Pari Harimau

Inilah antara pari yang paling mencabar untuk didaratkan. Apa tidaknya, daya tarikan dan renangan pari rimau pastinya mampu melemahkan otot-otot dan sendi pemancing. Pari rimau ini mendapat namanya kerana corak di badannya yang bertompok seakan-akan harimau. Tidak hairanlah tenaganya juga sekuat raja rimba itu. Habitat bagi spesies ini kebiasaannya ialah di kawasan pantai yang berbatu.

 

Kenali Spesies Pari Yang Biasa Dipancing

 

Pari Benting

Pari benting menjadi antara pari yang paling popular di Malaysia. Menurut nelayan tempatan, pari beting ini mendapat namanya kerana ia sering menjadikan beting pasir sebagai lokasi untuk berehat dan memburu mangsanya. Kebiasaannya pari jenis ini akan membenamkan diri ke dalam beting pasir apabila terdapat ancaman.

 

Kenali Spesies Pari Yang Biasa Dipancing

 

Pari Karang

Ikan pari karang ini boleh dikenal pasti dengan melihat bintik-bintik biru di badannya. Isinya juga lebih tebal, namun saiznya tidaklah boleh mencapai sehingga belasan kilogram. Kebiasaannya saiz yang biasa dinaikkan pemancing adalah sekitar 1 kg sahaja. Spesies ini juga agak pemalu dan amat susah sekali untuk memakan umpan.

 

Ads

Kenali Spesies Pari Yang Biasa Dipancing

 

Pari Bendera / Kelawar

Pari jenis ini berbentuk agak berbeza berbanding pari-pari yang lain di mana ia berbentuk bujur dan ekornya lebih pendek. Pari ini juga begitu jarang sekali untuk memakan umpan. Namun, ia masih menjadikan udang, sotong dan ikan sebagai antara diet pilihannya.

 

Kenali Spesies Pari Yang Biasa Dipancing

 

Pari Pasir

Pari pasir boleh dikatakan antara spesies pari yang paling bernilai tinggi di Malaysia kerana mempunyai isi yang lembut dan sedap. Nilai ikan pari pasir meningkat kerana mendapat permintaan tinggi untuk dijadikan hidangan. Pari pasir biasanya memilih kawasan berbenting  pasir sebagai habitat utamanya.

Ads

 

Kenali Spesies Pari Yang Biasa Dipancing

 

Pari Daun

Pari ini mempunyai isi yang lebih tebal dan pangkal ekornya juga lebih besar berbanding ikan pari yang lain. Di bahagian ekornya juga terdapat layar kecil yang berwarna kehitaman. Ikan pari jenis ini juga dikatakan amat bahaya kerana ia agak agresif.

 

Kenali Spesies Pari Yang Biasa Dipancing

 

Pari Helang

Ads

Pari helang atau lang juga antara spesies yang makin sukar didapati di Malaysia ini. Ikan ini mendapat namanya kerana bentuknya yang kelihatan seakan-akan burung dan mempunyai bintik-bintik berwarna putih di sekitar badannya.

 

Kenali Spesies Pari Yang Biasa Dipancing

 

Pari Minyak

Spesies pari minyak sememangnya amat popular di dalam arena memancing laut dalam. Ini kerana saiznya yang begitu besar dan asakan padu ikan jenis ini memang menjadi kegilaan untuk sukan ini. Ikan pari minyak senang juga dikenal pasti kerana badanya berwarna hitam dan mempunyai tompok putih di sekitar badannya.

 

Kenali Spesies Pari Yang Biasa Dipancing

 

Pari Tuka / ketuka

Sering disalah anggap sebagai anak pari. Spesies daripada genus Himantura (Dwarf whipray / Mangrove whipray) ini biasanya mempunyai saiz sekitar 24 cm diameter dan mempunyai ekor yang lebih pendek. Ia antara pari yang terbaik dijadikan hidangan terutama dibakar.

 

Kenali Spesies Pari Yang Biasa Dipancing

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI