Spesies Cyprinus carpio ini dikatakan diperkenalkan sebagai ikan ternakan untuk pemakanan sejak dari zaman kerajaan Rom lagi. Bermakna sudah sekian lama ia menjadi spesies penceroboh yang berjaya kerana kemampuannya bersaing merebut makanan spesies tempatan di samping merosakkan ekosistem perairan.
Seperti kebanyakan ikan kap yang lain, ikan likoh ialah haiwan omnivorous. Mereka boleh memakan tumbuh-tumbuhan akuatik, tetapi juga menjadikan serangga, krustasea (termasuk zooplankton), udang, dan cacing benthik sebagai diet utamanya.
Ikan leekoh liar biasa biasanya lebih langsing daripada bentuk ikan yang dipelihara. Dengan panjang badan kira-kira empat kali ketinggian badan dan mulut yang menonjol. Sekiranya diberi ruang dan nutrien yang mencukupi, ia mampu membesar dengan saiz yang besar.
Ads
Dikatakan ia mampu membesar panjang sehingga 120 sentimeter dan berat maksimum melebihi 40 kilogram. Usia likoh tertua yang pernah dicatatkan berusia 38 tahun.
Ads
Menurut satu catatan dunia memancing, antara spesies gergasi yang pernah didaratkan oleh seorang pemancing pada bulan Januari 2010 di Lac de curtons (Rainbow Lake) berhampiran Bordeaux, Perancis. Beratnya 42.6 kilogram.
Sementara spesies terberat yang ditangkap oleh pemancing Inggeris, Colin Smith, pada tahun 2013 di Etang La Saussaie Fishery, Perancis, beratnya 45.59 kilogram.
Saiz purata kap biasa ini adalah sekitar 40-80 cm dan 2-14 kg. Namun di Malaysia, jarang ditemui spesimen melebihi 5 kilogram.
Ads
Walaupun toleran terhadap kebanyakan keadaan, ikan likoh lebih menyukai badan air meluas yang berarus perlahan. Sebagaimana ikan yang gemar hidup secara berkumpulan, lazimnya mereka lebih mudah ditemui dalam kumpulan lima atau lebih.
Mereka secara semula jadi hidup di dalam iklim sederhana di dalam air segar atau sedikit payau dengan pH 6.5-9.0 dan kemasinan sehingga kira-kira 0.5% dan suhu 3 hingga 35 °C. Mereka mudah bertahan di musim dan dapat menyesuaikan diri dengan kadar oksigen yang sangat rendah, dengan mencakup udara di permukaan air.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Penghuni laut bertaring ini merupakan salah satu pemangsa paling garang di laut dalam. Taring viperfish boleh melengkung sehingga ke matanya!
Viperfish mempunyai photophore, iaitu organ yang menghasilkan cahaya. Mangsa biasanya akan tertarik dengan cahaya tersebut.
Namun begitu, diet utama viperfish ialah krustasea seperti udang dan ketam serta ikan bilis, ikan mackerel dan ikan-ikan kecil.
Stonefish merupakan ‘pakar penyamaran’. Merupakan antara ikan paling bahaya di dunia, stonefish sangat berbisa.
Walaupun diet utama stonefish terdiri daripada udang dan ikan kecil, ia juga boleh mengancam pelbagai jenis haiwan.
Duri berbisa di sepanjang tulang belakangnya menghalang serangan daripada haiwan pemakan dasar seperti jerung dan pari.
Jika diserang, kelenjar pada duri di belakangnya akan mengeluarkan racun kepada mangsa.
Merupakan spesies kedua terbesar bagi keluarga jerung dan boleh didapati di serata dunia, ianya berkeberatan lebih 19 tan dengan ukuran panjang 40 kaki.
Basking shark sebenarnya menyeramkan kerana rupa luarannya sahaja dan sebenarnya tidak merbahaya.
Basking shark merupakan salah satu daripada 3 spesies jerung ‘pemakan-tapis’ atau filterfeeding. Ikan besar ini hidup dengan memakan invertebrata, ikan kecil dan zooplankton.
Blobfish tidak mempunyai otot dan hidup dengan strategi pemakanan ‘duduk dan tunggu’ untuk apa sahaja yang datang dan boleh dimakan.
Dengan daging seakan jelly dan kurang tumpat daripada air, blobfish mampu terapung di laut tanpa perlu menggunakan tenaga atau dalam keadaan oksigen yang terhad.
Blobfish jarang dilihat oleh manusia kerana kurang informasi yang jelas tentang habitatnya. Namun melihatkan wajahnya, memang menyeramkan!
