Tidak semua pemancing sanggup untuk memancing di sungai pegunungan terutamanya lokasi yang hanya boleh diakses dengan berjalan kaki. Sekiranya anda belum pernah cuba dan ingin merasai pengalaman trekking dan memancing di sungai pegunungan, berikut disenaraikan apa yang perlu dan buat.
Stokin
Masa trekking ada tempat yang kita kena lalu kat kampung pacat, jadi pakai la stoking bola agar tak kering darah! Boleh gak celup stokin dalam dettol & keringkan untuk mencegah gigitan lintah. Tembakau jawa juga boleh digunakan sebagai pencegah serangan pacat.
Sleeping bag
Ads
Wajib bawak sebagai selimut kalau x nak sejuk menggigil. Seluar panjang, stoking bersih dan sarung tangan gak jangan lupa sebagai perlindungan dari digigit nyamuk, agas atau serangga berbisa pada waktu malam.
Beg hiking
Jangan gatal nak bawak macam2 benda yang tak perlu, buat berat jer! Bawak pakaian mudah kering kalau pergi camping 4 @ 5 hari , x perlu bawak 15 atau 49 pasang seluar, baju atau seluar dalam.
Ads
Peralatan pancing
Jangan la bawak semua set pancing, gewang, tali, batu ladung atau mata kail yang ada kt umah. Cukup bawak yang perlu sahaja. Rod pula maksima bawa dua batang sahaja.
Ads
Pakaian beribadat
Jangan lupa bawa sejadah dan pakaian bersih untuk solat kerana solat itu wajib didirikan walau di mana.
Tingkah laku
Bekas makanan dalam tin jangan dibuang merata-rata, sila tanam. Kesian kat binatang yang terpijak tin.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Jika aktiviti mengilat atau casting memiliki spesies sasaran utama tersendiri, begitu juga dengan dunia pancingan pantai atau surfcasting ini. Malah spesies sasaran dalam pancingan pantai ini jauh lebih bernilai kerana ia bukan saja memberikan tentangan hebat kepada para surfcaster, kebanyakan spesiesnya juga bernilai tinggi di pasaran. Berikut disenaraikan spesies sasaran tersebut.
Pari
Tidaklah sama ada pari beting, pari daun atau pari lalat… ia merupakan spesies sasaran utama mana-mana pemancing pantai. Ini adalah kerana daya juangnya yang tidak mengenal erti kalah. Semakin besar saiz ikan pari yang ditawan, semakin seronoklah cabaran yang diberikan. Selain itu, ikan pari turut menjadi sasaran disebabkan faktor keenakan dagingnya. Umpan yang biasa digunakan untuk memancing pari terdiri daripada udang, ikan dan juga sotong.
Gerong Belang
Gerong belang atau golden trevally lebih mudah dipancing dan menjadi sasaran surfcaster di sebelah Pantai Timur Semenanjung. Di Pantai Barat, spesies ini agak sukar untuk ditemui berikutan faktor geografi dasar pantai. Gerong belang diminati oleh penggemar surfcasting berikutan pecutan dan tenaganya yang jitu.
Sebagaimana ikan pari, ia turut diburu untuk sumber protein dan memiliki daging yang enak. Gerong belang biasanya diburu dengan menggunakan umpan hidup, ikan dan juga sotong.
Ebek
Ebek atau diamond trevally lazimnya akan menghuni kawasan perairan berbatu karang yang mempunyai kedalaman sekitar 20 meter hingga 100 meter sebagai habitatnya. Begitu pun, ebek juvenil lebih bersifat pelagik dan sering berlegar mengikut arus. Kadangkala ebek juvenil mengikut arus laut sehingga ke kawasan muara atau tepian pantai.
Ebek-ebek inilah lazimnya yang diburu oleh para pemancing pantai. Selain ebek juvenil, adakalanya ebek dewasa turut sama berjaya ditawan dan ia dianggap bonus. Ebek biasanya dipancing dengan menggunakan umpan udang hidup, udang lipan dan turut mengambil umpan hirisan sotong.
Yu kemejan
Spesies campuran yu dari pari ini mampu menghabiskan tali utama sepanjang 200 hingga 400 meter di dalam gelendung kekili milik surfcaster dengan sekelip. Justeru yu kemejan menjadi spesies sasaran utama bagi pemancing pantai yang mendambakan pertarungan yang sengit dan penuh mencabar.
