Ketahui Ancaman Alun Kapal Kontena Ketika Memancing

Share

 

Para pemancing laut dalam di perairan Selat Melaka pastinya sudah terbiasa berselisih dengan kapal dagang atau kapal kontena. Terutamanya bagi kaki jigging dan bottom drifting. Malah mendengar kepaduan bunyi hon kapal mungkin juga sudah terbiasa.

 

Lubuk-lubuk berpotensi yang terdapat di laluan kapal dagang memaksa para tekong mengambil risiko untuk memenuhi permintaan pemancing bagi mendapatkan strike. Antara risiko yang turut dihadapi oleh pemancing ialah ombak atau alun yang terjadi dari tujahan kapal dagang. Jika tidak bersedia atau tidak menyedari kehadiran alun tersebut, silap-silap boleh terhumban ke laut jadinya.

 

 

Namun kejadian ini boleh dielak sekiranya korang dapat menduga saiz alun yang bakal dihasilkan oleh kapal dagang berhampiran. Caranya ialah dengan memerhatikan riak alun pada bahagian bonggol hadapan kapal.

 

Bongkah hadapan kapal yang separuh timbul di permukaan laut akan menghasilkan alun sehingga terasa hentak tulang pinggang. Jadi bersiap-sedialah menunggu alun yang dihasilkan melanda bot korang.

 

 

Bongkah kapal tenggelam penuh lagi power alunnya. Biasanya ia berlalu secara senyap seolah-olah tiada kapal yang lalu berdekatan. Sekiranya terkena secara tiba-tiba dan tidak bersedia, cerah harapan korang terhumban ke air.

 

Jarak yang selamat sedikit daripada dihempas alun kapal. Jadi, pastikan tekong korang menjaga jarak yang selamat setiap kali berada di laluan kapal.

 

Published by
Amang