Untuk memancing sepat Siam, joran teleskopik (pole rod) 9-15 kaki diperlukan. Lebih panjang joran teleskopik lebih bagus. Ini kerana ada kalanya kumpulan ikan sepat Siam akan timbul jauh daripada kedudukan yang anda boleh capai.
Mata kail
Untuk keberkesanan memancing sepat, tidak semua mata kail bersaiz kecil sesuai untuk digunakan. Mata kail udang galah juga bukanlah mata kail terbaik untuk memancing sepat Siam yang bermulut kecil. Sebaiknya pilihlah mata kail berteras halus, kecil, ringan tetapi tajam dan kukuh.
Ads
Tali utama
Tali utama boleh gunakan tali sulam 2-6 lb atau boleh juga tali tangsi 4-6 lb yang berdiameter kecil. Namun penggunaan tali sulam adalah lebih bagus.
Ads
Umpan
Terdapat beberapa jenis umpan yang boleh digunakan seperti cacing merah atau cacing pokok pisang (halus) dan lumut. Boleh juga menggunakan dedak yang dibancuh liat dan digentel pada mata kail.
Ads
Rasuah
Dedak ayam bertujuan untuk menarik kawanan ikan sepat agak berkumpul di suatu tempat untuk dipancing. Caranya taburkan sebelum memancing, taburkan dahulu dedak di kawasan ikan sepat berkumpul.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ikan siakap merah merupakan spesies ikan gred tinggi. Ia bukan sahaja idaman para pemancing, enak dijadikan juadah malah kaya dengan khasiat yang bagus untuk kesihatan badan. Berikut merupakan antara khasiat ikan siakap merah.
BANYAK MENGANDUNGI VITAMIN A
Vitamin A sangat penting bagi tubuh, ini kerana vitamin A berperanan sebagai agen pertahanan tubuh manusia. Mengambil vitamin A secara berlebihan juga tidak bagus untuk tubuh kerana ia boleh menyebabkan beberapa penyakit kepada jantung dan hati. Namun ikan siakap merah ini berupaya membekalkan vitamin A yang secukupnya.
MENCEGAH GIGI BERLUBANG
Kandungan kalium di dalam daging ikan siakap merah sangat bagus untuk kesihatan terutamanya gigi kerana 3 gram daging siakap mengandungi 9.7% peratus yang diperlukan oleh badan. Tengok sajalah macam mana rupa gigi siakap merah.
MENJAGA KEKUATAN TULANG
Selain mencegah gigi dari berlubang, kalium di dalam ikan siakap merah turut membantu mencegah tulang daripada cepat reput.
MENJAGA KESIHATAN OTAK
Otak manusia juga memerlukan kalium yang berfungsi agar otak mendapatkan cukup oksigen, dan juga nutrisi ke otak agar menjaga kesihatan dan fungsi otak , dan juga mampu mencegah terjadinya sirkulasi darah di otak.
MENCEGAH BARAH
Vitamin A juga dapat mencegah pertumbuhan sel barah yang muncul pada tubuh dan mencegah DNA yang muncul dalam tubuh dan menyerang beberapa organ seperti usus, paru-paru, payu dara, serviks, prostat dan juga hati!
MEMELIHARA DAYA PENGLIHATAN
Omega 3 yang terdapat dalam siakap merah dipercayai dapat menurunkan risiko kehilangan penglihatan. Omega 3 juga dipercayai dapat mencegah kolestrol, dan juga penyakit jantung!
MENGURANGKAN RISIKO DEPRESI
Selain itu Omega 3 juga berperanan untuk menghilangkan depresi sekiranya anda menghadapi tekanan ini.
MENURUNKAN RISIKO HIPERTENSI
Hipertensi terjadi akibat tekanan darah tinggi. Namun bagi yang menghidap penyakit hipertensi tidak perlu risau kerana anda boleh mencuba ikan siakap merah sebagai diet yang berkhasiat dan merawat penyakit.
Biasanya dalam sesuatu trip memancing, kita jarang terlupa dalam penyediaan perkara utama. Ada kalanya kita bersedia cukup lama hal ini. Tetapi terlupa dengan perkara kecil yang sebenarnya mampu memberi manfaat besar kepada pemancing.
