Fungsi lain ialah bertindak sebagai alat untuk mengurangkan tekanan geseran pada struktur dan pada masa yang sama ia juga mampu untuk mencangkukkan mata kail dengan lebih kemas pada mulut ikan.
Kelebihan inilah menjadikan shock leader ini sering digunakan oleh kaki pancing terutamanya bagi mereka yang menggunakan tali sulam kerana tali sulam juga tidak mempunyai kuasa regangan untuk menampung henjutan kuat ikan secara tiba-tiba dan tugas ini dipikul oleh perambut tangsi yang akhirnya bertindak sebagai absorber.
Ads
Selain itu, tali sulam yang dijual di pasaran sekarang mempunyai pelbagai warna. Kebanyakan daripada warnanya lebih untuk menarik perhatian kaki pancing untuk membelinya selain berkesan untuk kaedah pancingan tertentu tetapi tidak kepada ikan.
Ads
Ads
Jika diabaikan pemasangan perambut ketika casting, ia sedikit sebanyak akan mengangu perhatian ikan untuk menyambar umpan anda. Dengan pemasangan shock leader (lut sinar) sepanjang sedepa atau sedepa lebih, mampu untuk menyelesaikan masalah tersebut.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Belida sungai dan belida bintik merupakan spesies ikan buruan yang menjadi idaman ramai pemancing untuk mendapatkan pengalaman sensasi. Cara memancing ikan belida ini agak unik kerana spesies ini hidup di pinggiran sungai tidak berkumpulan.
Belida biasanya bersembunyi di tunggul-tunggul kayu di tepian sungai dan akar-akar pokok. Kelebihannya, belida tidak akan berpindah tempat apabila sudah selesa berada di sarangnya. Apa yang sukar ialah untuk mengesan posisi tepat ikan ini bersarang.
Satu-satunya cara untuk mengetahui ikan belida berada di sarangnya adalah dengan cara duduk diam menunggu ia muncul di permukaan dan melibaskan ekornya sambil menghirup udara.
Pergerakan inilah menandakan ikan belida bersarang di kawasan sekitarnya. Walaupun hidup di air tawar dan berada di permukaan pada musim kemarau, namun pada musim hujan ikan belida akan kembali hidup di dasar tasik atau sungai.
Cari spot yang tepat:
Taburan ikan belida terutamanya belida sungai agak terhad berbanding belida bintik. Oleh yang demikian ada baiknya pemancing mencari informasi dari penduduk setempat di mana biasanya ikan belida ini muncul di permukaan. Pilihlah area tepi sungai yang banyak batu-batuan, rawa, akan atau bangkai pokok.
Waktu yang tepat:
Waktu yang tepat untuk memancing ikan belida adalah lewat petang atau malam hari dan juga pada awal pagi. Biasanya ikan belida mencari makan pada waktu-waktu tersebut. Selebihnya ia banyak berdiam diri di dalam sarangnya.
Umpan yang tepat
Umpan hidup merupakan umpan terbaik untuk menjerat belida. Pemancing boleh gunakan udang atau anak ikan. Selain itu gunakan mata kail yang kecil agar umpan dapat bergerak dengan bebas dan biarkan umpan sampai ke dasar sambil sesekali diangkat sekitar 30-50cm.
Selain itu umpan tiruan juga boleh boleh digunakan. Namun peratusan untuk menjeratnya agar rendah kecuali gewang memasuki kawasan sarangnya dan berlenggang-lengguk di hadapan matanya.
Strike yang tepat
Pada kebiasaannya ikan belida menangkap mangsa adalah dengan cara menggonggongnya dan menghempaskannya berulang kali sehingga pengsan barulah ditelan sekaligus. Jadi, ketika strike biarkan umpan dibawa terlebih dahulu oleh ikan belida ini sampai ke dasar sunga. Setelah tali keluar 3 hingga 5 meter barulah tegangkan tali dan lakukan strike yang kemas.
Bilakah waktu yang sesuai untuk memancing atau casting sotong mengabang? Waktu siang atau malam?
Jawapannya cukup mudah. Dua-dua pun boleh. Bergantung pada lokasi di mana kita hendak casting.
