Sebagaimana ikan sembilang, usat-usat turut memiliki sirip kaudal atau sirip ekor yang sama sebagaimana ikan belut. Oleh yang demikian usat-usat turut digolongkan dalam keluarga belut berduri atau bermisai. Usat-usat boleh dikenali dengan jelas berdasarkan corak jalur pada badannya.

 

Usat-usat berwarna coklat atau kelabu gelap pada keseluruhan badan dengan tiga jalur melintang berwarna putih. Jalur pertama bermula dari bahagian hidung melintasi atas mata ke arah bahagian atas ekor. Jalur kedua juga bermula dari hidung tetapi melintasi bawah mata dan berakhir pada pangkal bawah sirip ekor. Jalur ketiga pula lebih pendek, ia bermula dari bahagian atas hidung dan berakhir sebelum sirip ekor.

 

Usat-usat mempunyai taburan yang agak meluas dan boleh ditemui di Lautan India dan Laut China Selatan, ke arah timur hingga ke Samoa, ke arah selatan hingga ke Australia dan ke arah utara hingga ke Jepun.

 

Usat-usat lebih gemar mendiami kawasan terumbu karang sepanjang pantai terbuka dan kadangkala bergerak ke muara tetapi jarang sekali memasuki perairan yang bersaliniti rendah.

Ads

 

Kenali Spesies Usat-Usat!!

Jom like & See First page portal memancing terbaru – www.facebook.com/umpanmania101

 

Ads

Ia juga bergerak dalam kumpulan yang agak besar yang terdiri dari beberapa ratus individu. Usat-usat hanya bersaiz sekitar 20-35 cm panjang.

 

Seperkara lagi yang menarik tentang ikan ini adalah isinya yang sangat sedap dan lembut. Mungkin antara yang terlembut berbanding ikan-ikan lain. Nisbah isinya juga tinggi sebagai mana catfish yang lain.

 

Ads

Sebagaimana ikan sembilang, ikan usat-usat turut terkenal kerana duri atau spinanya yang berbisa. Oleh yang demikian, jangan terlalu ghairah untuk menanggalkannya dari cangkukkan mata kail apatah lagi jika anda baru berjinak-jinak dengan dunia memancing. Anda mungkin berhadapan dengan bahaya besar apabila sembilang dapat melibaskan kepala dan membenamkan sengatnya ke tangan anda.

 

Kenali Spesies Usat-Usat!!

 

Bisanya cukup untuk membuatkan anda ingin pulang terus ke rumah dan melupakan keseronokan memancingnya. Bukan setakat itu, bisanya juga boleh kekal sehingga beberapa hari dan agak lambat untuk sembuh. Bagi mereka yang alah terhadap bisanya, mungkin mereka akan turut mengalami demam.

 

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI