Jangka hayat udang galah mencapai hingga lima tahun. Hal ini menjadikan spesies udang galah masih kekal di persekitaran sungai di Malaysia. Proses pemburuan oleh manusia yang terhad kepada kaedah tradisional menyebabkan spesies ini kekal beberapa dekad lagi.

 

Hal ini memberikan kesempatan kepada spesies udang galah meneruskan generasinya melalui proses pembiakan. Udang galah mengawan apabila mula matang. Kebanyakan udang galah betina matang apabila umurnya mencecah dua bulan selepas menjadi poslarva. Bagi udang galah jantan pula, kematangan dicapai apabila berumur melebihi tiga bulan.

 

Ketahui Bagaimana Udang Galah Membiak

 

Kebiasaannya, seekor udang galah jantan dapat mengawan dengan empat hingga tujuh ekor udang galah betina. Proses mengawan berlaku apabila induk udang galah betina mula bersalin kulit. Pada ketika itu, keadaannya lembut dan kurang bermaya.

 

Di samping itu, proses pengecutan otot pada bahagian luar ovari berlaku dan secara langsung memberikan tekanan kepada sistem peneluran. Dalam masa yang sama, organ pembiakan mulai terbuka secara perlahan-lahan.

 

Ads

Pengeluaran telur berlaku melalui telikum, iaitu organ pembiakannya. Peluang ini digunakan oleh induk jantan bagi memindahkan spermanya kepada telur berkenaan bagi proses persenyawaan.

 

Ketahui Bagaimana Udang Galah Membiak

 

Telur berkenaan kemudiannya dilekatkan pada kaki renang pertama hingga kaki renang keempat. Tempoh perkembangan telur ini adalah antara satu hingga 18 hari dengan disertai perubahan warna telur.

Terdapat tiga fasa peringkat telur. Fasa pertama, telur berwarna oren dalam tempoh tujuh hari pertama.

 

Ads

Pada fasa kedua, warna telur berubah menjadi kekuning-kuningan manakala pada fasa ketiga, warna telur menjadi kelabu dengan terbentuknya larva yang bakal mewarisi generasi udang galah.

Sebaik sahaja telur mencecah hari ke-21, larva udang galah menetas dan mulai beredar daripada induknya.

 

Ketahui Bagaimana Udang Galah Membiak

 

Larva udang galah berenang dalam keadaan terbalik, iaitu kaki berjalan dan kaki renangnya menghala ke atas.

Ads

 

Larva memakan hidupan zooplankton seperti moina, kopipoda, dan rotifer. Pada peringkat ini, persekitaran habitat sedikit masin disebabkan oleh garam daripada air laut. Situasi ini berlarutan selama 40 hari hinggalah peringkat ini bertukar menjadi poslarva.

 

Ketahui Bagaimana Udang Galah Membiak

 

Pada peringkat poslarva, udang galah meniarap dan berenang seperti induknya. Bentuk udang galah yang bercirikan induk memudahkannya bergerak mencari makanan, membesar menjadi juvenil di samping memaparkan unjuran kaki berjalan kedua yang mulai membesar serta memanjang.

 

Ciri fizikal yang dimiliki ini menandakan bahawa udang galah telah mewarisi sifat induknya. Jika udang galah memiliki warna yang pudar, induk betina terhasil. Sebaliknya, jika udang galah berwarna terang kebiru-biruan, induk jantan pula terhasil.

 

Ketahui Bagaimana Udang Galah Membiak

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI