Pastikan drag kekili diketatkan sebelum dibilas. Ia bagi mengelakkan air memasuki bahagian dalam kekili (housing). Kemudian anda bolehlah cuci dan membilasnya dengan air paip.
Minyak pelincir
Biarkan kekili seketika sehingga kering. Lap menggunakan kain sekiranya terdapat lebihan air yang terkumpul.
Apabila ia telah kering, gunakan minyak pelincir kekili, minyak kelapa atau minyak pelincir mesin jahit. Elakkan dari menggunakan minyak gris.
Longgarkan drag
Longgarkan drag kekili atau beri ruang kelegaan kepada drag anda sebelum menyimpannya.
Sila simpan di tempat yang tidak terdedah kepada habuk seperti dalam beg, kotak atau bungkus bungkus saja dalam beg plastik.
Ads
Joran
Begitu juga dengan rod atau joran, pastikan anda bersihkan dan cuci pada bahagian pemegang (handle) dan juga setiap cincin.
Amat penting proses ini dilakukan selepas memancing di perairan air masin.
Pisah set pancing
Sebaiknya pisahkan kekili dari joran sekiranya anda tidak akan menggunakannya dalam tempoh yang lama.
Jangan biarkan set tersebut tersandar pada dinding atau menggantungnya.
Ads
Gewang
Bagi kaki casting pula sebaiknya masukkan gewang yang telah anda gunakan terutama jika casting di laut di dalam baldi yang mengandungi air sabun.
Bilas, dan jemur di bawah cahaya matahari di tempat yang selamat sehingga kering. Ia bertujuan mengelakkan swivel, mata tiga atau tunggal berkarat.
Anti karat
Jika menggunakan playar mudah karat, ia hendaklah dicuci setiap kali selesai memancing. Semburkan WD-40 pada bahagian spring tengahnya.
Ads
Gerakkan berulang kali sehingga karat keluar dari bahagian yang bergerak dan lap karat tersebut.
Lakukan sehingga playar tersebut tidak ketat lagi atau telah lancar pergerakkannya.
Cara menyimpan
Sila simpan di tempat yang sesuai untuk semua alatan pancing anda. Sediakan satu sudut khas di dalam rumah anda dan kemas semua perkakasan memancing di dalam kotak.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Wajib ke guna joran panjang untuk memancing di pantai? Bagi pendapat peribadi penulis sendiri ianya tidaklah wajib untuk semua pemancing pantai menggunakan rod panjang. Ia lebih kepada optional, tapi rod panjang lebih baik digunapakai terutama di pesisir pantai yang landai seperti di kebanyakan kawasan Pantai Timur.
Mengapa pula begitu? Ini kerana, untuk kawasan yang landai, ikan bersaiz besar kebanyakan bermain jauh dari pantai. Disebabkan itu kita memerlukan joran panjang untuk membuat lontaran jauh agar ia sampai ke spot ikan bermain.
Tapi jika memancing di kawasan yang agak dalam seperti di kawasan benteng atau pesisir pantai yang dalam, penggunaan joran pendek masih lagi efektif digunapakai.
Kesimpulannya di sini, ianya tidaklah menjadi masalah untuk menggunakan joran pendek atau panjang sekalipun untuk memancing di pantai. Cuma memerlukan sedikit pengetahuan tentang kawasan pancingan anda dan tahu menggayakan teknik tersebut untuk beroleh hasil yang terbaik.
Namun, ini semua hanyalah pendapat peribadi daripada penulis. Apa pula kata kaki pancing yang lain tentang topik wacana kali ini? Jom kita lihat pendapat mereka di ruangan ‘Apa Kata Pemancing’.
MOHD ROSDI
Kenapa joran panjang ni direka? Untuk penggunaan yang cam mana? Dah tentu ada kebaikan serta keburukannya kan. (A) Tak dinafikan penggunaan joran panjang ni untuk mendapatkan lontaran yang jauh. Boleh jauh ke kalau guna joran panjang??? Memang jauh sekiranya kita tahu menghayati serta penggunaan skill yang betul serta joran yang tepat dengan tenaga yang ada pada kita. Silap joran….. Baling tak pergi jugak.
