Jika sebelum ini kaki pancing tempatan bimbang dengan ancaman ikan pacu, ikan keli Afrika, patin chaophraya, peacock bass dan keli ekor merah, kini dua lagi spesies karnivor dari benua Afrika dikenal pasti mula memasuki perairan negara ini.

 

Mutakhir ini, kalangan pemancing tempatan mula mendaratkan dua spesies ikan, pertama Cichlid yang dikenali sebagai earth eater atau pemakan bumi (geophagus steindachneri) yang memakan udang, ikan kecil, serangga dan larvanya yang mampu hidup sehingga lima tahun.

 

Kenali Spesies Pemusnah Bergelar `Pemakan Bumi’ Dan `Hantu Hitam’
earth eater

 

Seekor lagi dikenali sebagai black ghost knifefish (apteronotus albifrons), berasal dari Amerika Selatan. Hidupan air yang dikenali sebagai ‘hantu hitam’ oleh pemancing adalah spesies ikan karnivor yang mampu menghasilkan renjatan elektrik lemah untuk mencari makanan.

 

Ikan pemakan bumi ditangkap di Empangan Timah Tasoh di Perlis, Selangor dan Johor, manakala ikan hantu hitam memakan kail pemancing di beberapa sungai di Kedah, Perak dan Selangor.

 

Kenali Spesies Pemusnah Bergelar `Pemakan Bumi’ Dan `Hantu Hitam’
black ghost knifefish

 

Kehadiran spesies ini mengulangi kebimbangan penyelidik perikanan dan pemancing tempatan apabila kehadiran ikan pemangsa benua Afrika ini boleh memusnahkan ikan tempatan yang menghuni sungai, empangan dan tasik di negara kita.

 

Penyelidik dan Pakar Perikanan Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dr Amiruddin Ahmad berkata, penggemar ikan hiasan yang tidak bertanggungjawab melepaskan spesies itu sebenarnya memberi ancaman kepada ikan tempatan.

 

Ads

Kenali Spesies Pemusnah Bergelar `Pemakan Bumi’ Dan `Hantu Hitam’

 

“Tindakan melepaskan ikan pemangsa dari benua Afrika itu sangat tidak bertanggungjawab dan langsung tidak memikirkan survival ikan tempatan.

 

“Ketika masih kecil, ia menjadi ikan peliharaan, tetapi apabila semakin besar dan sukar dipelihara ia cenderung melepaskannya ke sungai. Ini punca masalah,” katanya.

 

Menurutnya, sebaik ikan ini dilepaskan ke sungai sukar untuk dikeluarkan semula.

 

“Masalah lebih meruncing jika ikan yang dilepaskan dalam jumlah besar kerana ia boleh menjadi pasangan dan bertelur kerana habitat di sini tidak mirip ekosistem sungai di Amazon,” katanya.

Ads

 

Kenali Spesies Pemusnah Bergelar `Pemakan Bumi’ Dan `Hantu Hitam’

 

Amirrudin berkata, walaupun banyak amaran mengenai potensi bencana ekologi akibat kemasukan hidupan akuatik ini yang mengancam populasi ikan air tawar tempatan dikeluarkan, tetapi ia sukar dibendung.

 

“Spesies seperti peacock bass, keli ekor merah, keli Afrika dan patin chaophraya, mungkin dibebaskan di sungai sebagai ikan yang memberi kepuasan kepada pemancing kerana saiz spesies ini yang membesar.

 

Kenali Spesies Pemusnah Bergelar `Pemakan Bumi’ Dan `Hantu Hitam’

 

Ads

“Tetapi mereka gagal melihat ikan ini turut mempunyai selera makan besar. Akibatnya, ikan tempatan, termasuk toman (giant snakehead) hilang dari habitat semulajadinya.

 

“Spesies ikan kita tidak dapat bersaing dengan raksaksa Amazon,” katanya.

 

Beliau berkata, masalah itu memberi kesan serius kepada nelayan sungai tradisional pada masa depan.

 

Kenali Spesies Pemusnah Bergelar `Pemakan Bumi’ Dan `Hantu Hitam’

 

Menurutnya, ia bukan hanya menyebabkan kepupusan ikan tempatan tetapi ikan ini juga belum mendapat pasaran sebagai ikan yang boleh dimakan di Malaysia.

“Saya menggesa pemancing yang menangkap spesies amazon ini untuk tidak kembali melepaskannya ke sungai.

“Ini demi survival spesies tempatan dan saya mohon jabatan kerajaan berkaitan memantau perkara ini demi masa depan warisan dan sumber asli,” katanya.

 

(Sumber: My Metro)

 

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI