Kenali Spesies Pemecut Rainbow Runner

Share

 

Taksonomi:

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Carangformes

Family: Carangidae

Subfamily: Naucratinae

Genus: Elagatis

Species: E. bipinnulata

Binomial name: Elagatis bipinnulata

 

 

Ringkasan

 

Memiliki badan berbentuk silinder memanjang yang mampu mencabar pemancing untuk menewaskannya.

 

Gemar mendiami perairan jernih dan boleh ditemui serata perairan tropika dan hampir di seluruh dunia.

 

Apabila dilihat dari atas, kelihatan tona warna bahagian atas badannya seakan warna air persekitaran.

 

 

Memiliki profil ekor bercabang sempurna untuk pecutan padu dan kencang.

 

Sejenis ikan pelagik, keupayaannya melawan dari atas kolum air hingga bawah tanpa sebarang masalah.

 

Hanya pemancing yang pernah merasa keperitan untuk menewaskan pepisang monster tahu kehebatannya.

 

Boleh dipancing dengan menggunakan perambut tangsi kerana ia spesies tidak bergigi tajam (halus sahaja).

 

 

Biasanya bergerak dalam kumpulan sendiri dan merupakan spesies tidak merbahaya pada manusia. Digemari kerana daya juangnya.

 

Ciri-Ciri Fizikal

 

Ikan pepisang / pisang-pisang (rainbow runner) memiliki dua jalur biru muda dan dua jalur kekuningan di sepanjang badannya. Warna asas seperti hijau kebiruan dan keperakan pada bahagian bawah badan. Kitaran hidupnya dari 4 hingga 5 tahun menurut catatan saintis. Ia mampu membesar sehingga 180sm atau hampir 6 kaki dengan berat maksimum yang dilaporkan mencecah 46.2kg.

 

 

Di perairan negara kita kebanyakan yang diperolehi sebesar paha sahaja dan berat yang dilihat hanyalah sekitar 2kg hingga 10 kg sahaja. Ikan pepisang kecil pula amat popular untuk dijadikan umpan pemangsa besar seperti mersuji namun ia jarang diamalkan di negara kita.

 

Habitat Dan Sifat

 

Boleh ditemui di laut lepas mahupun kawasan persisiran pantai. Sejenis ikan pelagik yang mudah dikesan pada kedalaman bawah 10meter dan berkeupayaan meronda hingga 150meter dari permukaan.

 

Namun ia banyak menghabiskan masa mendiami kawasan permukaan sambil memburu anak ikan kecil sebagai diet utama. Ia boleh mendapat jolokan pepisang berikutan memiliki corak berwarna-warni pada badannya dan memiliki kuasa pecutan.

 

 

Sama seperti ikan belitong yang terkenal kerana panggilan dorado. Kedua spesies yang boleh ditemui di lokasi yang sama ini sememangnya mendapat tempat di kalangan masyarakat barat dan hotel lima bintang. Cuma pepisang tidak memiliki aksi akrobatik seperti mana ditunjukkan oleh sang belitong.

 

Di Malaysia ia mudah ditemui di kawasan laut membiru airnya seperti di kawasan api boreng, Tukun Perak maupun di Sipadan, Sabah. Tidak pernah dilihat ia meronda di persisiranpantai kurang dari 15 batu nautika.

 

 

Ikan corak warna pelangi ini gemar bergerak dalam satu kumpulan besar (schools of fish) Spesies tidak merbahaya pada manusia tetapi pernah dilaporkan mempunyai racun Ciguatera. Namun tahap merbahaya tidak diberikan secara terperinci kerana mungkin hanya sebahagian sahaja yang mempunyai bahan toksid di badannya.

 

Oleh kerana pecutan dan daya juangnya yang tinggi ikan pepisang ini amat popular sebagai gamefish dan hidangan di kalangan pemancing khasnya Florida, Mexico dan Australia. Manakala di Jepun di hidangkan sebagai shasimi. Di pasaran tempatan ia kurang kerana hanya diperolehi di lokasi jauh dari persisiran pantai.

 

 

Published by
Amang