpan sehinggalah cara henjutannya.
Apa yang pelik, tiada sotong yang sudi menarik candat, sebaliknya tekong menaikkan sotong seekor demi seekor. Bahu macam nak tercabut manakala jari telunjuk semakin lama semakin pedih. Sotong di bawah bot memang banyak tetapi buat tak tahu je.
Setelah sekian lama menyandat, semakin banyak pengalaman dikutip dari sifu-sifu sotong. Rupa-rupanya cara ikatan memainkan peranan yang cukup penting bagi menarik perhatian sotong. Candat mahal dan cantik bukan sandaran untuk mendapatkan sotong.
Kali ini saya akan menerangkan secara ringkas bagaimana untuk mengikat candat. Walau bagaimanapun cara ini bukanlah satu-satunya cara yang berkesan.
Tali utama
Koyan memerlukan kekuatan tali lebih kurang 100-150lb. Tujuan tali melebihi 100lb bukan kerana sotong kuat melawan dan memutuskan tali sebaliknya untuk mengelakkan tali bersimpul atau berbelit. Kalau berbelit pun mudah dileraikan. Jika menggunakan joran dan kekili memadai 20lb sehingga 50lb.
Perambut
Koyan memadai tali Perambut 20-25lb. Begitu juga jika menggunakan joran dan kekili, atau boleh guna perambut lebih kecil.
Penggunaan tali serek atau koyan yang kasar mampu mengurangkan tekanan pada tangan ketika membuat unjunan atau ketika menarik sotong. Perambut yang lebih kecil mampu menjadikan tarian candat lebih real. Pada masa kini ramai penyandat menggunakan perambut jenis invisible atau lebih dikenali sebagai perambut hantu.
Cara Membuat Perambut
Ambil tali perambut yang sesuai dan tali kedua (anak perambut) yang lebih kecil. Letakkan bersama dan buat satu gelung dengan dua pusingan ke dalam dan ditarik dengan ketat. Potong satu hujung tali yang kecil. Jika ia melengkung ke bawah, ia sesuai untuk diikat candat. Jika ia lurus ke bawah, itu menunjukkan anda tersalah potong.
Ulang langkah berkenaan jika hendak menambah candat udang yang seterusnya. Paling kurang dua candat udang. Candat yang paling bawah (twist) terus diikat pada tali perambut utama. Ia bertindak sebagai pemberat untuk menjatuhkan candat ke dasar laut serta berfungsi untuk meluruskan tali.
Candat payung atau candat umpan dipasang dengan menyucuk ikan dari ekor hingga ke mulut. Kili dicucuk pada mulut ikan dan disambung ke hujung candat. Ada juga ikan yang dicucuk terbalik dari mulut ke ekor. Kedua-dua kaedah ini mampu menjerat sotong torak.
Walau bagaimanapun cara cucuk ekor ke mulut adalah lebih praktikal kerana apabila tali ditarik, ikan dilihat seolah-olah melarikan diri ke atas. Keadaan ini mampu meningkatkan nafsu makan sotong torak.
Ikan yang biasa digunakan sebagai umpan termasuklah ikan tamban, kembong, kunyit, selayang dan anak ikan alu-alu.
Candat payung tidak perlu dihenjut. Lepaskan sahaja candat berkenaan ke dasar laut dan cuba periksa sekali-sekala. Tarikan yang berat menunjukkan sotong telah terkena candat. Jika terasa ringan, rendam semula candat di dasar laut.
Jika masih tiada tarikan sotong, tarik candat ke atas dan periksa tanda-tanda gigitan sotong pada badan ikan. Candat payung juga digunakan secara tunggal. Jika arus terlalu kuat, bantuan tanduk dan batu ladung diperlukan bagi menurunkan candat ke dasar laut.
Penyandat profesional, menggunakan lebih dari satu tali pancing dalam satu-satu masa. Sebagai contoh satu tali candat pelbagai dan dua tali candat umpan digunakan. Candat umpan tidak perlu dihenjut dan hanya diperiksa sekali-sekala.
Hanya tali yang mempunyai candat pelbagai sahaja yang sentiasa berada di tangan penyandat untuk dihenjut.
Jika pancingan dilakukan dalam kumpulan yang ramai, penggunaan tali lebih dari satu bagi setiap pemancing adalah tidak praktikal. Tali yang terlalu banyak akan menyebabkan berlaku penyilangan dengan tali-tali rakan pancing yang lain. Jika ini berlaku, banyak masa akan terbuang bagi merungkai kekusutan tali berkenaan.
Tidak boleh dipertikaikan lagi bahawa katak hidup adalah umpan paling digemari oleh ikan haruan. Untuk memancing ikan haruan terdapat beberapa kaedah yang disyorkan iaitu teknik bottom (umpan di dasar), permukaan air (tajur) dan juga casting (baling tarik).
Selain daripada katak, anda boleh mencuba umpan hidup seperti cicak, belalang, cengkerik, anak ikan, udang dan cacing. Jika anda seorang yang suka kaedah casting (baling tarik), katak hidup adalah umpan paling laris disambar oleh ikan haruan.
