Ketahui 4 Spesies Ikan Air Tawar Sarawak Termahal

Share

 

Jika di Semenanjung, ikan-ikan air tawar dari Sungai Pahang sememangnya terkenal dengan kelazatan dan harganya yang tinggi. Cerita yang hampir sama turut berlaku di Borneo terutamanya Sarawak. Berikut disenaraikan ikan air tawar yang menduduki 4 carta ikan termahal.

 

Ikan Empurau

 

Ikan empurau merupakan ikan air tawar termahal! Sekilogram boleh mencecah sehingga RM500-RM600. Malah dikatakan ini adalah harga termurah yang boleh anda dapat! Namun tiada yang mustahil kerana inilah yg dilakukan oleh pecinta ikan tawar yang dikenali dengan nama empurau.

 

 

Empurau adalah sejenis ikan daripada spesies Tor tambroides atau dikenali juga sebagai kelah merah. Ikan ini hanya boleh ditemui di Sarawak dan harganya mahal kerana rasanya yang sangat manis, serta isi dan teksturnya yang lembut.

 

Apa yg membuatkan isinya begitu lembut dan harganya mahal sehingga boleh mencecah RM2000 sekilogram, adalah kerana ia hanya memakan buah-buahan jenis `engkabang’.

 

Ikan Jelawat

 

Satu lagi jenis ikan bertulang banyak yang mempunyai rasa yang manis dan isi yang lembut sama seperti ikan empurau tetapi harganya tidaklah terlampau mahal sebagaimana empurau.

 

 

Ikan jelawat atau dengan nama spesies Leptobarbus hoevenii, juga berasal daripada keluarga carp. Isi ikan jelawat yang tergolong dalam jenis omnivor ini sangat lembut dan rasanya agak manis serta mempunyai lemak ikan di bawah kulitnya yang mungkin disebabkan ikan ini hanya memakan buah-buahan hutan yang gugur di sepanjang pinggir sungai. Harganya sekitar RM320 sekilogram.

 

Ikan Semah

 

Ikan semah berasal daripada keluarga Tor atau mahseer dan hanya boleh didapati di perairan sungai Borneo, kerana ia tidak boleh ditemui di kawasan lain selain daripada habitat asalnya.

 

 

Ikan semah adalah haiwan omnivor tetapi lebih cenderung memakan tumbuh-tumbuhan. Habitat asal ikan ini telah dicemari dengan aktiviti pertanian, pertanian, pembalakan dan penangkapan ikan secara berleluasa.

 

Oleh kerana teksturnya yang berbeza dengan ikan air tawar yg lain dan juga kerana ia sgt ekslusif, harga sekilogram ikan semah boleh mencecah sehingga RM300.

 

Ikan Tengadak

 

Menurut penduduk di Tasik Empangan Bakun, ikan tengadak adalah gelaran bagi ikan lampam ekor merah melebihi 1kg yang hidup secara liar di habitat semulajadi.

 

Bagi anda yg menginginkan sesuatu hidangan yg lazat, apa kata anda cuba ikan tengadak, sejenis ikan yang boleh didapati di perairan Borneo. Harga sekilogram ikan ini adalah RM250.

 

 

Ikan ini mempunyai bentuk tulang halus berbentuk Y tetapi rasanya sangat manis dan sedap serta isinya yang amat lembut menjadikannya terkenal di kalangan mereka yang menggemari ikan segar berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan.

Published by
Amang