Biarpun berapa puluh tahun anda memancing dan seberapa banyak pengalaman yang anda, janganlah jadi pemancing yang bodoh sombong atau berlagak pandai! Ini amat penting terutama bila anda meneroka lubuk baru. Sentiasalah bertanyakan mereka yang arif dengan kawasan tersebut dan kaji dahulu lokasi memancing anda untuk mengelakkan kes membangau sehari suntuk!
Ads
Kalau kot ye pun teruja nak memancing elakkan dari menjadi seorang yang kelam-kabut. Bukannya apa, bila terjadinya kes-kes kelam-kabut ni pasti ada saja masalah yang akan terjadi. Tertinggal set pancinglah, ikan rabutlah dan yang paling teruk berpotensi untuk ditimpa kecederaan sewaktu memancing. Jadilah seorang pemancing yang sentiasa bertenang dan rancanglah sebaik mungkin perjalanan sebelum anda keluar memancing.
Kes kaki pancing cemburu ni mesti banyak kali terjadi di kalangan kita. Pantang je tengok orang tarik ikan mesti ada 1 atau 2 orang yang jenis tak senang duduk bila tengok orang strike. Time tu jugaklah dia nak pindah duduk kat kawasan orang yang dapat ikan tu. Haihh, kalau boleh, jadilah pemancing yang sentiasa percaya pada rezeki sendiri. Janganlah dek kerana sikap tamak dan cemburu tu anda dibenci pemancing lain.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Apa yang admin maksudkan ialah amalan membaca jampi atau mentera, dengan tujuan sesi memancing memperoleh hasil yang lumayan. Begitu pun jampi mentera yang dimaksudkan ini tidaklah berkait dengan ilmu hitam sama ada melibatkan bomoh atau penggunaan tangkal. Ini lebih kepada jampi-jampi biasa yang mungkin tergolong dalam petua juga.
“Aku pun tak tau apa makna jampi ni, tapi aku buat je. ‘Kismanis kumala intan kumalasari kumala tawan, wahai ikan makanlah umpan biar ratah sampai ke insang, terlekat di perut untuk ku bawak pulang.’ Macam tu lah jampi mentera dia.”
Kazuya Tai Man
“Pernah sekali ikut pak cik saya pergi memancing kat lombong. Sebelum dia baling umpan dia tepuk air tiga kali sambil baca apa pun saya tak tau. Tiba-tiba dalam berapa minit pancing dia lentur habis sampai dia punya stand pun masuk lombong sekali. Kesian betul… nasib baik bawak pancing spare tapi kali ni dia dah tak buat dah benda tu sebab serik katanya.”
Badrul Close
“Mudah saja petuanya… pertama, jangan langkah pancing atau joran nanti tak dapat ikan. Dan keduanya jangan bising nanti ikan dengar. Itu la yang selalu saya dengar sejak dari zaman kecil dulu.”
Muhammad Ikhwan Muhammad Salim
“Ni mentera bahasa nogori. Pernah tengok sifu baung dalam 15 minit 6 ekor dapat baung saiz 1 kg. Tapi pelik sikit, mentera ni sesuai digunakan time dah nak balik. ‘Dogheh dogheh makan, nak balik dah nia. Moh copek ikan kek sini sapo nak naik moto dogheh makan…’ Bunyi macam lawak tapi itulah yang beliau jeritakan. Hahahaha… agaknya mentera ni sesuai untuk orang nogori je la.”
Amir Amsyar Bederi Sham
“Mentera ni dah terbukti berjaya dan ramai pengikutnya. Senang je menteranya. ‘Bot… bot… bot… perambot jangan serabot… aku campak engkau sambot… makan umpanku lekat di mulot.. aku tarik engkau ikot… Kalo nunggu sejam aku melangot.. lebih baik aku yang mengangkot…’ Hahaha… try la.”
Kelumpang Salji
“Kalau aku, tak pakai apa-apa jampi. Cuma guna petua je. Petua dia lepas baling umpan letak pancing… lepas tu buat tak tahu je. Tapi sesekali tengok juga hujung pancing kot-kot melentur sudah.”
