Ketahui 3 Jenis Umpan Terbaik Jerat Tenggiri!!

Share

 

Ikan pelagik ini mudah ditemui di kawasan unjam dan perairan tempatan. Selain itu sotong, anak Kerisi, kekacang, anak Seer, tongkol (aya) boleh digunakan sebagai pilihan.

 

Sotong (jarum dan cumit) hidup yang mudah ditangkap pada malam hari amat efektif digunakan pada sebelah malam, selain jenis ikan hidup yang mempunyai sisik yang berkilat atau berkilau untuk menarik perhatian pemburu malam.

 

 

Masalah utama yang dihadapi oleh kebanyakan pemancing ialah ketiadaan bekas umpan hidup yang sesuai dari segi kapasiti umpan dan ketahanan ikan untuk hidup dalam tempoh memancing.

 

Banyak bot nelayan yang disewa tidak memiliki kemudahan ini, maka umpan hidup tidak tahan lama dan umpan mati pula menjadi pilihan kedua.

 

Tidak semua nelayan memilih umpan hidup seperti yang diterangkan di atas. Faktor sifat ikan tenggiri itu sendiri selain jenis teknik memancing yang digunakan menjadikan umpan ikan mati digunakan sebagai pilihan alternatif.

Jenis-jenis umpan mati terdiri dari ikan pelagik yang mati tidak lama selepas dipancing. Atau masih segar. Selain itu bilis air, bulu ayam dan bersia mati boleh digunakan dengan teknik yang betul.

 

 

Umpan mati yang disebutkan mestilah dalam keadaan segar dan seboleh-bolehnya jangan kena panas yang boleh menyebabkan kulit ikan kering dan disimpan dalam ais dalam tempoh yang lama.

 

Menjaga kesegaran umpan mati adalah perlu jika anda ingin melihat hasil lumayan. Umpan mati yang digunakan mestilah mampu bertahan di dalam air kerana tenggiri sifatnya tidak suka mangsa yang berbau atau hancur dikerumuni anak-anak ikan kecil.

 

Umpan tiruan adalah teknik yang paling mudah dan tidak cerewet. Di antara jenis umpan tiruan yang popular ialah replika ikan atau lebih di kenali gewang, sesudu (spoon), rambu (skirt) dan logam jig.

 

 

Umpan tiruan jenis gewang yang menjadi pilihan ialah jenis Jackson Pin Tail, Rapala CD-18 dan Big Max terutama yang mempunyai kombinasi warna merah putih.

 

Gewang berkepala merah dan berbadan putih menarik minat tenggiri dan lain-lain ikan pemburu di permukaan kerana ia lebih menyerupai pergerakan ikan yang tercedera dan berdarah di kepala.

 

Jadi ikan pemburu menganggap tugas menjadi lebih mudah menerkam mangsa yang lemah dan sakit.

 

 

Nelayan komersial lebih berminat menggunakan sesudu yang kebanyakan dibuat sendiri dari bekas kole teh aluminium diikat bersama mata kail no 6/0 ke atas.

 

Published by
Amang