Snakehead termasuk haruan dan toman mempunyai kebolehan yang unik untuk terus hidup di dalam dan di luar kawasan berair untuk satu jangka masa yang panjang.
Selepas memasuki satu habitat baru, ianya akan memakan semua haiwan di habitat itu tanpa diskriminasi.
Ikan ini boleh ditemui di tasik dan sungai di sepanjang benua Afrika. Merupakan saudara kepada piranha, tigerfish merupakan pemangsa yang sangat ganas dan mempunyai gigi yang menonjol keluar.
Ikan yang lebih kecil biasanya hancur atau terputus dua, mangsa yang lebih besar akan terus diserang hingga mati. Ikan tigerfish mempunyai kadar toleran yang rendah terhadap kualiti air. Jika terdapat ikan ini, maka air di kawasan itu adalah bersih!
Jerung goblin adalah spesies yang hidup secara bersendirian dan berasal dari famili mitsukurinidae.
Ciri-cirinya yang unik adalah seperti muncung yang panjang,berwarna merah jambu dan mempunyai rahang yang boleh ditarik balik membezakan jerung goblin daripada spesies jerung yang lain.
Biasanya ditemui di perairan Jepun pada kedalaman sehingga 10 000 kaki.
Angler fish atau ikan pemancing ini dinamakan kerana cara mereka memburu mangsa hampir sama dengan pemancing iaitu menggunakan escanya yang bercahaya.
Kedua-dua rahangnya juga mempunyai gigi yang tajam dan panjang, melengkung ke dalam yang mana membenarkan mangsa masuk ke perut namun menghalang mangsa untuk keluar dari mulut.
Ikan grenadier biasanya ditemui di atas permukaan dasar laut. Dengan kepalanya yang besar, mata yang besar, dan ekor tirus yang panjang, ikan grenadier berenang perlahan-lahan di dasar laut untuk mencari mangsa dan bangkai untuk dimakan.
Ikan grenadier juga mempunyai kadar trimethylamine oxide (TMAO) yang tinggi menyebabkan ianya mempunyai bau sangat hanyir!
candiru
Berasal dari Sungai Amazon di Amerika Selatan, Candiru hidup di kawasan air tawar. Ikan kecil ini hanya sepanjang 2.5 cm dan selebar 3.5 mm.
Candiru merupakan genus daripada famili Trichomycteridae dan terdiri daripada 3 spesies iaitu V. cirrhosa, V. beccarii dan V. sanguinea.
Tidak bersisik dan lut cahaya, membuatkan ikan parasit atau lebih dikenali sebagai candiru sukar dilihat di dalam air. Insang candiru ditutupi oleh duri-duri pendek yang tajam.
Biasanya menjadi parasit kepada ikan lain, Ia akan mengesan persekitaran airdan kemudian akan mengikuti mana-mana aliran yang mempunyai sisa nitrogen hasil perkumuhan dari insang ikan yang lain.
Apabila mengenal pasti mangsa, candiru akan berenang ke atas dan memasuki ke dalam insang mangsa dan mengembangkan durinya untuk mencangkuk dan kekal di situ sebelum mula menghisap darah mangsa dengan menggigit saluran darah mangsa yang kebiasaannya membuatkan mangsa mati.
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Sebuah kajian merumuskan terdapat sedikit kekeliruan taksonomi dan ciri pengenalan antara spesies Epinephelus malabaricus, Epinepheluscoioides dan Epinephelus tauvina, setidak-tidaknya di Australia dan mungkin juga di tempat lain. Walau bagaimana pun, ikan marin yang terdapat di perairan Malaysia ini diklasifikasikan sebagai Epinephelus malabaricus.
Malabaricus atau dengan nama umumnya malabar grouper turut dikenali dengan nama brown-spotted grouper, greasy grouper, Malabar rockcod. Di Malaysia ia dipanggil kerapu bintik atau kerapu karang, kerapu malabar dan mendapat nama jolokan boron atau tong gas merujuk kepada kerapu yang bersaiz besar. Lama kelamaan, nama yang biasa dipanggil bagi spesies ini hanya tinggal boron sahaja.
Taburan spesies ini meluas di seluruh perairan tropika kawasan Pasifik Indo-Barat dari pantai timur Afrika ke kepulauan Tonga, Laut Merah, termasuklah utara ke Jepun dan selatan ke Australia. Ia direkodkan di Laut Levantine dan Mediterranean timur dan Terusan Suez. Kerapu boron merupakan ikan natif atau ikan asal di Australia; Kemboja, China, Mesir, Fiji, Hong Kong, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Kenya, Madagascar, Malaysia dan banyak negara lain lagi.
