Kenali Spesies Pari Kecil – Pari Nyiru!!

Share

 

Morfologi

Warna asas pari nyiru dari atas badannya kecoklatan. Manakala bahagian bawah adalah putih cerah sebagai landasan untuk melepak di dasar berpasir dan berlumpur keras. Badannya nipis mendatar dan isinya pula tidak menebal.

 

Ia adalah sejenis ikan pari kecil yang nipis dan bijak menyamar di dasar air. Kedudukan mulutnya adalah kira-kira ¼ dari panjang badang bermula dari muncungnya. Bibir mulut kasar seperti gigi tumpul memenuhi serata bibir.

 

Ciri-ciri utama yang jelas membezakan ia dengan pari kecil yang lain ialah kedudukan muncungnya memanjang sedikit bak seperti nyiru di sebuah pinggiran.

Ekornya kecil memanjang dengan 1 sengat berkedudukan separuh dari panjang ekor tersebut manakala tetuka pula memiliki 2 sengat di ekornya.

Duri tajam atau sengat pari nyiru halus meruncing. Sengat ini dikhuatiri mudah patah dan tertinggal di badan mangsa.

 

Dari hampir 30 lebih spesies pari yang dikenal pasti, pari nyiru merupakan salah satu yang terkecil dalam keluarganya. Saiz purata yang saya pancing ialah 1kg dan terbesar pernah dipancing di Pelabuhan Kelang ialah 4kg. Mengikut catatan ikan pari ini boleh membesar sehingga 60cm.

 

Habitat dan Tabiat

Pari nyiru boleh dikatakan sering tertumpu di dasar berpasir dan berselut lembut kerana senang untuk ia menanamkan diri dari ancaman bahaya. Selain itu warna kawasan sekitar atau warna dasar memainkan peranan penting buat pari nyiru untuk menyamar sebelum menyerang mangsa yang melewati.

 

Ikan pari nipis gelap ini tidak begitu terpengaruh dengan kelajuan arus setempat. Beting ini berkedudukan 20 kaki dalam dikelilingi paluh air sedalam 30 hingga 60 kaki. Ia juga di kesan berada di kawasan tebing paluh landai.

 

Tabiatnya seperti mana pari kecil lebih banyak memerap di lantai dasar dari meronda. Ia jarang sekali bergerak menyusuri arus pasang di kawasan tebing bakau yang berair cetek. Ini berdasarkan pengamatan saya belum pernah dapat pari nyiru di tebing sungai yang kering ketika air surut. Tetuka dan pari beting mudah ditemui di kawasan yang disebutkan ini.

 

 

Published by
Amang