Kenali Spesies Sasaran Utama Fly Fishing!!

Share

 

Arapaima merupakan antara ikan yang paling besar dan mengaggumkan. Spesies yang biasanya ditemui di Amerika Selatan dan keunikan ini sering mendapat perhatian kaki pancing seluruh dunia termasuklah pancing layang.

Berikutan saiz dan kekuatan yang umpama mustahil untuk dijinakkan melalui pancing layang menyebabkan ia menjadi buruan utama kaki fly fishing.

 

Ikan taimen juga dikenali sebagai river wolf oleh pemancing layang berikutan kekuatan lariannya yang begitu menakjubkan.

Ikan taimen popular di Mongolia dan merupakan salmonid terbesar dalam kelasnya. Spesies ini biasanya dijumpai di bahagian atas Mongolia sehingga ke Timur Siberia.

Sensasi pancingan gergasi ikan air tawar ini lain daripada yang lain.

 

 

Spesies ini terkenal di bahagian Amerika Selatan. Golden dorado mempunyai kepala yang besar, rahang yang kuat dan gigi yang tajam.

Panjang biasa ikan ini ialah 1 meter dengan warna emas meliputi badannya. Menurut kaki pancing layang pernah memancing spesies ini, ikan ini merupakan antara ikan yang paling agresif di Argentina.

 

 

Milkfish atau ikan susu tergolong dalam keluarga besar Chanidae. Spesies ini boleh membesar sehingga 5 kaki panjang dan mencapai berat 40lb.

Memancing ikan susu suatu ketika dahulu dianggap mustahil di kalangan kaki pancing layang.

Namun kini ia tidak lagi mustahil malah memancing milfish menjadi satu trend kegilaan kaki pancing layang.

Milkfish dikatakan menguji kesabaran dan teknik pemancing layang yang sebenar.

 

 

Ikan tigerfish merupakan ikan trofi yang sangat kuat dan ganas. Ikan yang berasal dari Afrika ini banyak ditemui di sungai-sungai di sistem Sungai Congo.

Dengan giginya yang tajam dan besar, spesies ganas ini menjadi pengalaman yang menakjubkan bagi kaki pancing layang.

Dengan kekuatan dan sebagai pemangsa yang ganas, spesies ini menjadi antara spesies lagenda ditangkap dengan pancing layang.

 

Giant trevally atau GT bukanlah spesies yang sukar ditemui. Spesies ini boleh ditemui di kebanyakan lokasi terutama di lautan Pasifik dan Hindi.

Namun, kekuatan dan reka bentuk badannya menghasilkan daya juang yang pasi memaksa pemancing untuk memerah sepenuh keringat ketika bertarung.

Kekuatan GT dibantu dengan bentuk tubuhnya yang berotot, sirip pecktoral yang besar dan sirip kaudal yang besar.

 

 

Sang tarpon merupakan antara spesies yang mempunyai daya juang yang menakjubkan.

Selain staminanya yang tinggi di dalam air, keupayaan di udara ketika melompat keluar permukaan air juga merupakan antara abilitinya yang sering mengecewakan pemancing.

Kombinasi rahang yang kuat, kemampuan ketika di udara dan stamina yang tinggi menjadikan spesies ini pejuang yang hebat.

 

Published by
Amang