Kepentingan Ikan Lampam Dalam Industri

Share

 

Dalam industri perikanan, spesies lampam boleh dikatakan agak penting dalam beberapa cabang perikanan.

Secara tradisional, spesies lampam mempunyai kepentingan yang agak tinggi bagi komuniti pinggir bandar.

 

Komuniti yang menjadikan spesies lampam sebagai salah satu ikan target ialah komuniti pemancing sara diri atau subsistence anglers.

Berbeza dengan pemancing rekreasi, pemancing sara diri bermaksud komuniti ini menangkap sesuatu spesies ikan untuk keperluan harian, terutamanya sebagai sumber makanan.

 

Selain itu, spesies ini juga mempunyai kepentingan dalam perikanan komersial dan akuakultur.

Jasanya spesies lampam diternak dalam skala yang besar untuk tujuan sumber makanan kepada komuniti setempat.

 

Dalam sektor perikanan ikan hiasan juga, spesies ini merupakan antara spesies ikan popular dan mudah didapati di kalangan kedai ikan hiasan.

Disebabkan spesies ini gemar berenang berkumpulan, biasanya lampam akan ditempatkan dengan sekumpulan lampam yang lain di dalam akuarium.

Malah spesies ini antara spesies ikan yang tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi jika dibela.

 

 

Dalam pancingan sukan sekali pun, selain dipancing untuk dimakan, spesies lampam yang bersaiz kecil juga boleh dibuat umpan untuk menjerat pemangsa yang lebih besar.

Anak lampam adalah umpan hidup terbaik untuk menjerat baung besar, toman, mahupun sebarau.

 

Kebanyakan orang, lampam nungkin sekadar spesies biasa-biasa sahaja, namun pancingan lampam yang ringkas dan santai mampu mendatangkan riuh rendah jika dilakukan secara berkumpulan.

Bahkan, di sesetengah tempat, lampam sungai terutamanya bersekolah cukup tinggi. Ibarat jinak di depan mata, pandai mencuri umpan, tetapi sukar untuk menangkapnya.

 

Jika kunjungan trip pancing ke tasik-tasik utama di Malaysia seperti Tasik Kenyir di Terengganu atau Royal Belum di Perak, kaki pancing semestinya meletakkan keazaman yang tinggi untuk menjerat spesies toman dan sebarau.

Bagi kaki trekking pula, spesies pujaan semestinya si raja sungai iaitu kelah dan juga peragut malam iaitu baung.

Iyalah, trip-trip sebegini apatah lagi ke tasik utama yang terkenal di kalangan kaki pancing wajib untuk menyenaraikan ikan target yang bernilai tinggi baik dari segi kekuatan pertarungan mahupun nilai ikan target yang rare untuk dipancing serta sedap dimakan.

 

 

Begitu pun, dalam kesibukan memburu ikan gred A, kunjungan ke tasik utama tidak sah jika tidak melayan keseronokan spesies lampam.

Pancingan lampam di tasik utama lebih santai malah teknik pancingan juga lebih santai, ringkas dan minimalis. Pancingan yang santai sebegini memang menghiburkan apatah lagi jika aktiviti tersebut dilakukan beramai-ramai. Riuh boathouse dibuatnya.

Published by
Amang