Bau katak amat disukai oleh ikan haruan jadi baling umpan anda ke arah spot yang sama berulang kali bagi menarik minat ikan haruan keluar daripada tempatnya. Ikan haruan juga memburu makanannya bila ia terlihat pergerakan di dalam air mahupun di permukaan air.
D ipasaran terdapat umpan tiruan yang menyerupai katak sebenar. Jadi, anda boleh guna katak tiruan (soft frog / jump frog ) tersebut sekiranya bekalan untuk mendapatkan katak sebenar tiada ataupun habis dijual. Seeloknya beli katak tiruan sebagai simpanan yang patut ada dalam kotak memancing anda.
Selain dari katak hidup atau katak tiruan, ikan haruan juga boleh dipancing dengan menggunakan gewang, soft plastic, spinnerbait (janggut), dan spoon.
Oleh kerana habitat ikan haruan terkenal kerana mendiami kawasan air yang berumput, sempit dan sebagainya, penggunaan perkara di atas adalah tidak digalakkan kerana mata kail akan mudah tersangkut. Kecuali tempat tersebut lapang dan tiada halangan.
Adalah lebih baik untuk menggunakan katak tiruan yang mempunyai mata kail yang tersorok (kalis sangkut).
Jangan terlalu khuatir tahap keberkesanan katak tiruan kerana ianya telah terbukti dan amat popular penggunaannya pada masa kini.
Pesanan terakhir sebelum anda memburu ikan haruan sentiasa ingat bahawa setiap lapangan memancing yang anda pergi adalah berbeza dari segi umpan dan potensinya.
Sentiasa bersiap sedia dengan umpan yang kami cadangkan dan ianya harus anda miliki.
Ikan dorado atau belitong adalah salah satu spesies bersifat gemar membuat lompatan ke udara sebaik saja merasakan mata kail tertancap di mulut ini. Jika anda gemarkan aksi dan kepuasan sukan memancing, setting paling elok dan sedap bermain dengan belitong ialah mengunakan peralatan aksi ringan dengan tangsi berkekuatan di antara 10Ib hingga 16Ib.
Joran aksi ringan dan jenis parabolik terutama jenis grafit untuk tindak balas cepat paling sesuai digunakan lebih-lebih lagi ketika henjutan si belitong yang cuba melepaskan diri. Kekili yang dipadankan ikut suka anda asalkan berpadanan dengan joran dan saiz tali yang disyorkan.
Rekod secara rasmi tangkapan terberat untuk belitong ialah 39.6 kg atau 87Ib pada tahun 1976 di Costa Rica.
Belitong bukanlah satu spesies yang gemar mendiami satu-satu tempat, ia biasanya bergerak secara bekumpulan dari satu kawasan ke satu kawasan di mana terdapatnya kumpulan ikan pelagik yang mengikuti pergerakan arus.
Sekiranya ada pemancing yang menggunakan tangsi 2Ib dan berjaya dengan tangkapan 10kg ke atas, beliau patuk diberi perhatian dan kita perlu mempelajari teknik darinya bagaimana tangsi sekuat tali benang boleh menarik spesies 15 kali lebih kuat. Bagaimanapun perambut yang digunakan adalah lingkungan 20Ib hingga 50Ib tangsi atau dawai.
Sesuai dengan diet utama spesies yang berwarna cantik ini memburu ikan pelagik, jadi umpan terbaik adalah dikalangan ikan-ikan pelagik terutama yang masih hidup. Spesies pelagik yang biasa ditemui diunjam termasuklah selayang, selar, kembong, pelaling, selar kuning, tamban sisik, tamban beluru dan juga spesies kecil seperti ikan bilis.
Kehadiran ikan belitong mudah dikesan oleh kebanyakan pemancing kerana tabiatnya yang gemar melonjak ke udara.
Jika kena pada masanya, sebarang umpan hidup maupun mati tidak menjadi masalah, belitong nescaya akan menyambar umpan tersebut sebaik saja dilemparkan.
Saya lebih senang mengunakan perambut tangsi (monofilament) berkekuatan 30Ib hingga 50Ib sepanjang sedepa ke atas dari mengunakan perambut dawai.
Mengunakan perambut tangsi (biasa) membuatkan umpan kelihatan lebih hidup terutama ikan mati apabila dibuai arus. Belaian arus mengolak pemangsa datang menyiasat dan seterusnya meragut ikan ‘hidup’ itu.
Jika mengunakan perambut biasa lakukan pemeriksaan setiap kali anda mendaratkan ikan terutama berdekatan dengan ikatan mata kail dari kesan-kesan calar atau genting. Potong saja bahagian calar jika perlu.
Manakala untuk mata kail purata saiz yang disyorkan nombor 2/0 hingga 4/0 sama ada jenis umpan hidup atau jenis lurus panjang kerana belitong agak rakus menyambar umpan.
Selain itu kaedah menunda (trolling) balingan gewang serta jigging juga mendatangkan kesan positif jika kena masanya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...