Timah tidak mudah berkarat seperti besi. Atas sebab itulah yang lebih banyak digunakan. Selain itu timah lebih murah sedikit harganya berbanding logam lain seperti aluminium, stainless steel atau tungsten.
Maka dari itu, maka banyak digunakan. Selain itu, timah cukup murah dibandingkan dengan bahan lain seperti stainless steel atau alumunium.
Mudah Dibentuk
Tahap lebur yang lebih rendah secara tidak langsung membuatkan timah lebih mudah dibentuk. Memadai dengan pembakaran biasa saja, timah boleh dicairkan dan dibentuk mengikut acuan yang dikehendaki.
Ads
Jika dimasukkan tali mono atau braided ke dalam batu ladung hidup (pemberat yang ada lubang di tengahnya), timah tidak mudah melukai tali pancing karena sifat timah yang lembut.
Tepian timah tidak tajam. Bayangkan jika tepian timah tajam, maka sebesar mana tali pancing pasti akan luka atau terpotong.
Tahap ketumpatan timah yang tinggi memudahkan proses lontaran umpan bersamanya. Selain itu ia juga memainkan peranan penting untuk mempercepatkan proses menenggelamkan umpan ke dasar air.
Malah tahap ketumpatannya lebih padu daripada besi yang membolehkan ia tenggelam lebih cepat.
Ads
Di pasaran kitab oleh melihat pelbagai bentuk dan ukuran batu ladung. Di kedai pancing contohnya, dengan mudah kita dapat mencari timah yang sudah dibentuk sebagai batu ladung tanpa perlu meleburkannya terlebih dahulu.
Tersedia dalam pelbagai bentuk dan saiz yang dihasilkan khusus oleh pembekal batu ladung.
Ads
Walaupun timah adalah logam, terbukti ia dia tidak terlalu mencolok atau striking (tidak memantulkan cahaya secara berlebihan).
Ini amat penting karena teknik pancingan dasar memancing adalah memperdayakan ikan. Jika terlalu berkilau, maka sedikit sebanyak ia akan mengganggu proses mengumpan ikan.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Snap adalah perkakasan terminal yang menyambung gewang (atau lain-lain aksesori) dengan peralatan utama pancing. Snap ini dipanggil dengan pelbagai nama. Ada yang memanggil pin dan juga kili atau cili. Namun snap atau cili lebih merujuk kepada swivel iaitu perkakasan terminal kecil yang boleh berputaran bebas. Untuk tidak menimbulkan kekeliruan, saya menamakannya snap atau klip (clip).
Brass snap clip
Snap ini diperbuat daripada dawai atau wayar lembut bersalut loyang yang fungsinya sama seperti pin baju. Saya percaya seperti pemancing lain pernah menggunakan snap ini ketika baru belajar memancing. Malah masih ramai juga yang masih menggunakannya.
Tidak salah menggunakannya namun tidak disarankan untuk tugas yang agak berat. Setakat untuk memancing ikan kecil atau udang galah, ia tidak mendatangkan masalah. Namun ia juga tidak tahan kakisan air masin, jadi ia lebih sesuai untuk kegunaan air tawar saja.
Coastlock snap
Snap yang diperbuat daripada dawai berketahanan tinggi yang dipulas untuk membentuk gelung dan cangkuk berspring bagi mengunci sistem ini. Boleh dikatakan ramai pemancing yang menggunakan snap ini untuk memancing banyak jenis ikan.
Pada pendapat kami, ia berupaya mengatasi beban berlebihan tetapi pernah juga melihatnya gagal. Pernah juga berlaku di mana snap ini tertanggal setelah berlaga dengan reba dan terbuka semasa ikan menyambar.
Walaupun ada sistem snap lain yang lebih baik, namun snap ini masih dianggap bagus dan kuat untuk tugas berat. Pastikan juga jenamanya berkualiti.
Fastach snap
Satu rekaan yang agak bijak. Sistem snapnya sama seperti coastlock tetapi terdiri daripada hujung berlingkar seperti spring di mana tali akan disambungkan dengan cara tertentu tanpa perlu mengikatnya.