(B) Kelebihan joran panjang ni banyak bila kita tahu menggunakannya. Sebab kita memancing di pesisiran pantai. Pantai yang landai memberi kelebihan 99% kepada pemancing yang menggunakan joran panjang berbanding penggunaan joran pendek.
(C) Penghuni lubuk. Boleh dikatakan 10 pertandingan pantai, 8 kali juara adalah pemancing yang menggunakan joran panjang. 2 lagi tu juara kerana nasib penggunaan joran pendek. Kesimpulannya, joran pendek tidak mampu menandingi kemampuan joran panjang bila beraksi di pantai. Berbeza kalau penggunaannya di muara, benteng, kawasan berbatu. Ini kerana penghuni lubuk sentiasa berada di tepian.
(D) Joran panjang ni kita tahu, penggunaannya adalah untuk sesi pemburuan yang mega-mega. Setakat nak ngail gelama..rasanya memadailah joran 8 kaki. So, pemburuan spesis mega ni kena lah peralatan yang betul. So joran panjang nie adalah satu kemestian. Barulah kita ada keyakinan serta tidak berputih mata.
(E) Command n kontrol. Joran panjang ni tak susah nak kawal dia. Janji semua pemancing tahu peranan serta tugas masing-masing. Barulah wujud satu kepuasan bila memancing. Ini tak, masing-masing nak tunjuk hebat, nak tunjuk ego nak tunjuk barang dia mahal.
(F) Biar pun saya kata penggunaan joran panjang ni satu kemestian bila nak beraksi di pantai, jangan salah beli joran ni. Kelak makan diri. Bertanyalah pada rakan yang terdahulu bagi memastikan joran panjang yang dibeli memuaskan hati kita. Kekili pun kena bersesuaian dengan joran juga. Kalau tidak pasti berputih mata.
Boleh je nak pakai joran pendek atau panjang untuk pancingan pantai. Ia bergantung pada spesies yang nak kita buru. Contoh kalau ikan bolos cukup sekadar joran udang pun boleh. Bila sebut pancing pantai 90% pemancing akan memburu pari/ebek/ gerong belang/bawal pinang/senangin dan lain-lain ikan berkualiti yang datang ke pantai bermusim.
Kebiasaannya spesis2 ni makan umpan pada jarak 100 meter ke atas. Penggunaan joran panjang ni adalah 1 teknik untuk memancing spesies tersebut. Mangsa lebih mudah dinaikkan berbanding joran pendek.
Contoh, pari mudah di daratkan menggunakan joran 15-16 kaki berbanding joran pendek sebab dengan joran panjang, susah untuk pari mendap. Penggunaan kekili yang sesuai dan jumlah tali yang panjang juga menjadi faktor untuk pancingan pantai.
Mudah kata peralatan pancing digunakan bersesuaian dengan pemburuan/tempat dan teknik. Jarak balingan juga diambil kira. Jauh/lepas ombak. Penggunaan batu ladung atau sauh yang sesuai berat supaya tali tidak hanyut. Ini antara teknik asas perlu diketahui. Basic: Joran 15 kaki, Reel 8000, Batu 150-160gm, Mainline 30lbs 350-450 meter.
SANISAN HALIM
Tak dinafikan keberkesanan rod panjang kerana ia banyak kelebihan penggunaannya. Kita perlu tahu pasang surut air serta keadaan pantai dan kawasan ikan bermain, kadangkala kawasan yang menarik jauh ke tengah dan tak boleh sampai dengan rod yang pendek.
Rod panjang membolehkan balingan lebih jauh dan sampai ke tempat sasaran. Tambahan pula keadaan pantai yang berbeza² di kawasan pantai timur dan selat melaka. Keistimewaan rod panjang kerana ia dapat mengurangkan mata kail sangkut apabila ia ditarik.
Lebih efektif di pantai yang pandai dan juga kawasan berbatu yang dalam, kerana panjangnya cukup untuk mengelakkan geseran yang boleh menyebabkan ia rabut atau putus. Lebih² lagi bila mendapat ikan.
Rumusannya, memancing di kawasan pantai menggunakan rod panjang lebih menjimatkan, efektif dan amat sesuai untuk sebarang bentuk pantai kerana ia menyokong dari segi persembahan dan peratus mendapat ikan sasaran. Persembahan peralatan yang baik dan tepat lebih baik berbanding sekadar balingan yang tidak mendatangkan hasil.
