Sebuah kajian yang dijalankan tidak lama dulu mendapati lelaki yang berkepala botak didapati lebih seksi, maskulin dan setia. Kajian yang sama turut mendapati lelaki botak yang tidak memakai rambut palsu dan berasa malu dengan imej botaknya itu lebih berkeyakinan dan dominan berbanding dengan lelaki yang mempunyai rambut.
Kajian yang dijalankan oleh American Hair Loss Association ini mendedahkan bahawa 2/3 daripada lelaki akan mengalami masalah keguguran rambut sebaik usia mereka mencecah 35 tahun dan 85% lelaki akan kehilangan rambut dalam jumlah yang besar sebaik saja mereka mencecah usia 50 tahun.
Sekiranya dahulu, lelaki yang mengalami masalah keguguran rambut lebih cenderung untuk menyembunyikan masalah mereka di sebalik kopiah, topi dan rambut palsu, namun kini, masyarakat sudah boleh menerima imej berkepala botak ini.
Ads
Namun, itu merupakan kajian lelaki botak secara umum. Tapi bagaimana pula kalau pemancing botak?
Ads
Adakah pemancing berkepala botak kelihatan lebih jantan? Ya… saya setuju. Memang kelihatan agak jantan la… tapi kuat belum pasti.
Adakah pemancing berkepala botak kelihatan lebih seksi? Mungkin… itu pun pada mata perempuan sajalah. Di mata lady anglers mungkin… tapi jarang pula bertemu lady anglers berpasangan dengan pemancing botak.
Ads
Adakah pemancing berkepala botak lebih setia? Ya… mungkin la. Saya mahu percaya juga dengan statement ini kerana kebanyakan pemancing botak cukup setia dengan metod pancingan yang mereka gemar.
Yang pasti… tidak bermakna pemancing berkepala botak tidak akan kumpau!
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Dalam seminggu sekurang-kurangnya sekali saya dan kawan-kawan lepak kat kedai kopi Pak Karim. Kami lepak di kedai Pak Karim berdekatan simpang kampung. Di sini kami akan berkongsi cerita. Dan menjadi kebiasaan, topik utama yang kami kongsi pastinya tentang ikan dan lubuk-lubuk ikan.
Rata-rata di antara kami semua adalah kaki pancing tegar. Di mana ada lubuk, di situlah kami akan teroka. Pada satu malam minggu, sedang kami asyik berborak tentang lubuk-lubuk yang telah kami teroka, datang seorang pak cik dalam lingkungan umur 50-an menyapa kami.
“Kamu semua ni dah teroka semua lubuk ikan kat Malaysia ni ke?,” Sapa pak cik tersebut sambil tersenyum.
Saya pun menyapa balik pak cik itu, “Takdelah pak cik, kita orang teroka lubuk yang pernah orang pergi sahaja, itu pun kalau ada orang yang cerita tentang lubuk tersebut.” Pakcik itu pun tersenyum sambil menarik kerusi dan duduk di sebelah saya. Selepas itu, kami berborak panjang dengan pakcik itu. Di memperkenalkan namanya Pak Sahak.
Mulai saat itu, Pak Sahak mula menceritakan pengalaman-pengalaman tentang ikan dan lubuk-lubuk yang pernah diterokai. Kami semakin teruja untuk mendengarnya. Pada masa itulah, Pak Sahak menawarkan kepada kami satu lubuk yang jarang-jarang dikunjungi orang.
Cerita Pak Sahak lagi, di situ terdapat pelbagai jenis ikan dan berat ikan tidak kurang dari 1 kg. Dia pernah menaikkan seekor ikan sebarau seberat 3kg di situ dan pelbagai jenis ikan yang puratanya 2-5 kg.
Dan lubuk itu dinamakan lubuk Batu Lumut. Asal usul nama lubuk itu tidak pula diceritakan kepada kami. Ia terletak di hulu Sungai Dungun. Lokasinya tidaklah jauh dari kampung kami. Kami semakin teruja dan berhasrat untuk mengunjungi lubuk tersebut.
Keesokan harinya, Fuzly, Syamil dan Ayem datang ke rumah. Mereka mengajak saya untuk ke lubuk rusa itu. Selepas berbincang, kami sepakat untuk ke sana selepas Zuhur dengan menggunakan 2 buah motosikal.