Yu kemejan merupakan spesies yang gemar mendiami kawasan berpasir, berlumpur selut dan kawasan rata yang mendatar. Waktu utama pemburuannya ialah pada waktu malam berikutan ia lebih aktif memburu mangsa pada tersebut. Umpan bagi memburu spesies ini lebih kurang sama dengan pari iaitu udang, sotong dan ikan.
Talang
Ikan talang atau queenfish biasanya boleh ditemui di lagun pantai, terumbu dan persekitaran pulau-pulau. Mereka mendiami perairan yang jernih dari permukaan hingga kedalaman 100 meter. Sementara talang juvenil mendiami kawasan air cetek berhampiran pantai dan boleh memasuki muara termasuklah kawasan air payau.
Walau bagaimana pun ikan dewasa turut menghampiri pesisir pantai dan sering menjadi sasaran kepada pemancing pantai. Ikan ini digemari oleh surfcaster berikutan aksi akrobatiknya selepas tercangkuk mata kail. Ia boleh dipancing dengan menggunakan umpan belanak hidup, udang hidup serta hirisan ikan.
Daun baru
Ikan daun baru atau sicklefish boleh ditemui hampir merata pesisiran pantai semenanjung. Ikan daun baru menjadikan pesisiran pantai berkarang, berpasir dan berlumpur sebagai habitat utamanya. Walaupun tidak tergolong dalam game fish yang memberikan tentangan hebat kepada pemancing, ia turut tersenarai dalam ikan sasaran pengemar pancingan pantai. Ikan daun baru boleh dipancing dengan menggunakan umpan umpun-umpun, hirisan ikan dan udang.
Sembilang
Sembilang atau gemang merupakan spesies sasaran utama khususnya di bahagian sebelah Pantai Barat Semenanjung yang memiliki pesisir pantai berlumpur. Spesies yang terkenal dengan sirip berduri dan berbisa ini juga mampu melenturkan joran panjang jika bersaiz kasar. Ia menjadi sasaran utama bukanlah kerana keupayaan pertarungan, sebaliknya lebih kepada hidangan di meja makan berikutan keenakan dagingnya.
Banyak jenis umpan boleh digunakan untuk memancing sembilang seperti udang, sotong, ikan, umpun-umpun dan kerang-kerangan.
Belukang
Ikan belukang atau sagor catfish, lazimnya boleh didapati di tepi pantai berlumpur dan kuala sungai. Ia hidup di laut berlumpur berdekatan pantai dan estuari. Bagi sesetengah pemancing menganggap ikan belukang umpama ikan pengacau umpan.
Namun ia masih menjadi buruan utama bagi sesetengah pemancing lain, malah menjadi sasaran utama khususnya di dalam pertandingan memancing pantai. Berikutan ia dilabel sebagai pengacau umpan maka apa saja umpan yang digunakan untuk memancing spesies sasaran lain boleh dijadikan umpan untuk memancing belukang.
Ibu Gelama
Ibu gelama atau temerih mendiami kolom dasar, lubang dalam di muara, selokan yang terbentuk dengan baik di luar pantai, terumbu pantai yang berlumpur, bangkai kapal atau lubang yang bersebelahan dengan terumbu luar pantai sehingga 40 meter.
Diet utama ibu gelama terdiri dari cecacing, udang, sotong dan ikan kecil.
Mungkin korang pernah dengar istilah memancing seperti kumpau atau rentung. Istilah-istilah berkaitan dengan memancing ini ada macam-macam. Begitu juga dengan istilah yang berkaitan dengan ikan toman.
Mamato / Mama Toman
Mamato atau mama toman lebih menjurus kepada induk toman yang hadir bersama kumpulan anaknya dan merupakan toman yang menjadi buruan utama. Walaupun mama toman tidak semestinya bersaiz besar namun induk yang bersaiz melebihi 5 kilogram senantiasa menjadi sasaran untuk kepuasan pertarungan.
Toman Jalur
Istilah toman jalur bukanlah merujuk kepada spesies, sebaliknya julukan kepada toman juvenil atau toman kecil yang masih belum pecah belang atau jalur hitam pada badannya. Ia bukanlah satu hasil tangkapan yang membanggakan malah dianggap sebagai hiburan atau pemanas badan untuk memburu saiz yang sebenar.
