Perambut mata kail merupakan kelengkapan terpenting dalam pancingan air tawar terutamanya kolam. Bagi pancingan air tawar atau kolam, pemilihan perambut mengikut spesies yang hendak dipancing. Se Sebagai contoh, kalau hendak memancing rohu maka gunakanlah perambut rohu seperti perambut spring dan sebagainya.
Pemilihan perambut juga bergantung kepada lokasi memancing dan situasi semasa sama ada konsep pancingan harian atau pertandingan. Oleh yang demikian, amat penting untuk menjaga dengan baik perambut ini agar tidak menyusahkan diri sendiri apabila hendak menggunakannya nanti.
Bersihkan dan keringkan perambut selepas digunakan terutamanya perambut yang dihasilkan dari tali braided. Ramai yang tidak mengendahkan perkara ini.
Sapukan sedikit minyak pada mata kail terutamanya mata kail yang senang karat. Jika tiada minyak yang sesuai, minyak masak pun boleh.
Periksa ikatan dan simpulan pastikan semuanya kuat dan ketat.
Periksa tali perambut sama ada ada luka atau tidak, kalau terdapat luka buangkan sahaja dan buatkan yang baru. Jangan menyesal di kemudian hari.
Sebaiknya letakkan perambut dalam bekas yang terdedah udara dan terkena cahaya matahari yang tidak terlalu terik.
Penting! Asingkan perambut anda. jangan campur adukkan pelbagai jenis perambut di dalam satu bekas, nanti jadi mee goreng susah nak leraikan.
Pastikan juga perambut disimpan di tempat khas yang jauh dari kanak-kanak dan haiwan peliharaan.