Prinsip sistem snapnya berfungsi seperti coastlock, jadi ada kelebihan dan kelemahannya. Kali pertama melihatnya saya agak kebingungan. Sistem snapnya memuaskan tetapi jika anda seorang yang malas nak buat ikatan, inilah sistem snap yang sesuai.
Lure clip
Snap ini adalah hasil kraftangan dari Ingham Tackle Shack, Queensland, Australia. Ia sama seperti snap coast lock, tetapi pengunci cangkuk berspringnya melingkar sekali ganda di sekeliling shaf utama agar dapat mengunci gewang dengan selamat.
Reka bentuknya cukup mengagumkan. Saya percaya ia memiliki kelebihan mampu mengatasi sebarang kegagalan sekiranya terjadi. Biarpun dikeluarkan untuk satu jenis saiz sahaja, namun ia bagus untuk pancingan kelas ringan dan sederhana.
Lantaran hasil kraftangan, makai a sukar diperoleh kecuali dengan membuat tempahan terus dari Ingham Tackle Shack. Penciptanya telah membuat ujian tekanan ke atas snap ini dan mendapati apabila snap in tidak berdaya menanggung beban, lingkaran penguncinya itu akan melorot ke bawah dan akan menjerut gewang agar tidak terlepas.
Kata orang-orang tua, di mana berkumpulnya udang galah yang banyak, di situ pasti ada buaya besar kerana udang galah suka ‘melepak’ di atas badan buaya. Sama ada kata-kata ini ada benarnya, saya tidak pasti. Namun saya berpegang teguh kepada prinsip, saya memancing udang galah ini hanya sekadar untuk mencari lauk bagi keluarga. Saya tidak mengganggu ‘kehidupan’ makhluk lain yang tidak kelihatan pada mata kasar!
Setelah mendapat spot yang sesuai untuk melabuhkan sampan, saya dan abang Lizam terus membaling umpan ke tengah sungai. Sambil menunggu umpan direnggut oleh sang mangsa, saya menghisap sebatang rokok yang asapnya saya niatkan untuk menghalau nyamuk yang galak berkeliaran malam itu.
Alhamdulillah, tidak sampai sepuluh minit menunggu, umpan saya mula mengena. Udang galah yang dianggap jenggo dengan anggaran berat 250 gram berjaya dinaikkan. Selepas itu, saya dan Abang Lizam bagaikan tidak cukup tangan melayan aksi penghuni sungai yang lain seperti duri, bagok dan baung. Malam itu kami bagaikan berpesta di tengah sungai.
Menjelang jam dua pagi, suasana mulai sejuk. Gerimis turun dan bulan yang tadinya indah di dada langit sudah mula ditutupi awan hitam yang tebal. Sesekali terlihat guruh di langit. Abang Lizam memberi isyarat supaya saya mengemas semua joran dan bersedia mendayung untuk balik ke jeti semula apatah lagi gerimis yang tadinya halus sudah bertukar kepada rintik kasar.
Ketika inilah, dengan dibantu oleh pancaran kilat yang sesekali datang menerpa, saya perasan di hadapan perahu saya berdiri seorang perempuan tua memakai baju kebaya berbunga-bunga dan berkain batik berwarna kuning.
Rambutnya tidak kelihatan kerana dia memakai selendang. Dia memegang sebatang tongkat yang berlingkar, sebiji seperti akar bonsai yang sering saya kutip di tengah hutan. Rasa gemuruh dan takut menyelubungi diri saya apabila saya perasan mukanya hitam legam tanpa kelihatan mata, hidung atau mulut!!
Rasa tergamam dan seram itu membuatkan saya menundukkan pandangan. Niat untuk membaca ayat-ayat suci itu ada tapi bibir saya bagaikan terkunci untuk membacanya. Otak pula bagaikan blur. Saya duduk statik di dalam sampan betul-betul seperti orang yang sudah terkena renjatan elektrik!.
