Boleh dikatakan banyak spesies ikan di laut terutamanya laut dalam mengandungi merkuri. Ia hanya dibezakan dengan peratusan merkuri yang ada di dalam badan sama ada rendah, sederhana atau tinggi.
Logam berat merkuri merupakan antara elemen yang boleh di temui didalam laut, tasik dan sungai akibat dari pencemaran alam. Di dalam air, merkuri bertukar menjadi methyl mercury, sejenis bahan kimia yang boleh di kesan dalam ikan dalam kuantiti yang RENDAH.
Dalam kuantiti yang TINGGI, methylmercury boleh menyebabkan keracunan kepada sistem saraf manusia. Ikan yang lebih besar dan hidup lebih lama mengandungi kandungan merkuri yang lebih tinggi.
Ads
Ikan yang telah dikenal pasti mengandungi kandungan merkuri yang tinggi adalah seperti berikut:
Tilefish
Ads
Ikan Pedang (Swordfish)
Ikan Jerung
Ads
King Mackeral
Ikan ini hanya boleh dimakan beberapa apa kali setiap bulan dan perlu dielakkan untuk ibu hamil, menyusu badan dan kanak kanak. Atau lebih senang lagi, tidak perlulah mengambil ikan-ikan ini sebagai menu. Banyak lagi spesies ikan yang mengandungi zat nak nutrisi yang bagus untuk kesihatan tubuh dan ia dapat diperoleh dengan mudah di perairan negara kita.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Antara penghalang utama dengan pemancing dan pancingan laut dalam ialah masalah mabuk laut. Berikut merupakan beberapa petua yang dilakukan sendiri oleh pemancing untuk mengatasi mabuk laut.
Tiga hari sebelum ke laut kena setting mental dan fizikal kita dulu. Salah satu caranya ialah dengan buangkan angin dalam badan kita. Angin dalam badan menyebabkan kita pening-pening dan muntah. Bagi membuang angin ini disarankan minum Eno halia atau apabila produk minuman halia 2 hingga 3 pek bagi satu hari.
Makan kena jaga… jangan belasah je ikut sedap tekak. Sebaiknya elak dari makan makanan yang agak pedas atau berempah.
Rehat kena cukup… sebab kat laut nanti kita banyak menggunakan tenaga, mental dan fizikal.
Makan ubat mabuk yg diambil di klinik. Cakap je kat doktor kata nak memancing kat laut dalam. Dia akan bagi punya, tapi yang terbaik saya makan ubat mabuk ialah ubat mabuk untuk ibu mengandung.
Ketika memancing, jangan sekali-kali pikir adakah aku mabuk? Banyakkan bersembang dengan kawan masa atas bot.
Satu petua lagi agak ekstrem sikit… mungkin korang ada perasan ikan yang ditangkap atau dibeli kadangkala ada anak ikan yang masih terlekat di dalam mulut ikan tersebut.
Selalunya kita buang tetapi kali ini sesiapa yang mempunyai masalah mabuk ini, ambil ikan tersebut dan celur. Kemudian makan atau telan. Tapi kalau nak mujarab lagi makan mentah-mentah dan jangan yang lupa selawat ke atas Nabi.
Kalau ditanya saya apa relevan tentang anak ikan ini dengan mabuk? Saya sendiri tiada jawapannya tetapi petua ini telah diturunkan turun temurun oleh datuk nenek saya yang hampir semuanya nelayan pantai.
Kaki pancing ada pelbagai kerenah dan perangai yang kadang-kadang tak masuk akal. Bila dah berkawan dengan ramai kaki pancing, kita akan bertemu dengan pelbagai personaliti yang berbeza-beza. Jom kita berkenalan dengan 8 jenis kaki pancing yang biasa ditemui tak kira sama ada kat pantai, tasik, sungai, paya, kolam atau laut!
Otai
Haa, kalau dah namanya otai, biasanya dia mestilah agak berusia orangnya. Biasa kita tengok muka je dah tau yang otai ni ada banyak ilmu dan pengalaman di dada. Ilmu dia ni tahap power sampailah ikan baru makan umpan dia dah tau ikan apa yang makan tu. Power tak, power tak?