Dari aspek habitat dan biologi, kerapu boron ini spesies biasa yang terdapat dalam kepelbagaian jenis habitat. Ia boleh ditemui di kawasan terumbu karang dan berbatu, teluk, pesisir pantai, estuari, paya bakau dan dasar berpasir atau lumpur. Ia boleh dikesan pesisir pantai yang cetek sehinggalah kedalaman 150 meter. Sementara kerapu boron juvenil lazimnya lebih mudah hadir di estuari dan payau bakau.
spesies yang sinonim dengan kerapu malabar
Kerapu Malabar juga mempunyai sejarah kehidupan yang menarik dan kompleks. Ikan ini tergolong dalam spesies hermaphrodit protoginous iaitu ikan yang berupaya berubah jantina daripada betina kepada jantan. Walau bagaimana pun perubahan jantina ini tidak semestinya berlaku dan hanya akan berlaku sehinggalah kerapu jantan itu mencapai saiz kematangan sepanjang 114 cm.
Kerapu bintik atau karang ini dapat mencapai panjang sehingga 234 cm, tetapi spesimen biasa ditemui rata-rata ukurannya sekitar 100 cm. Dan dikatakan mampu mencapai berat sehingga 150 kg. Ia mempunyai warna abu-abu (keabu-abuan atau kelabu) hingga warna latar belakang yang terang, dengan beberapa bintik coklat gelap yang secara rawak bertaburan, yang bertambah bilangannya dengan usia. Tubuh kerapu ini juga mempunyai pelbagai jalur corak (tompokan) berwarna coklat.
Kerapu Malabar ialah pemangsa yang ganas, mereka memakan ikan, sotong, krustasea, dan kadang-kadang cephalopod turut menjadi mangsanya. Kerapu boron lebih aktif memburu makanan pada waktu malam dan suka tinggal di kawasan lubang di tengah laut. Apabila dewasa, ikan ini akan bersikap kewilayahan dan tinggal bersama pasangannya di dalam lubang yang sama.
Hampir kesemua dengkis mempunyai ciri warna berlainan dan cantik corak badan. Ia lebih popular di jadikan ikan hiasan berbanding jualan di pasar ikan. Nama saintifiknya ialah Siganus guttatus atau orange-spotted Spinefoot.
Ikan dengkis ini gemar mendiami kawasan muara dan pesisiran pantai. Struktur jeti, tiang jambatan, dermaga, celahan akar pokok bakau, dan kawasan karang adalah menjadi habitat utama ikan bersifat pemalu ini.
Ekornya melebar dan ada yang tirus memanjang. Gigi halus dan mulut kecil adalah ciri-ciri utama ikan ini.
Bergerak dalam kumpulan kecil dari sepasang hingga sedozen. Semua dengkis memiliki sirip hampir penuh mengelilingi badan dan di antara sirip lembut terdapat duri tajam yang berbisa.
Walaupun ia tidak membawa maut namun bisanya boleh mengganggu keriangan kita masa memancing. Kata orang bisanya lebih sengal sedikit dari duri kitang atau ikan duri tapi tidak seteruk sengat ikan depu ataupun sembilang.
Saya dah ‘rasa’ sengat ikan duri dan kitang tetapi untuk ikan ini sama sekali tidak ingin mencubanya lagi.
S. guttatus mampu membesar sehingga 40cm. Saiz ini memang dianggap besar gila bagi ikan dengkis. Saya sendiri tidak pernah melihat spesimen melebihi skala 30cm.
Untuk saiz purata yang biasa saya lihat dan pancing untuk semua spesies dengkis ialah saiz 17cm hingga 25 cm. Berat kurang dari 300gram seekor kecuali yang melebihi 20cm.
Profil ringkas
Nama Lain
Debam, Belais, Belaris , Kitang
Ciri Fizikal
Terdapat tanda kuning di pangkal ekor. Badan nipis melebar. Ekor separa bulat. Terdapat duri kecil di atas setiap sirip dorsal dan berbisa jika terkena sengatan
Diet
Hidupan dasar seperti cacing laut, moluska, krustasea dan anak ikan (kecil).
Habitat
Persisiran pantai, teluk, dermaga dan kawasan akar bakau persisiran muara.
Taburan
Sri Lanka, Filipina, New Guinea, Utara Australia dan New Caledonea
Tempatan
Hampir keseluruhan semenanjung, Sabah dan Sarawak. Taburan di pantai timur lebih ketara berbanding di pantai barat Semenanjung
Apa pendapat anda? Teruskan klik & share artikel kami ini. Terima kasih!
Jangan lupa LIKE, FOLLOW & SEE FIRST Facebook Majalah Umpan
Sudah subscribe channel Youtube umpan? Klik sekarang Youtube Umpan
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...