Kami menuju ke lubuk rusa berpandukan arah yang diberitahu oleh Pak Sahak malam tadi. Walaupun salah seorang daripada kami tidak pernah sampai ke situ, jalan yang diberitahu oleh Pak Sahak tidaklah susah sangat. Jalannya pun tidak lah teruk dan bahaya kerana ia melalui jalan ladang kelapa sawit sahaja.
Selepas 2 jam perjalanan, akhirnya kami selamat tiba di lokasi yang dihajatkan. Masing-masing tersenyum lebar kerana lubuk yang kami dengar dari mulut Pak Sahak sudah berada di depan mata. Air sungai jernih menghijau.
Pokok-pokok rendang tunduk mencecah permukaan air. Di situ terlihat juga anak sungai kecil yang menuruni lereng bukit dan batu besar sebelum memasuki sungai di hadapan kami. Lubuk sebeginilah yang menjadi kegilaan kaki casting.
Belum sempat saya membetulkan joran dan memasang umpan, satu kelibat ikan sebarau menyambar anak ikan sudah kelihatan. Saiznya agak kasar, mungkin 2kg ke atas. Apa lagi, masing-masing menguji kepakaran masing-masing.
Beberapa minit selepas itu, kami mengambil keputusan untuk berpecah. Saya dan Fuzly ke kawasan berbatu. Manakala Ayem dan Syamil menuju ke kawasan berpasir.
Jam menunjukkan pukul 6 petang. Walaupun nampak kelibat ikan sebarau mengejar anak ikan, tetapi seekor ikan pun belum kami perolehi. Tiba-tiba langit yang cerah bertukar menjadi hitam. Angin bertiup kencang sehingga ada pokok tumbang berhampiran kami.
Saya berasa risau dan mengajak Fuzly, Syamil dan Ayem segera pulang. Kami bergegas menuju ke arah motosikal. Belum sempat kami menghidupkan motosikal, tiba-tiba Syamil menyebut kalimah Allah dengan kuat sambil menuding jari ke atas.
Alangkah terkejutnya saya, apabila mendongak ke langit. Kelihatan satu lembaga hitam yang sangat besar berada di hadapan kami. Matanya yang besar, kelihatan merah menyala.
Rambutnya pula panjang menegak hingga mencecah pucuk pokok yang tinggi. Tiada tangan dan kaki, hanya bertubuh besar, tinggi dan berwarna hitam. Makhluk tersebut tidak berkelip sambil menganga menampakkan taring.
Kami terdiam sambil memandang sesama sendiri. Tubuh saya waktu itu menggigil dan terasa sejuk seperti berada di dalam peti ais. Mujurlah rakan saya, Ayem adalah anak kepada seorang ustaz.
Dia melaungkan azan sambil membawa ayat Kursi dengan kuat. Serta-merta lembaga hitam berkenaan hilang dan cuaca berubah cerah. Ayem menyeru kami beristighfar dan beredar dari kawasan itu dengan segera.
Mujurlah kami tidak diapa-apakan oleh lembaga hitam berkenaan. Kami selamat sampai ke kampung lewat maghrib. Sepanjang perjalanan, kami tidak bergurau seperti biasa kerana masih terkejut dengan kejadian tadi.
Malam keesokan harinya, kami duduk bersembang di kedai Pak Karim. Cuma Syamil tidak dapat join kerana demam dan masih terkejut. Waktu itu Pak Sahak datang menghampiri kami. Dia bertanyakan tentang lubuk yang kami pergi dan kami menceritakan apa yang telah kami lalui kepadanya.
Kami hanya memandang sesama sendiri dan saya berkata kepadanya “kenapa tempat tu keras sangat Pak Sahak?” Pak Sahak tersenyum dan memberitahu lubuk rusa itu memang keras dan berpenunggu. Dia terlupa memberitahu kepada kami perkara sebenar dan pantang larang tempat tersebut.
Di situ sebenarnya ada pantang larang. Tidak tahulah ia perkara benar atau tidak. Sesungguhnya peristiwa berkenaan akan saya ingat sampai bila-bila.
Ada orang kata, ikan apa pun sedap kalau dibuat masak kari. Memang betul ada betul pendapat tersebut. Tapi kalau ikan yang sedap isinya agak dirugi dibuat kari kerana kari tersebut boleh membunuh rasa asal ikan itu. Jadi, kalau ada ikan yang kurang sedap rasanya seperti ikan alu-alu maka memang sesuai sangat dibuat kari.