Ketika inilah saya terdengar Abang Lizam mengalunkan azan sebanyak tiga kali. Setiap kali azan dilaungkan, saya ternampak perempuan tua itu menutup telinganya bagaikan sakit mendengarnya. Akhirnya jasad perempuan itu berubah menjadi asap hitam yang berkepul-kepul lalu menghilang di tengah sungai.
“Nan!!!” bahu saya ditepuk beberapa kali oleh Abang Lizam. Mulut Abang Lizam terkumat-kamit membaca ayat Qursi lalu dihembuskan ke muka saya.
“Itu syaitan Nan. Jangan takut. Dia makhluk Allah jua” kata Abang Lizam lagi. Saya mengangguk lemah. Tubuh saya masih lagi gementar dan tiada berdaya untuk mendayung.
Nasib baik Abang Lizam seakan mengerti dengan keadaan saya. Dia mendayung sehingga kami selamat sampai di jeti tepat jam 3.10 pagi. Abang Lizam juga yang memunggah semua hasil yang kami dapat masuk ke bonet kereta.
Sampai sahaja di hadapan rumah saya, Abang Lizam tidak membenarkan saya masuk terus ke dalam rumah. Dia menghulurkan sebatang rokok kepada saya. Sambil menghisap rokok, saya terdengar Abang Lizam seperti berbual-bual dengan ‘seseorang’ dengan suara perlahan. Katanya, “sampai sini sahaja kau ikut aku. Jangan ikut aku lagi. Aku tak kacau kau dan jangan pulak kau kacau aku,”.
Selepas itu, baru Abang Lizam ‘membenarkan’ saya masuk ke rumah. Saya juga diberi pesanan agar mandi dan terus tidur selepas itu.
Walaupun peristiwa ini sudah lama berlalu namun ia masih menghantui saya. Sejak kejadian itu, saya tidak berani lagi memancing udang galah pada waktu malam. Saya hanya memancing pada waktu siang itu pun dengan mengajak beberapa orang kawan untuk turut serta. Pengalaman yang saya alami itu saya anggap sebagai satu dugaan kecil dan ia tidak pernah mematahkan semangat saya untuk terus memburu si sepit biru!
Saya akan mengikuti trip memancing ke kawasan sungai yang berjeram. Soalan saya, jika menggunakan teknik casting, gewang apakah yang sesuai untuk kawasan jeram?
JAWAPAN:
Bagi teknik casting di kawasan berjeram atau sungai pergunungan, beberapa jenis gewang boleh digunakan.
Namun gewang yang paling efisien untuk dimainkan adalah dari jenis sesudu atau spoon.
Ini disebabkan sesudu tidak mudah hanyut dibawa arus sekaligus menjejaskan prestasi renangannya.
Terdapat banyak jenis sesudu yang ada sekarang ini di pasaran namun saya mengesyorkan anda dapat seketul dua sesudu Tokwan Sodo.
Penggunaan sesudu sudah banyak terbukti berkesan menjerat menjerat spesies penyerang dan kawasan berjeram seperti tengas, sebarau dan bujuk.
Selain itu disyorkan juga menggunakan mata tunggal berbanding mata tiga.
Anda juga boleh menggunakan gewang shallow runner atau selaman cetek atau sederhana (minnow) jika bersesuaian.
Anda perlulah bijak memilih gewang minnow yang mampu mengekalkan aksi renangan dengan ketika hanyut mengikut dan melawan arus.
Elakkan menggunakan selaman dalam kerana kawasan berjeram selalunya mempunyai kedalaman yang sederhana sahaja.
Selain gewang, penggunaan kekili dengan ratio tinggi juga amat penting untuk kegunaan sungai berjeram.
Pastikan anda gunakan kekili sama ada kekili menegak atau mendatar dengan nisbah ratio 6:1 dan ke atas.
Secara peribadi pula saya amat menggemari gewang Rapala Team Esko ketika casting di jeram.
Kelebihan gewang ini ialah mampu berenang dengan sempurna ketika berada di dalam arus berjeram.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...