Kenapa Ramai Gantung Joran Selepas Kahwin?

Share

 

Nak dijadikan cerita ada juga terdengar kes-kes yang mana isteri melarang suaminya untuk keluarmemancing atau dalam erti kata lain untuk menghentikan terus aktiviti ini.

Memang agak malanglah jika situasi ini benar-benar terjadi. Bukannya apa, bila terjebak dalam situasi ini, sang pemancing yang seolah-olah berada di dalam keadaan tersepit.

Iyelah, hati isteri harus dijaga, tetapi minat dan hobi juga tidak wajarlah kalau terpaksa dilupakan terus.

 

Namun, penulis percaya, bukannya semua para isteri bersikap sebegini. Mungkin hanya kes-kes terpencil sahaja yang sanggup memaksa suami untuk menghentikan aktiviti memancing.

Apa yang pasti, sememangnya si isteri pasti risau sekiranya suami mereka berdepan risiko ketika memancing dan ada juga yang risau sang suami ‘mengular’ ke arah lain.

 

Kongsi Minat

 

Pastinya kebanyakan kaki pancing mengharapkan isteri yang boleh memahami dan berkongsi minat yang sama dengan kita.

Bukan semua boleh memahami kepuasan yang boleh kita dapat daripada memancing. Mungkin ada yang menganggap hobi ini sekadar membuang masa dan lebih baik membeli ikan di pasar daripada keluar memancing yang ada kalanya pulang dengan tangan kosong.

 

Tetapi tidak kurang juga ada yang terus menyokong dan turut bersama-sama mengikuti sang suami keluar memancing.

Alangkah indahnya bila melihat si pemancing melakukan aktiviti ini bersama isteri dan anak-anak. Selain daripada mengeratkan hubungan, ia juga mampu mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan.

 

Pada masa yang sama, ia dapat mengelak syak wasangka kepada sang suami yang keluar memancing untuk beberapa hari…

Begitulah sedikit sebanyak coretan wacana bagi pemancing yang sudah menempuh alam rumah tangga.

Jadi, apa pula kata kaki pancing semua? Adakah anda pernah berdepan dengan situasi ini ataupun mungkin pernah mendengar keluhan daripada rakan anda yang “lesen memancingnya” terpaksa digantung buat sementara waktu.

Jom kita lihat apa kata pembaca setia Majalah Umpan untuk isu wacana kali ni…

 

APA KATA NETIZEN?

 

Pendapat 1

Sesetengah pemancing bila berumah tangga akan menggantung jorannya atas sebab menghormati kedua-dua ibu bapa dan keluarga mertua mereka.

Biasanya, selepas beberapa bulan kegiatan memancing akan dilakukan seperti sedia-kala. Tapi, mungkin ada juga ahli keluarga yang tak suka melihat anak mereka meninggalkan keluarga semata-mata untuk hobi memancing ni..

 

Pendapat 2

My wife ni kalau kita nak keluar memancing memang takde masalah. Janji belanja dapur dan segala bil settle.

Dia kata, “Kalau nak memancing, pancing ikan jaa, jangan pancing ikan mulut merah tau!” Ha..ha…

 

Pendapat 3

Bini aku ni kekadang OK kadang-kadang TAK OK bila aku nak keluar memancing.. Tengok mood dia…

Susah juga nak pergi memancing. Nak kena jaga hati bini dulu, baru dapat lesen…

 

Pendapat 4

Pada saya tak juga.. Macam saya, bini siap belikan lagi set pancing untuk memancing kat Sedili dulu dan tak pernah melarang keluar memancing pun.

Cumanya, mungkin bila dah kahwin ni, komitmen dengan keluarga adalah yang paling utama bagi sesetengah individu berbanding hobi.

Masa bujang lagi saya dah bawa keluar memancing, jadi dia dah faham keseronokan memancing ni.. Bising-bising sikit sebab belum barang pancing mahal tu ada la.

 

Pendapat 5

Pada saya, ramai juga kawan-kawan yang kena gantung joran selepas berkahwin…  Alhamdulillah isteri saya memahami hobi saya.

Pernah saya bawa isteri serta anak-anak ke kolam untuk merasai keseronokan memancing. Isteri siap cakap patut ler awak syok memancing. Bila ikan tarik kita lawan tarik balik.

Terasa gigil tangan merasa sentapan ikan. Terus isteri cakap awak tunggu ye anak-anak besar nanti, saya nak join sekali mancing. Anak pula asyik tanya bila nak pergi mancing.

Sebenarnya lebih seronok kalau anak isteri join sekali trip memancing dan boleh dijadikan aktiviti riadah bersama keluarga.

 

Pendapat 6

Pendapat gantung joran adalah tidak perlu pada saya. Memancing adalah satu hobi yang tidak memudaratkan.

Malah ia mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Masa terluang boleh digunakan untuk bersama keluarga beriadah & memancing.

Namun pemancing harus pandai menguruskan masa agar keluarga tidak diabaikan disebabkan aktiviti memancing yang terlalu padat.

 

Pendapat 7

Bagi persoalan ini, saya sebagai penyimpan joran-joran ul berpendapat adalah TIDAK PERLU gantung joran.

Ini adalah kerana kita HANYA PERLU menyimpan joran dengan kemas di rak joran. Sekiranya takut atau risau joran2 dipatahkan oleh isteri anda, sila pilih rod Uglystick kerana istilah patah itu TIADA.

Bagi saya, lepas kawin saya masih dengan hobi saya. Isteri dah faham kenapa saya dengan pancing tak dapat dipisahkan.

Ini adalah kerana dgn memancing saya dapat rileks kan sikit kepala dan fikiran ini setelah stress bekerja. Nak-nak dengan GST dan harga minyak naik.

 

Pendapat 8

Lepas kahwin kene ingat tanggungjawab. Walau hobi kita ni bagus. Tapi bole jadi tak bagus kalau abaikan tanggungjawab kat rumah. Beli barang mancing ribu-ribu.

Anak nak mintak belikan KFC ke mainan RM10 bukan main berkira. Itu dah tak betul. Bini nak beli langsir baru untuk rumah kata mahal, pun tak betul.

Yang betulnye, kenalah pandai beragak. Jangan hanya taksub memancing. Bahagikan masa sebaiknya. Keputusannya pasti Tak perlu gantung joran.

 

 

Published by
Amang