Ubat-Ubatan
Antara persediaan kecil yang sebenarnya perlu diberi perhatian adalah penyediaan ubat-ubatan. Ramai yang lupa akan hal ini dan kerap kali hanya teringat apabila sudah tiba di lokasi. Sebenarnya tidak perlulah sehingga perlu ada kotak first aid, (kalau ada lebih baik) tetapi seorang pemancing itu perlu sentiasa membawa kotak kecil yang boleh diletakkan ubat.
Paling kerap berlaku di kalangan kaki pancing adalah pening kepala akibat perubahan cuaca, panas terik dan sejuk, luka kecil akibat gigitan serangga, terkena tusukan mata kail. Kerap mood memancing hilang gara-gara pening atau sakit kepala, sedangkan ketika itu mungkin ikan sedang galak memakan umpan.
Oleh itu, sediakanlah ubat-ubatan yang difikirkan perlu seperti minyak angin, ubat paracetamol, ubat luka, plaster luka, balm atau semburan penghalau nyamuk dan sebagainya.
Setidak-tidaknya dengan persediaan sebegini, ia akan membantu anda ketika dalam kesusahan dan sekurang-kurangnya mood memancing anda akan terus ’membara’ sehingga selesai trip. Sila simpan semua ubat ini dalam bekas kedap udara.
Air Minuman
Banyakkan minum air kosong, terutama cuaca panas. Ramai yang bawak bekalan air cukup banyak tapi tak diminum. Sudahnya bawak balik semula semua air tu.
Baju Hujan
Jika memancing pada musim hujan, ada baiknya anda mengenakan baju hujan dan juga jaket keselamatan sebagai perlindungan keselamatan.
Jus Buah
Bawa makanan ringan seperti asam atau air berunsur masam seperti jus oren, air asam jawa ketika pergi memancing. Jus oren mampu meneutralkan kandungan PH badan, jika anda berasa mual, air liur terasa pahit.
Rehat
Jika anda berasa pening, ada baiknya selepas anda memakan ubat, berehatlah di tempat yang teduh dan lelapkan mata seketika.
Berteduh
Jangan terlalu lama terdedah di kawasan terbuka, terutama jika casting. Sebaiknya, pilih lokasi yang agak redup bagi mengelakkan kepanasan melampau.
Jauhi Embun
Elakkan dari terkena embun terlalu lama jika memancing hingga larut malam. Kenakan pakaian yang sesuai dan tebal bagi menghindari udara sejuk. Minum minuman panas amatlah digalakkan.
Elak Mancing Solo
Sebaiknya memancing lokasi atau lubuk yang jauh perlulah berteman. Sentiasa berhati-hati ketika melangkah dan jaga perilaku dan adab semasa memancing.
Saya tertarik dengan penjelasan admin Majalah Umpan dalam segmen Korang Tanya Umpan Jawab berkaitan dengan musim udang galah.
Saya bersetuju dengan pendapat admin, cuma saya ingin buat sedikit input berdasarkan pengalaman sendiri memancing udang galah.
Berkenaan musim udang galah, saya ada teori sendiri berdasarkan pengamatan bertahun-tahun. Biasanya Tahun Baru Cina sering dijadikan penanda kepada musim udang galah.
Sebabnya? Kalau dibandingkn dengan teori Majalah Umpan iaitu musim tiada hujan, persamaan di sini adalah musim panas.
Sebagaimana yang kita sedia maklum, Tahun Baru Cina biasanya disambut ketika iklim negara dalam musim panas. Secara semulajadi, udang galah aktif mencari makan ketika cuaca panas dan sebaliknya menjadi kurang aktif ketika air sejuk (musim hujan).
Bila udang aktif mencari makanan, baru la senang kita nak pancing. Kalau tak dapat banyak pun kita tidaklah kumpau nanti.
Dalam erti kata lainnya atau kata kuncinya di sini adalah faktor suhu air. Sebelum turun memancing udang galah, kita perlulah ambil tahu tentang suhu air.
Berkenaan kewujudan udang galah di air tawar dan air payau, sebenarnya udang galah boleh hidup di air tawar namun perlu turun ke air payau untuk membiak.
Sebab larva udang yang baru menetas hanya boleh survive dalam air payau. Setelah mencapai bentuk udang (pasca larva) ia akan kekal di kawasan air payau atau kembali ke air tawar sehingga ke hulu sungai.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...