Barramundi juga sebenarnya merujuk kepada ikan saratoga dalam bahasanya. Barramundi atau siakap merupakan ikan brackish water merupakan ikan yang berupaya hidup di air masin dan air tawar.
Selain nama tersebut, kepelbagaian nama tempatan dalam negara Malaysia iaitu Siakap (Semenanjung), Selunsung (Sabah & Sarawak), bagi kaum Cina menggelar ikan ini Mang chau dan nama tempatan lainnya juga iaitu Ikan kakap putih. Manakala bagi nama saintifik ikan ini adalah Lates calcarifer (Bloch, 1790).
Ikan siakap boleh ditemui muara sungai dan juga mendiami persisiran laut, pantai serta pulau-pulau berhampiran malah ikan ini mampu hidup di tasik buatan manusia dan kolam-kolam ternakan serta boleh dijadikan ikan perhiasan akuarium di dalam rumah pada masa kini.
Klasifikasi saintifik
Alam : Haiwan
Filum : Chordata
Kelas : Actinopterygii
Order : Perciformes
Keluarga : Latidae
Genus : Lates
Spesis : L. calcarifer (Bloch, 1790)
Sinonim :
Holocentrus calcarifer Bloch, 1790
Coius vacti F. Hamilton, 1822
Pseudolates cavifrons Alleyne & W. J. Macleay, 1877
Lates darwiniensis W. J. Macleay, 1878
Barramundi terdiri pengkelasan genus ‘Lates’ iaitu dari 11 pecahan spesis ikan ini iaitu seperti tersenarai di bawah;
Lates niloticus ( Linnaeus, 1758) – Nile perch
Lates calcarifer (Bloch , 1790) – Barramundi
Lates microlepis (Boulenger, 1898) – Forktail lates
Lates angustifrons (Boulenger, 1906) – Tanganyika lates
Lates mariae (Steindachner , 1909) – Bigeye lates
Lates stappersii (Boulenger , 1914) – Sleek lates
Lates macrophthalmus (Worthington , 1929) – Albert lates
Lates longispinis (Worthington, 1932) – Rudolf lates
Lates japonicus (Katayama & Y. Taki, 1984) – Japanese lates
Lates lakdiva (Pethiyagoda & A. C. Gill, 2012)
Lates uwisara (Pethiyagoda & A. C. Gill, 2012)