Wajib ke guna joran panjang untuk memancing di pantai? Bagi pendapat peribadi penulis sendiri ianya tidaklah wajib untuk semua pemancing pantai menggunakan rod panjang. Ia lebih kepada optional, tapi rod panjang lebih baik digunapakai terutama di pesisir pantai yang landai seperti di kebanyakan kawasan Pantai Timur.
Mengapa pula begitu? Ini kerana, untuk kawasan yang landai, ikan bersaiz besar kebanyakan bermain jauh dari pantai. Disebabkan itu kita memerlukan joran panjang untuk membuat lontaran jauh agar ia sampai ke spot ikan bermain.
Tapi jika memancing di kawasan yang agak dalam seperti di kawasan benteng atau pesisir pantai yang dalam, penggunaan joran pendek masih lagi efektif diguna pakai.
Kesimpulannya di sini, ianya tidaklah menjadi masalah untuk menggunakan joran pendek atau panjang sekalipun untuk memancing di pantai. Cuma memerlukan sedikit pengetahuan tentang kawasan pancingan anda dan tahu menggayakan teknik tersebut untuk beroleh hasil yang terbaik.
Namun, ini semua hanyalah pendapat peribadi daripada penulis. Apa pula kata kaki pancing yang lain tentang topik wacana kali ini? Jom kita lihat pendapat mereka di ruangan ‘Apa Kata Pemancing’.
“Boleh je nak pakai joran pendek atau panjang untuk pancingan pantai. Ia bergantung pada spesies yang nak kita buru. Contoh kalau ikan bolos cukup sekadar joran udang pun boleh. Bila sebut pancing pantai 90% pemancing akan memburu pari/ebek/ gerong belang/bawal pinang/senangin dan lain-lain ikan berkualiti yang datang ke pantai bermusim.
Kebiasaannya spesis2 ni makan umpan pada jarak 100 meter ke atas. Penggunaan joran panjang ni adalah 1 teknik untuk memancing spesies tersebut. Mangsa lebih mudah dinaikkan berbanding joran pendek.
Contoh, pari mudah di daratkan menggunakan joran 15-16 kaki berbanding joran pendek sebab dengan joran panjang, susah untuk pari mendap. Penggunaan kekili yang sesuai dan jumlah tali yang panjang juga menjadi faktor untuk pancingan pantai.
Mudah kata peralatan pancing digunakan bersesuaian dengan pemburuan/tempat dan teknik. Jarak balingan juga diambil kira. Jauh/lepas ombak. Penggunaan batu ladung atau sauh yang sesuai berat supaya tali tidak hanyut. Ini antara teknik asas perlu diketahui. Basic: Joran 15 kaki, Reel 8000, Batu 150-160gm, Mainline 30lbs 350-450 meter.”
“Tak dinafikan keberkesanan rod panjang kerana ia banyak kelebihan penggunaannya. Kita perlu tahu pasang surut air serta keadaan pantai dan kawasan ikan bermain, kadangkala kawasan yang menarik jauh ke tengah dan tak boleh sampai dengan rod yang pendek.
Rod panjang membolehkan balingan lebih jauh dan sampai ke tempat sasaran. Tambahan pula keadaan pantai yang berbeza² di kawasan pantai timur dan selat melaka. Keistimewaan rod panjang kerana ia dapat mengurangkan mata kail sangkut apabila ia ditarik.
Lebih efektif di pantai yang pandai dan juga kawasan berbatu yang dalam, kerana panjangnya cukup untuk mengelakkan geseran yang boleh menyebabkan ia rabut atau putus. Lebih² lagi bila mendapat ikan.
Rumusannya, memancing di kawasan pantai menggunakan rod panjang lebih menjimatkan, efektif dan amat sesuai untuk sebarang bentuk pantai kerana ia menyokong dari segi persembahan dan peratus mendapat ikan sasaran. Persembahan peralatan yang baik dan tepat lebih baik berbanding sekadar balingan yang tidak mendatangkan hasil.”