Seorang pemancing yang berstatus sifu pernah berkata, memancing adalah satu hobi yang kejam! Ia tidak banyak bezanya dengan memburu.
Pasti ada haiwan yang mati kerana hobi atau sukan memburu dan memancing ini.
Saya bersetuju dan tidak bersetuju dengan pendapat pemancing tersebut. Jika memburu, sudah pastinya ada haiwan yang terkorban.
Tetapi melalui memancing (walaupun setuju ia satu hobi yang kejam) tidak semua ikan akan berakhir dengan tercabut nyawa di hujung joran.
Tetapi, untuk apa sebenarnya kita semua memilih hobi memancing ini? Sedangkan banyak lagi hobi yang boleh dilakukan bagi mengisi masa luang.
Berikut merupakan sebahagian perkongsian dari individu-individu yang memilih hobi memancing berbanding mengumpul setem!
Menjawab pertanyaan admin dalam bab memancing ni… kita semua mempunyai pendapat serta pandangan yang amat berbeza. Pada saya semua tu betul dan tak salah.
Saya pulak menjawab secara pro. Sebagai pemancing tegar yang selalu ikut ke mana saja. Pada permulaan memancing memang ianya satu hobi. Segenap ceruk lubuk saya terjah.
Sampai satu tahap…. saya mula memandang serius bab pertandingan memancing ni. So saya memancing hari ini merupakan satu kerja tetap. Pulangan yang saya dapat melebihi pendapatan bulanan kerja saya.
So saya mula serius. Mula mengkaji… buat rumusan yang betul. Meneiliti dari semua aspek peralatan, umpan, lubuk, penghuni lubuk dan semuanya. Kalau kumpau tu biasa. Sepandai mana sekali pun, bangau tetap ada.
Perbanyakkan sabar. InsyaAllah suatu hari nant ada imbuhannya. Janji kita kena selalu turun game. So mengail adalah satu pekerjaan buat saya.
– Mohd Rosdi
Memancing merupakan hobi dan satu kaedah diri menenangkan pemikiran. Indusri memancing adalah untuk kita semua berkenalan antara satu sama lain dan berkongsi ilmu.
Ia merupakan hobi kita sesama yang lain menguatkan silratulahim dan tidak bermusuh antara satu sama lain. Macam keluargalah senang cerita. Ramai di kalangan kita memancing dapat merasakan ketenangn dan keindahan. Memancing is osem!
– Aien Angler Bam
Aku banyak pergi merata tempat dan lubuk. Naik bot ke laut lebih 5 kal. Tak pernah kumpau paling-paling tidak pun mesti dapat tarik seekor walaupun kecik.
Hahaha… paling besar penah dapat pun patin je. Kalau besar-besar ni tengok orang punya atau dalam Facebook je. Time tu rasa nak buang je segala pancing ni.
Tetapi ada orang tua ni penah cakap… jangan rasa pernah serik bab memancing ni kalau dah hobi… so consider as a hobi je la.
– Hanna Sofea Mza
Hobi dan kepuasan…dan paling penting mengeratkan silaturahim antara sesama pemancing Biar jodohku berpanjangan dengan ikan… kikikiki.
– Wan Narimi
Dah penat kerja hari-hari, bila dapat pikul joran pada hujung minggu tu release la tension. Sekurang-kurangnya ada jugak aktiviti yang nak buat.
Bab ikan tu pulak kalau yang kecik-kecik kitorang lepaskan balik. Kalau dapat yang besar tu kira bonus. Bolehlah tapau dan dibuat lauk. Itu aje la.
– Bentara Selatan
Memancing ni bolehlah dikira sebagai hobi. Hobi dan minat bagi mengisi masa lapang. Di samping itu boleh buat koleksi barang mengail. Riadah bersama keluarga dan hilangkan stress.
Walaupun kumpaw itu stress tapi tak sama stress di tempat kerja. Ada rezeki buleh makan hasil mengail. Kalau ada lebih, boleh kongsi dengan jiran-jiran.
– Mohd Rizal Zakaria
Susah jugak untuk apa sebenarnya. Pada saya ia demi kepuasan hidup bila dapat tarik ikan! Hilang segala stress yang ada. Peliknya, kalau bangau bertambah-tambah pulak stressnya. Hahaha!
– Shahzia Chissari Hairuzzaman
Sekarang sudah tukar la admin.. memancing dah jadi kerja. Kerja pulak sekadar hobi sahaja… hahaha. Fikir la sendiri.
– Alley Deen