Bahan-Bahan: (Bergantung kepada saiz ikan alu-alu)
1 ekor ikan saiz kecil dipotong
2 biji bawang besar (dikisar)
1 ulas bawang putih (dikisar)
1 inci halia (dikisar)
1/2 sudu biji sawi
1/2 sudu halba
2 sudu besar kari ikan (digaulkan dengan sedikit air dijadikan pes)
1 mangkuk air asam jawa
1 mangkuk santan
Sedikit air
Sedikit garam
2 tangkai daun kari
Cara-Cara Penyediaan:
1. Panaskan minyak di dalam periuk. Tumiskan bahan kisar,biji sawi,halba dan daun kari sehingga naik bau.
2. Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air. Masak hingga betul-betul garing atau pecah minyak.
3. Masukkan air asam jawa dan ikan.Bila dah menggelegak masukkan santan dan garam.
4. Masak sehingga menggelegak beberapa minit dan bolehlah diangkat.
Gamefish atau ikan sukan ialah ikan buruan penggemar sportfishing atau pemancing sukan. Terlalu banyak spesies yang tersenarai dalam kategori ikan sukan dan kami memilih sepuluh yang terbaik di antaranya.
Blue Marlin (Mersuji Biru)
Ikan sukan air masin yang paling banyak diburu oleh pengamal sportfishing. Ia merupakan mercu tanda kemuncak.
Mersuji memiliki paruh yang digunakan untuk melukai, memengsan atau membunuh mangsa dan predator lainnya. Ia spesies besar, kuat dan pantas.
Mereka dapat membesar hingga 5meter dan dapat mencapai berat sehingga 600kilogram.
Tarpon (bulan)
Tarpon dapat ditemui di Lautan Atlantik dan Lautan Indo-Pasifik. Ia spesies yang mampu memberi tentangan yang sangat hebat untuk ditangkap kerana kemampuan mereka untuk melompat keluar dari air.
Tarpon terbesar yang berjaya ditangkap dengan joran dan kekili seberat 249lb, sepanjang 7kaki.
Sailfish (Layaran)
Ikan layaran hampir menyamai ikan mersuji, layar memiliki paruh yang panjang. Panjangnya tidak lebih dari 3 meter, tetapi mereka adalah salah satu perenang terpantas di lautan.
Kepantasan renangan dan aksi akrobatiknya juga menjadi kegilaan pemancing sukan untuk menjinakkannya.
Yellowfin Tuna (Tuna sirip kuning)
Mereka adalah salah satu tuna terbesar di dunia. Bentuk tubuh mereka memungkinkan mereka untuk mendapatkan kepantasan ketika mengejar mangsa seperti mackerel, flying fish dan sauries.
Ramai pemancing bersetuju bahawa mereka adalah yang tercepat dan terkuat di antara keluarga tuna.
Bluefin Tuna (Tuna sirip biru)
Ikan monster ini dapat membesar hingga 3meter dan berat hingga 450 kilogram. Ia memiliki stamina yang luar biasa yang menjadikannya salah satu ikan paling sukar untuk dijinakkan.
Swordfish (Ikan todak)
Ikan todak atau ikan pedang adalah ikan predator besar, dengan paruh panjang dan rata. Ikan yang pantas dan sulit ditangkap ini memiliki tubuh yang memanjang dan bulat. Ikan pedang dapat melukai mangsanya dengan menggunakan paruhnya.
Roosterfish
Daging ikan ini dipercayai kurang baik untuk dimakan. Namun, masih menjadi salah satu ikan buruan berharga karena kekuatan dan kepantasannya.
Ia memiliki kekuatan yang luar biasa, dan mampu melompat tinggi jika terkena pancing.
Giant Trevally (Gerepoh gergasi)
Ikan monster ini sangat kuat dan brutal. Ia dianggap sebagai predator puncak karena strategi perburuannya. Giant trevally atau GT dapat mencapai berat sehingga 80 kilogram.
Greater Amberjack (Aji-aji)
Jika Anda ingin pertarungan yang serius, carilah spesies amberjack ini. Ikan amberjack adalah predator kuat yang memakan haiwan invertebrata dan ikan lainnya.
Wahoo
Wahoo mungkin di antara ikan sukan yang paling disukai kerana kelazatan dagingnya berbanding ikan sukan lain.
Ia tidak banyak beza dengan tenggiri. Namun para pemancing sukan menyukai ikan ini kerana kepantasan renangannya yang sangat luar biasa.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...