Sama ada menggunakan umpan udang hidup atau gewang, memancing siakap sememangnya menyeronokkan jika ia berjaya didaratkan.
Untuk kejayaan mendaratkan siakap, beberapa faktor perlu dititikberatkan.
Ketahui habitat siakap
Habitat utama siakap ialah kedalaman air sekitar 2 hingga 8meter terutamanya di kawasan berbatu, karang, berstruktur, bangkar kayuan serta akar-akar bakau di kuala sungai dan tepian laut.
Pada kedalaman melebihi 8meter masih dihuni siakap asalkan ada struktur besar. Muara sungai atau kuala sungai serta perairan air payau antara tempat atau kawasan yang disukai terutamanya oleh spesies bersaiz monster.
Faktor pasang surut
Pasang surut air juga mempengaruhi tabiat pemakanan siakap. Ketika air bergerak pasang, siakap lebih aktif mencari makan.
Ketika air pasang penuh siakap mulai kurang ghairah untuk makan. Ketika air mulai bergerak turun siakap mula makan lagi.
Pada keadaan air bertahan (tanpa sebarang arus) agak jarang siakap yang mahu makan. Jadi pastikan dahulu pergerakan air sebelum memancingnya.
Waktu terbaik
Waktu siakap paling aktif makan bermula dari jam 4.00 petang hingga 6.00 petang di mana angin laut mulai lemah, kemudian angin berubah menjadi angin darat sebentar kemudian angin timur.
Selama angin tidak terlalu kencang siakap masih mahu makan. Sekitar jam 11.00 hingga 12.00 saat angin berubah tenggara sehingga siakap berhenti makan sampai angin dari timur muncul lagi sekitar jam 3.00 hingga 4.00 sampai jam 8.00 malam.
Umpan pilihan
Umpan ikan siakap yang paling mujarab ialah udang putih. Selain lebih kuat berenang dibanding udang lain, udang putih matanya akan menyala di dalam air pada waktu malam hari.
Ada juga yang menggunakan ikan belanak tetapi ini harus bijak mengawal karena ikan ini suka masuk ke struktur batuan atau reba.
Umpan Belanak biasanya digunakan pada waktu malam yang mempunyai cahaya bulan.
Peralatan sesuai
Cara memancing Siakap secara tradisi menggunakan umpan udang putih biasanya dengan joran carbon fiber sekitar 7kaki dengan aksi cepat atau fast action.
Tali tangsi sehingga 25lb. Mata kail (saya biasanya guna Mustad Saltwater nombor 1 atau 2) dimana mata kail diikat pada perambut 20-30lb sepanjang 20-25cm.
Umpan udang hidup ditusuk dengan mata kail pada sisi ruas ekor sampai tembus ke pinggang.
Tidak perlu diberi pemberat kecuali mancingnya di reba kayu atau keadaan arus agak deras baru boleh diberi ladung kecil sahaja.
Pilihan gewang
Biasanya siakap dipancing dengan kaedah casting dengan menggunakan gewang minnow. Pilihlah minnow jenis deep diver yang berbadan slim.
Biasanya minnow untuk siakap bentuknya sedikit melengkung ke bawah seperti udang.
Contoh gewang rapala barra, x-rap, Rapala Husky, Husky Jerk, Original Floating, Countdown, Shad rap, Nils Master Invisible, spearhead, Rebel Minnow dan lain-lain boleh
digunakan tapi pilihlah gewang mengikut kesesuaian, seperti keadaan air dan sebagainya. Sesetengah orang berkata pemilihan warna gewang dan air juga memainkan peranan.