Biasanya dalam keadaan begini, kaki pancing gemarkan perambut dengan batu hidup.
Perambut yang digunakan harus lebih kecil dari tali utama untuk mengelakkan kaki pancing kerugian batu ladung dan kili apabila perambut putus.
Perambut yang selalu digunakan adalah perambut jenis 30lb ke 50lb dan panjangnya bergantung pada keadaan arus.
Balingan tidak perlu jauh kerana arus yang deras akan membawa umpan ke belakang dengan cepat dan mengelakkan tali tersimpul.
Jika arus perlahan, buatlah balingan jauh. Gunakan perambut kirang daripada 1m bagi mengelakkan tali tersimpul.
Jika anda mensasarkan spesies ikan seperti tenggiri, alu-alu, belitong, haruan tasik, geropoh, dan ikan jenis pemangsa, anda digalakkan untuk menggunakan kaedah ‘drifting’ jika arus laju atau ‘flooting’ jika arus perlahan.
Gunakan perambut dengan kepanjangan sekurang-kurangnya 3m atau 3 depa lebih.
Untuk spesies ikan seperti kerapu, ikan merah, bayan, dan jenahak, gunakan kaedah ‘bottom’.
Jika memancing waktu siang, gunakan ‘leader’ bersaiz halus 30lb – 50lb bagi mengelakkan sang ikan ternampak perambut yang digunakan.
Seandainya memancing pada waktu malam, perambut yang lebih kasar bolehlah digunakan.
Jika air jernih, gunakan aksesori atau jenis ikatan. Ini bertujuan untuk mengurangkan kepekaan ikan ke atas perambut yang digunakan.
Anda disarankan untuk menggunakan perambut panjang melebihi 1 meter sekiranya perlu dan tariklah minat sang ikan dengan umpan paling baik.
Setakat umpan biasa-biasa (umpan mati), ikan takkan layan punya!
Itu cerita air jernih, kalau keruh? Jika air kelihatan keruh, pertimbangkan elemen seperti bau dan penglihatan.
Gunakan umpan besar dengan bau yang kuat. Penggunaan perambut pendek tidak jadi masalah.
Ketika arus agak laju, sebaiknya gunalah perambut yang lebih panjang. Arus yang akan membawa umpan ke belakang.
Ketika arus perlahan, gunakan perambut pendek bagi mengelakkan perambut bersimpul bersama umpan dan tali utama.
Pilihlah spot yang airnya cantik. Istilah air cantik pastinya kita biasa dengar dan pelbagai hujah diperdebatkan mengenainya. Namun cantik di sini memberi maksud kawasan air yang bebas pencemaran dan jauh dari kawasan penempatan dan laluan kenderaan.
Ikan sungai biasanya menyukai kawasan yang arusnya tidak terlalu deras seperti di berdekatan batu-batu besar, longgokan sampah kayu atau buluh, dan dasar sungai. Maka pilihlah kawasan ini untuk mencuba nasib.
Jika ingin memancing ikan lampam, pilihlah kawasan air aliran agak deras dan beriak. Perhatikan juga jika di tebing sungai terdapat pokok tanaman yang batang atau daunnya masuk ke air, atau ada sampah yang tersekat, biasanya kumpulan lampam gemar bermain di kawasan sebegini.
Ikan patin lazimnya memilih untuk berada di lokasi sungai yang dalam, juga yang banyak tanaman akuatik untuk tempat berlindung. Ia juga akan mudah dijumpai di kawasan sungai yang banyak terdapat ikan kecil karena ikan ini juga ikan pemangsa.
Sekiranya anda berminat untuk memancing ikan keli, ketutu atau kaloi, pilihlah lokasi yang airnya agak tenang. Umumnya di kawasan tepian sungai yang sedikit berlumpur dan tidak berbatu.
Sementara peminat baung pula pilihlah kawasan pertembungan air yang keruh dan jernih. Ikan baung juga suka dengan aliran air yang agak deras. Jadi jangan terkejut sekiranya ia banyak ditemui sehingga ke tengah sungai.
Bertarung dengan ikan besar yang memakan umpan kita di sungai bukanlah satu kerja yang mudah. Untuk lebih mudah menanganinya, cubalah untuk menghela ikan ke bahgian sungai yang lebih cetek dan tidak deras arusnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...