Nubis
Yang ni pulak kategori budak baru belajarlah. Nubis ni bahasa biasa yang digunakan kaki pancing dan ia membawa maksud ‘newbie’. Biasanya yang nubis-nubis ni akan banyak berdampingan dengan pemancing yang lebih berpengalaman untuk timba lebih banyak ilmu.
Gebang
Kaki pancing jenis gebang ni pun dah makin ramai. Dia punya sembang kencang macam tornado wa cakap lu! Kononnya, dia lah yang paling power mancing. Dialah yang selalu tarik ikan besar kereta kebal dan sebagainya. Yang jenis macam ni biasanya akan selalu dielakkan oleh kaki pancing yang lain.
Masuk Air
Jenis yang masuk air ni kalau buat kawan memang best! Tak kiralah mancing kat mana, ada je lawak-lawak yang tahap maharaja lawak yang diorang hidangkan kat kawan-kawan. Yang bestnya memancing dengan orang macam ni ialah kita takkan rasa bosan kalau ikan tak makan umpan. Yang tak bestnya, ikan memang takkan makan umpan sebab suara dia je yang menggegarkan seluruh semesta. Ikan pun lari bhai!
Makan Angin
Kaki pancing yang jenis makan angin ni biasanya bukan jenis yang minat memancing sangat. Dia keluar memancing pun semata-mata nak menikmati alam semula jadi katanya. Jadi target diorang pun bukanlah nak ikan sangat. Cukuplah sekadar bertapa ambik angin kat laut atau pun melihat kehijauan alam semula jadi.
Segak
Ni pulak jenis menitikberatkan soal pemakaian sewaktu keluar memancing. Dia punya handsome tu memang sampai tahap boleh buat bini was-was lah nak bagi izin keluar memancing.
Sipoo
Sipoo @ sifu ni biasanya gelaran yang selalu diberi kat kaki pancing yang selalu hanyir. Kejap-kejap, dia je yang selalu tarik ikan. Sampaikan tahap hulur tali dengan mata kail kosong pun masih boleh dapat ikan. Kawan-kawan yang jeles tu lah yang bagi gelaran sipoo ni. Biasanya dalam satu grup tu mesti ada sorang yang akan diangkat jadi sipoo.
Retis
Haa, yang ni pulak gelaran kat kaki pancing yang muka dia je yang selalu keluar majalah memancing, surat khabar atau televisyen. Level-level retis ni biasanya jenis yang agak popular lah dalam arena pemancingan ni.
Antara kelebihan hobi memancing ialah memiliki istilah tersendiri. Jadi, sebagai pemancing kita kenalah tahu maksud istilah-istilah berikut apabila dipertuturkan.
Air Besar (springtide)
Keadaan di mana paras air tertinggi pada permulaan bulan dan bulan penuh/mengambang.
Air surut jauh (neap tide)
Keadaan di mana paras pasang surut adalah rendah, 7 dan 21 bulan hijrah.
Batu ladung (lead)
Pemberat yang digunakan semasa memancing, selalunya dibuat daripada timah
Otai (old timer)
Orang lama yang hebat dan penuh ilmu dalam memancing.
Perambut kejutan (shockleader)
Perambut yang digunakan untuk menyerap tekanan mengejut daripada sambaran ikan.
Skodeng
Hanya memerhati tanpa berforum di laman web pancing.
Tali hantu (flourocarbon line)
Tali pancing yang halimunan, di mana ianya tidak kelihatan di dalam air.
Pancing layang (flyfishing)
Gaya pancingan menggunakan umpan layang.
Cincin (rod guide)
Cincin yang terdapat pada batang pancing untuk memudahkan tali melaluinya.
Rabut (terlepas , ikan terlepas )
Situasi di mana ikan yang dipancing terlucut dari mata kail ketika dalam pertarungan untuk didaratkan.
Tiga tahun mengejar ilmu, akhirnya aku lulus semua ujian ku. Bulan depan aku akan memiliki ijazah sarjana muda ekonomi perniagaan. Sementara itu aku cadang...