Mohd Nazrin
“Kalau time nak start memancing tu takde apa-apa mentera. Tapi kalau time tersangkut tu adalah… member saya ada ajar jampi supaya jadi senang nak tarik. Confirm menjadi punya… ‘Gagah Ali, gagah Musa… tarik tali, dok berasa.’ Kalau tak jadi jugak, korang potong je la tali.”
Al Shaufik
“Tak tau la ni jampi atau apa. Senang je… petua nak pancing dapat ikan jangan meludah ke sungai atau kolam. Tapi kalau nak muntah, jangan muntah dalam bot pulak.”
Raymond Ganya
“Baca mentera ni… ‘umpan buruk umpan baru, tauk lubuk sambar selalu, umpan baru umpan lama, tauk lubuk tunggu tak lama.’ Kalau tak faham makna pun tak apa, janji berani cuba dan yakin.”
Ejam Abdullah
“Saya ada satu jampi, macam ni bunyinya… ‘hai ikan si raja ikan, si bapak ikan, si anak ikan. Datang la dekat kepada aku. Ulur-ulur siambut-ambut, aku menghulur kau menyambut. Ulur-ulur siarik-arik, aku menghulur kau menarik. Berkat doa Lailahaillallah…’ Kira macam doa jugaklah ni.”
Marbawi Bin Ajid
“Cara saya mudah saja. Sampai mana-mana tempat memancing jangan lupa bagi salam dahulu… Insyaallah. Tapi kalau ada yang menjawab tapi takde orang kat tempat tu, sendiri mau ingatlah ya.”
Ramai pemancing yang beranggapan jika tidak muntah maka mereka tidak mabuk laut. Namun mereka lupa bahawa muntah itu adalah bahagian mabuk laut yang paling berat. Mabuk laut ini banyak peringkat atau tahap dan muntah itu berada pada tahap yang paling berat. Mari kita tinjau peringkat atau tahap yang ada dalam mabuk laut.
Level Mikro
Mabuk laut mikro adalah jenis mabuk yang paling rendah dalam kategori mabuk laut. Semua pemancing akan merasai mabuk jenis ini walaupun sudah bergelar otai laut dalam. Namun ia sama sekali tidak menjejaskan aktiviti memancing dan tidak memperlihatkan sebarang tanda. Ia sekadar pening kepala tahap ringan dan hanya mereka yang mengalaminya saja dapat merasainya.
Level Medium Light
Mabuk medium light ini adalah mabuk kategori ringan yang mana akan merasai sakit kepala yang tidak berterusan. Ia tidak menjejaskan aktiviti memancing dan boleh mengambil makanan atau merokok seperti biasa. Pada kemuncak rasa mabuk light ini mereka yang merasai akan berehat seketika untuk meredakan sakit kepala.
Mabuk Light
Pemancing yang mengalami mabuk light ini mula memperlihatkan tanda setelah sesi memancing berlangsung hampir separuh hari. Mereka biasanya tidak akan mengambil makanan dan akan tidur apabila tahap mabuk berada di kemuncak dan akan berakhir dengan muntah. Pada tahap ini aktiviti memancing ditamatkan dan menghabiskan masa dengan berehat atau tidur.
Mabuk Heavy
Mereka yang berhadapan dengan mabuk tahap berat ini lazimnya hanya sempat memancing untuk tempoh yang amat singkat. Malah ada yang tidak sempat menyentuh pancing langsung. Masa panjang yang berbaki dihabiskan dengan tidur dan muntah bersilih ganti. Apa saja bentuk makanan tidak mampu untuk dimakan.
Mabuk Heavy Teruk
Pemancing yang pada tahap mabuk heavy teruklangsung menyentuh barang pancing. Malah ketika bot gerak menuju ke lokasi memancing sekali pun sudah berwajah hijau. Lazimnya sejurus saja berhenti, merekalah yang terlebih dahulu muntah sebelum umpan dilabuhkan. Apa saja aktiviti tidak dapat dilakukan selain muntah sehingga tidak ada yang hendak dimuntahkan lagi. Tahap paling kritikal mereka ini berkemungkinan akan pengsan.
