Umpun-umpun pasir merupakan umpan (dalam kategori umpan umpun-umpun atau perumpun) yang agak popular diguna pakai oleh kaki pancing sama ada untuk memancing di pantai mahupun muara.
Walaupun saiznya lebih kecil berbanding umpun-umpun yang lain, namun faktor ketahanannya selain ia mudah dicari menjadikan ia sering menjadi pilihan kaki pancing.
Mari kita lihat sedikit info mengenai umpun-umpun pasir sebelum ketahui kaedah mencarinya dengan mudah.
Habitat:
Sesuai dengan namanya, umpun pasir menjadikan kawasan berpasir sebagai habitatnya. Kebiasaannya umpun jenis ini senang ditemui di kawasan yang mempunyai pasir yang kasar.
Cara Mencari Umpun Pasir:
Ada banyak cara untuk mendapatkan umpun pasir ini. Cara yang paling mudah adalah dengan penggunaan serkup atau cangkul sahaja.
Namun untuk mendapatkan saiz umpun pasir yang lebih kasar, teknik menangkap menggunakan tangan amat popular.
Biasanya, campuran dedak ayam dan belacan atau ikan busuk sering digunakan untuk menarik perhatian umpun ini keluar dari pasir dan tangan haruslah sepantas yang mungkin untuk menarik umpan ini.
Ikan sasaran:
Gelama, bolos, daun baru, sembilang, gerut-gerut, kerapu, tetanda, pari.
Cara digunakan:
Umpun-umpun pasir dicangkok padat pada mata kail. Lebih efektif jika menggunakan perambut 2 mata atau apollo.
Lokasi sesuai:
Pantai berpasir, muara, tambak berbatu.