Kenikmatan Memancing Yang Ramai Tak Faham

Share

 

Pernah tak seseorang bertanya kepada anda kenapa anda memancing? Apa yang anda jawab? Sekiranya anda masih keliru nak jawab apa, berikut disediakan untuk menyatakan kenapa anda memilih hobi mahal ini.

 

MENGURANGKAN STRESS / TEKANAN KERJA

Iyelah… hanya dengan memancing sahaja kita dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Dapat tengok air pun hati dah sejuk, belum lagi cerita bila dapat tarik ikan. Perghh, indahnya dunia. Boleh lupa segala masalah di tempat kerja dan sebagainya.

 

 

TAMBAH KAWAN

Ya, memancing juga menjadi satu sumber untuk menambah kenalan selain melayari laman sosial di Internet. Dengan memancing, kita bukan saja boleh menambah kenalan tetapi juga boleh bertukar-tukar teknik memancing dan sewaktu dengannya.

 

 

CARI LAUK

Selain menghilangkan tekanan dan cari kawan, pada masa yang sama gak kita boleh tambah stok lauk kat rumah. Sekurang-kurangnya jimat sikit duit belanja isi rumah. Percayalah, tiada isteri yang akan mengamuk jika anda membawa pulang ikan-ikan segar apatah lagi ikan kegemarannya.

 

 

REKREASI

Memancing juga boleh menjadi antara rekreasi yang baik buat diri anda dan keluarga. Selain bawa anak-anak pergi bercuti kat taman tema, apa salahnya bawa pulak diorang pergi memancing. Mesti teruja dibuatnya.

 

 

FAEDAH KESIHATAN

Haa, ramai yang tak tahu aktiviti memancing ni pun baik untuk kesihatan. Dengan keluar memancing dan melakukan perkara aktif di luar boleh menggalakkan gaya hidup yang sihat sebenarnya. Jadi, rajin-rajin la keluar memancing.

 

KEPUASAN DIRI

Memancing sebagai satu kepuasan diri. Itu memang tak boleh dinafikan lagi. Hanya mereka yang betul-betul menghayati hobi ini saja dapat mengetahui kepuasan apa yang dimaksudkan itu.

 

 

SUMBER PENDAPATAN / SAMPINGAN

Dengan memancing juga boleh menambah sumber pendapatan. Iyelah, bila dah dapat ikan banyak-banyak tu boleh la jual kat peraih. Tak pun masuk je pertandingan memancing. Untung-untung boleh jadi juara. Tu pun kalau untunglah.

 

 

ASAH SKIL

Untuk mengasah teknik memancing, kita haruslah selalu keluar memancing. Jadi ini juga boleh dijadikan alasan jika ada yang mempersoalkan kenapa anda kerap keluar memancing.

 

 

GERAM TENGOK IKAN

Selama ini, anda mungkin beli sahaja ikan di pasar untuk dijadikan lauk. Tiba-tiba terdetik di hati anda untuk memancing sendiri, bawa pulang dan dijadikan hidangan. Atau sebenarnya anda geram melihat ikan di pasar yang besar-besar, lantas anda membulatkan tekad untuk cuba memancing.

Published by
Amang