Ikan air masin boleh dibahagi kepada dua spesies iaitu ikan bersisik dan tidak bersisik. Sisik pada ikan bolehlah dianggap sebagai agen keselamatan. Bagi spesies yang tidak memiliki sisik, kebanyakannya dibekalkan set pertahanan diri yang lebih berbahaya seperti duri yang menyengat.
Ikan Depu
Nama saintifik: Synanceia spp
Nama umum: Stonefish
Ikan depu mempunyai warna coklat dan mempunyai kulit yang agak kasar. Gemar bersembunyi di dalam lumpur, karang dan batu-batuan, merupakan spesies ikan laut yang beracun tergolong dalam jenis Pterois, Parapterois, Brachypterois, Ebosia atau Dendrochirus dari keluarga Scorpaenidae.
Depu dikenali kerana senjatanya iaitu duri yang tajam dan memiliki warna merah, coklat, kuning, hitam atau putih yang amat berbisa yang terdapat di bahagian sirip belakang, jika terkena boleh menyebabkan seseorang itu pengsan dan boleh membawa maut.
Ikan Sembilang / Gemang
Nama saintifik: Plotosus canius
Nama umum: Gray-eel catfish
Ikan sembilang terkenal bagi kebanyakan kaki pancing yang gemar memancing pesisir pantai. Bentuknya badannya tidak bersisik dan licin. Selain itu, ikan sembilang juga mempunyai rasa yang agak sedap.
Ketika mengendalikan spesies ini, kita perlu berhati-hati dengan sengat atau duri pada bahagian dorsal dan juga sepasang duri pektoralnya. Sengatan sembilang agak berbisa dan mampu mendatangkan rasa berdenyut dan sakit berterusan jika tidak dirawat segera.
Sembilang Karang / Usat-Usat
Nama saintifik: Plotosus lineatus
Nama umum: Striped eel catfish
Usat atau ikan sembilang karang juga mendiami kawasan yang mempunyai karang. Warna badannya berbeza berbanding sembilang biasa. Ikan sembilang karang mempunyai warna yang lebih cerah dan mempunyai jalur pada badannya. Seperti ikan sembilang, ikan sembilang karang juga mempunyai duri yang berbisa dan mendatangkan kesan buruk jika disengat.
Ikan Duri
Nama saintifik: Arius sp
Nama umum: Sea catfish
Spesies daripada genus Arius ini merupakan antara spesies yang sering dinaikkan. Ikan duri mempunyai tiga duri yang tajam dan keras. Duri yang digunakan untuk mempertahankan dirinya ini terletak pada sepasang sirip pektoralnya serta sebatang duri yang mampu menegak pada bahagian sirip dorsal di atas badannya.
Ikan Pari
Nama saintifik: Dasyatidae
Nama umum: Thorntail stingray
Ikan pari merupakan ikan yang berbentuk leper dan sering berada pada dasar badan air. Ketika mengendalikan ikan pari, perhatian harus diberikan kepada bahagian ekornya. Duri sengatan ikan pari yang terletak di sebalik ekornya sangat berbisa dan mampu memberikan kecederaan teruk. Sesetengah kes sengatan pari mampu membawa kepada kematian.
Aruan Tasik
Nama saintifik: Rachycentron canadum
Nama lain: Cobia
Aruan tasik mempunyai daya larian yang begitu kuat. Spesies ini juga mampu membesar mencapai saiz gergasi. Dalam mengendalikan ikan ini terutama di atas bot yang bergerak, perlu lebih berhati-hati terhadap sebarang risiko terkena sengatan durinya. Sebaris duri keras dan tajam aruan tasik yang terletak pada bahagian sirip dorsalnya boleh menyebabkan kecederaan yang serius.
Belukang
Nama saintifik: Hexanematichthys sagor
Nama umum: Sagor catfish
Ikan belukang hampir menyerupai ikan duri. Ikan ini selalunya menjadi pengacau umpan dan sering dinaikkan ketika memancing di kawasan berair payau. Begitu pun, seperti ikan duri, ikan belukang juga mempunyai duri sengat yang berbisa. Duri ini terletak di bahagian sirip dorsalnya serta pada sirip pektoralnya.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...