Contoh di Pulau Ular yang kami kunjungi, sotong mengabang hanya aktif dan mengejar candat pada waktu siang sehinggakan matahari terpacak atas kepala pun masih boleh casting dan mengabang tetap galak. Bila malam, sotong menyepi.
Berlainan pula di daratan seperti di tebing berbatu serta benteng, sotong mengabang aktif pada lewat petang dan waktu malam. Di kawasan yang terdapat cahaya seperti di bawah jambatan juga boleh didapati spesimen ini.
MEMILIH CANDAT
Warna serta corak yang cantik pada pandangan kita belum tentu menjadi kesukaan dan menarik minat sotong mengabang.
Jika di sebelah Pantai Timur candat bintik, pink dan oren menjadi pilihan. Warna serta berat candat yang pelbagai perlu dibawa kerana lain tempat lain pula kesesuaiannya.
PERALATAN
Joran khas untuk casting sotong agak sukar untuk mendapatkannya di pasaran. Sebagai alternatif joran P.E 0.6-1.2 sepanjang 6-7 kaki sudah dikira sesuai untuk mengilat dari tebing.
Kekili mendatar yang kecil bersaiz 500-1000 sudah memadai dan dimasukkan tali tangsi berkekuatan 10lb-15lb dengan diameter 0.18mm -0.20mm.
Penggunaan tangsi lebih efektif berbanding tali sulam kerana ia mempunyai daya regangan. Tangsi hanya dimasukkan ke dalam spool kekili sehingga 80% ruangan spool.
Jika tangsi dimasukkan memenuhi spool, masalah ‘sarang burung’ sering terjadi. Peralatan yang lebih ‘heavy’ diperlukan jika mengilat mengabang di laut dalam kerana saiz sotong yang lebih besar serta perlawanannya lebih ganas.
WARM JACKET
Ini antara teknologi terkini dalam penghasilan candat. Jika sebelum ini kita hanya bergantung kepada cahaya luminous pada candat bagi memerangkap sotong, kini badan candat yang bersuhu suam membuatkan candat seolah-olah umpan hidup sebenar dan sudah tentu ia lebih memperdaya sotong.
Walaupun tanda harga yang dilekatkan pada kotak candat ini membuatkan ‘kening terangkat’ namun berbaloi menggunakannya kerana kelebihannya ini.
Selain itu terdapat juga candat UV seperti Keimura Teknologi keluaran Shimano yang mana candat ini sangat efektif terutama untuk situasi gelap di dasar yang dalam.
Tubuh manusia memerlukan pengambilan nutrisi berterusan agak kekal sihat. Ikan jerawat juga mengandungi vitamin B1 yang berguna dalam mengekalkan kekuatan dan dapat meningkatkan ketahanan dalam melawan stres. Vitamin B1 juga memainkan peranan untuk melegakan pening dan keletihan akibat kegagalan kerja.
Stamina adalah tenaga tubuh yang perlu kekal bersemangat bagi menjalankan aktiviti harian. Dengan mengamalkan memakan ikan jelawat, korang tidak perlu mengambil suplemen lain.
Iodin sangat penting untuk mencegah beguk atau benguk. Kekurangan iodin yang dialami oleh ibu sejak kehamilan bakal mengakibatkan bayi lahir kronik, dan juga boleh mengalami IQ yang lemah atau rendah.
Kanak-kanak yang cukup fluorida dalam diet mereka akan memiliki gigi yang lebih sihat. Ikan jelawat dikatakan memiliki fluofrida yang baik untuk menguatkan gigi.
Bagi orang yang sangat prihatin terhadap penampilan dan sentiasa mahu kelihatan sempurna, maka korang perlu makan ikan Jelawat. Ini kerana kandungan lemaknya rendah dan mudah dicerna. Dalam erti kata lainnya ia dapat mengawal berat badan anda agar tidak menjadi obesiti.
Kandungan fosforus yang terkandung dalam ikan Jelawat berfungsi meningkatkan prestasi proses pencernaan makanan dan membantu mengawal proses pembuangan sisa metabolik dan bahan yang diperlukan oleh tubuh manusia. Fosforus juga berfungsi untuk memperkuat tulang dan gigi supaya tidak mudah rapuh.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...