Toman Rempit
Toman rempit pula lebih merujuk atau menjurus kepada toman yang memiliki daya pecutan deras umpama sebarau. Ia juga boleh merujuk kepada toman juvenil yang sudah melepasi peringkat toman jalur yang sudah pecah corak dengan berat saiz sekitar satu kilogram. Berikutan masih remaja itulah ia memiliki daya renangan yang agak mengelirukan.
Toman Bujang
Skop toman bujang ini agak meluas kerana ia bukan sahaja meliputi saiz dan jantina. Toman bujang ada yang bergerak secara solo dan juga berkumpulan. Namun ia lebih menjurus kepada toman yang tidak berpasangan atau bukan induk.
Toman Negro
Toman negro merupakan istilah atau panggilan yang diwujudkan bagi merujuk kepada warna badan toman yang hampir seratus peratus hitam. Untuk tempoh tertentu, tidak dapat dipastikan ia berlaku ketika musim mengawan, bertelur atau period menjaga anak, rona warna sebahagian toman bertukar ungu gelap atau hitam peka.
Toman Cendol
Toman cendol juga bukan merujuk kepada spesies tetapi lebih kepada situasi di mana kejayaan mendaratkan toman dengan jumlah yang banyak. Lazimnya juga saiz-saiz toman yang banyak didaratkan itu juga kecil-kecil umpama toman rempit.
Toman Komando
Jika toman negro dikaitkan dengan warna badan toman yang hampir seratus peratus hitam, toman komando pula merujuk kepada warna badannya yang hijau bertompok hitam umpama uniform celoreng askar.
Toman Air Payau
Walaupun toman hidup di sungai, tasik, lombong dan paya, namun ia satu kebanggaan bagi pemancing apabila berjaya mendaratkan toman yang habitatnya di sungai berdekatan sistem air payau. Ini kerana toman sungai dikatakan lebih kuat dan berkuasa berbanding habitat lain.
Memancing cencaru ni memang seronok tetapi kalau setakat dua tiga ekor atau naik secara seekor demi seekor pun kurang seronok juga.
Tidak dinafikan malah sememangnya penggunaan sabiki atau biasa disebut sebagai apollo amat berkesan untuk memancing ikan cencaru.
Namun di Kelong Acheh, penggunaan sabiki sahaja amat perlahan hasilnya. Berikut merupakan perkongsian pemilik Kelong Acheh untuk memancing cencaru.
Langkah 1
⇒Pertama sekali perlulah mencari ikan umpan seperti tamban dan selar dengan menggunakan apollo. Sebaiknya dapatkan ikan tamban.
⇒Untuk dapatkan ikan tamban ini gunalah apollo saiz 4 hingga 6. Manakala apollo yang bagus untuk digunakan ialah apollo udang warna-warni (udang getah pada mata kail).
⇒Jika boleh biarkan ikan umpan ini hidup dengan menyimpannya di dalam bekas simpanan berudara. Atau disimpan bekas berais kerana kesegaran umpan amat penting untuk memancing cencaru.
Langkah 2
⇒Apabila mendapati kehadiran ikan cencaru mula memasuki kawasan kelong, gunalah ikan tamban ini sebagai umpan. Ikan tambah dibuang sisik dan kemudian dipotong kecil.
⇒Isi ikan ini kemudian dicangkukkan pada mata kail apollo saiz 12 hingga 16.
⇒Apollo enam mata kail ini tidak perlu digunakan kesemuanya. Memadai hanya menggunakan 3 mata saja dengan cara memotongnya kepada dua bahagian. Secara tidak langsung ia lebih menjimatkan.
Langkah 3
⇒Apollo 3 mata kail yang telah dicangkukkan isi ikan tamban itu kemudiannya dilontarkan ke spot berdekatan kelong. Ia tidak perlu dilontar jauh.
⇒Biarkan batu ladung mencecah dasar dan kemudian sekadar tegangkan tali pancing dan tunggu. Konsepnya sama seperti pancingan dasar memancing ikan merah dan lain-lain lagi.
Penjelasan lanjut:
Kawasan sekitar kelong boleh dianggap sebagai cetek. Oleh yang demikian kebanyakan ikan pemangsa atau pelagik seperti cencaru akan turut turun ke dasar jika menemui makanan.
Disebabkan inilah memancing ikan cencaru menggunakan sabiki atau apollo yang diletakkan umpan segar lebih berkesan berbanding sekadar menggunakan apollo saja.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...