Kenali Spesies Talang Paling Kecil

Share

 

Profil Seliat

 

Nama saintifik: Scomberoides tol (Cuvier, 1832)

Nama Inggeris: Needlescaled queenfish

Nama lain: Talang, talang padi, bekalang, seliat, tok pekong hu, iyot

Diet: Anak ikan terutama bilis, udang, sotong dan ikan-ikan jenis pelagik.

Habitat: Kawasan persisiran pantai bersih berbatu karang, pulau disisir pantai serta kuala sungai.

Taburan: Hampir seluruh Asean, Laut India, Australia, Kepulauan Solomon, Hawai.

Tempatan: Hampir seluruh kawasan perairan pantai yang berpasir dan jernih.

 

 

Ikan seliat mempunyai barisan gigi halus tetapi dengan sekata di dalam rahang mulutnya. Walaupun tajam giginya tetapi ia kecil jarang memutuskan perambut tangsi kerana ia hanya tajam pada bahagian hujungnya sahaja.

 

Ia sebenarnya adalah spesies talang terkecil dalam keluarga Scomberoides dan nama kamus ialah seliat. Ramai pemancing mengelarnya talang sahaja dan di setengah kawasan pula ia di panggil seliat atau talang pandan. Pemancing baru pula lebih yakin ia anak talang kerana saiz kecil.

 

 

Mulutnya leper membuka luas, walaupun leper badannya. Badan seliat biasanya mempunyai tompok atau bintik hitam bulat dan setengah bujur berdekatan dengan garis lintang hidup. Jelas kelihatan lima bintik hitam dan jika di perhatikan mungkin 7 tompokan bintik hitam tersebut.

 

Sirip analnya pula bersambung hingga ke ekor yang bercabang tirus memanjang sesuai dengan sifatnya yang kuat berenang. Kulit talang agak liat sedikit dan mata kail yang kurang tajam tidak mampu menusuk rahang mulut atas atau lelangit.

 

 

Pemancing perlu berhati-hati memegang padi kerana terdapat duri tajam di sirip atas dan bawah yang memiliki bisa menyakitkan.

 

Kerana kegagahan dan semangat juang yang tinggi serta daya lompatan ke atas permukaan air yang cantik dan menarik, tidak melarikan tangsi ke kawasan reba atau batu karang dengan hanya berlegar di permukaan air.

 

Seliat mudah dijumpai di kawasan perairan persisiran pantai, muara sungai, sekitar pulau di luar pantai yang berdekatan dengan tanah besar dan di luar pantai dalam lingkungan kurang dari 50km dari pantai.

 

 

Namun kebanyakan padi gemar kawasan persisiran pantai yang jernih serta tidak tercemar airnya dari sisa-sisa bahan kimia tercemar dan toksid dan kawasan muara sungai terpilih.

 

Seliat seperti mana talang pada amnya gemar merayau atau berenang mundar-mandir di pantai yang berpasir dan berbatu karang di dasar terutama yang kaya dengan hidupan marin kecil atau mangsa yang terdiri dari anak-anak ikan pelagik sebagai bahan diet utamanya.

 

 

padi juga merupakan ikan pelagik adalah salah satu spesies yang mempunyai kelajuan serta kekuatan berenang sesuai dengan tabiatnya yang suka menhembur ketika mengejar anak-anak ikan.

 

Jadi ia tidak pasif atau mengendap mangsa sebelum menyerang seperti kerapu, siakap dan jenahak.

 

 

Oleh sebab itu spesies yang berwarna putih dengan tompok hitam kecil dibadan boleh dikatakan sebagai ikan yang tak reti duduk diam. Ia boleh dianggap sebagai pemburu makanan yang pantas (predator).

 

padi adalah spesies yang bermain di bawah permukaan dan pertengahan air. Namun ia juga mencari makanan di kawasan dasar pantai yang airnya agak cetek untuk mencari makanan seperti udang serta anak ketam sebagai diet tambahan.

Published by
Amang