Sebagaimana yang telah dinyatakan terdapat puluhan spesies seluang dalam genus Rasbora dan salah satunya ialah seluang bada atau nama umumnya slender rasbora. Slender rasbora membawa nama saintifik Rasbora daniconius, boleh ditemui di Malaysia, Singapura, Borneo mahupun di Indonesia.
Ikan seluang boleh hidup sekitar 3-6 tahun dan taburannya banyak ditemui di parit-parit ataupun sungai-sungai kecil yang berarus perlahan di Asia Tenggara. Antara ciri-ciri ikan seluang ialah, berbentuk pipih memanjang dengan sisik nipis dan ketika masih kecil ianya memiliki warna putih keperakan.
Ads
Apabila ianya dewasa di kedua-dua sisi tubuhnya terdapat garis berwarna kehitaman dan warna putih keperakan akan pudar digantikan dengan warna putih kekuningan. Seluang adalah bersifat omnivor iaitu pemakan segala jenis dari hidupan seperti cacing tanah, serangga, krutesia kecil, lumut dan bermacam lagi.
Ikan seluang bada mempunyai badan yang tirus bulat. Ia merupakan ikan yang mendiami kawasan permukaan air. Ikan seluang bada merupakan ikan air tawar yang mendiami kawasan air bertakung seperti rawa-rawa, tasik, lombong, dan air mengalir seperti sungai dan anak sungai.
Ikan seluang bada biasanya bergerak dalam kumpulan. Ikan Seluang bada merupakan ikan maserba. Ia juga makan cacing tanah, dan serangga seperti belalang, kerengga dan jentik-jentik. Ikan Seluang bada mampu hidup dalam air pada paras ph7.
Ads
Berdasarkan kajian Dr Herbert R Axelrod dalam Atlas of Freshwater Aquarium Fishes, ia dikatakan dapat membesar sehingga 20 sentimeter panjang.
Ads
Ikan-ikan seluang adalah di antara yang paling popular sebagai ikan akuarium. Penampilan rapi mereka, sering kali warna cerah dan menawan. Banyak spesies yang popular seperti Harlequin Rasboras) telah diternak dan merupakan spesies penting dari aspek perdagangan ikan hiasan.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Ketam kuning juga dikenali sebagai ketam ragi. Di peringkat global ia digelar common moon crab dan membawa nama saintifik Matuta victor. Taburan ketam ragi meliputi Indo-Pacific, Selatan Asia ke Fiji dan New Hebrides. Ia biasanya ditemui di pesisir pantai sehingga kedalaman 20meter. Ketam ragi mencapai kematangan pada saiz 3-4.46cm dan mampu mencapai saiz maksimum 5cm.
Ketam ini memiliki badan berkarapas keras dengan dua tulang panjang dan tajam di bahagian tepi, margin anterolateral yang hampir bergerigi. Badannya berwarna tanah kekuningan dengan banyak bintik hitam halus dan beberapa yang lebih besar pada cengkerang, kaki dan pendayungnya berwarna kuning terang.
Ia menghuni kawasan pesisir pantai. Keistimewaan ketam ini adalah kesemua kaki-kakinya berpengayuh, menunjukkan ia adalah perenang yang kuat dan digunakan untuk mengorek pasir bagi tujuan berlindung.
Warnanya yang seperti pasir pantai itu membuatkan ia mudah menyembunyikan diri dari pemangsa. Ketam ini jarang sangat dijumpai dalam saiz yang besar.
Cara Menangkap
Hanya beberapa tahun lepas saya berpeluang bermain-main dengan spesies ketam yang banyak mewarnai zaman kanak-kanak. Sebagai kanak-kanak yang membesar di pesisir pantai, menangkap ketam ragi merupakan antara aktiviti seronok dilakukan selain memancing.
Hendak tangkap ketam ragi tidak sukar. Tidak perlu pergi jauh di tengah laut. Tidak perlu bot atau perahu. Untuk tangkap tidak perlu peralatan khas. Hanya boleh guna tangan sahaja untuk tangkap ketam ragi. Bagaimanapun perlu lah ada umpan untuk menarik kehadiran ketam ragi.
Umpan paling diminati oleh ketam ragi ialah bahagian anggota atau organ haiwan seperti perut dan usus. Namun, paling banyak digunakan ialah bahagian perut ayam dan kepala ayam. Selain itu ikan busuk dan sotong juga boleh digunakan.
Umpan itu akan dicucuk atau diletakkan pada bilah buluh atau batang kayu. Bilah buluh itu dipacak berdiri di tepi pantai yang ke dalaman air sekitar setengah meter. Kalau kawasan dalam, susah pula nak pacak dan sukar untuk menangkap ketam ragi nanti.
Ketam ragi akan datang ke umpan yang berbau itu. Ketika ketam ragi tengah makan atau berada di sekitar umpan itu, ia boleh ditangkap menggunakan tangan atau alat penyauk. Tetapi, rasa lebih mudah menggunakan tangan. Ketam ragi mempunyai penyepit yang kecil. Kalau disepit pun tidak rasa sakitnya dan mudah dilepaskan.
Udang kara adalah keluarga (Nephropidae juga Homaridae) besar krustasea laut.Udang kara memiliki tubuh panjang dengan ekor berotot, hidup di celah-celah atau lubang di dasar laut. Tiga dari lima pasang kaki mereka memiliki sepit, termasuk pasangan pertama, yang biasanya jauh lebih besar dari yang lain.
Udang kara sangat bernilai sebagai makanan laut, penting dari aspek ekonomi, dan merupakan salah satu komoditi paling menguntungkan di daerah persisir yang mereka huni.
Spesies yang penting secara komersial termasuk dua spesies Homarus dari Lautan Atlantik utara, dan Scampi (yang lebih mirip udang, atau udang kara mini).
Udang kara adalah invertebrata dengan kerangka luar yang keras. Seperti kebanyakan arthropoda, udang kara harus bersalin kulit untuk tumbuh, yang membuat mereka terdedah kepada bahaya.
Selama proses moulting (bersalin kulit), beberapa spesies berubah warna. Udang kara memiliki 8 kaki berjalan; tiga pasang hadapan memiliki cakar, yang pertama lebih besar dari yang lain.
Sepit hadapan juga secara biologis dianggap sebagai kaki, sehingga mereka termasuk dalam Order Decapods (sepuluh kaki). Meskipun udang kara sebahagian besar semitrikal secara bilateral seperti kebanyakan arthropoda lainnya, beberapa genus memiliki penyepit khusus yang tidak setara.
Anatomi udang kara meliputi dua bahagian tubuh utama: cephalothorax dan abdomen. Cephalothorax menggabungkan kepala dan thorax, yang keduanya ditutupi oleh karapas chitinous.
Kepala udang kara terdiri dari antena, rahang bawah, maksila pertama dan kedua. Kepala juga menyandang mata majmuk.
Berikutan udang kara hidup di lingkungan keruh di dasar lautan, mereka kebanyakan menggunakan antena sebagai sensor.
Mata udang kara memiliki struktur reflektif di atas retina cembung. Sebaliknya, mata yang paling kompleks menggunakan konsentrator sinar bias (lensa) dan retina cekung.
Thorax udang kara terdiri dari maxillipeds, pelengkap yang berfungsi terutama sebagai bahagian mulut, dan pereiopoda, pelengkap yang berfungsi untuk berjalan dan mengumpulkan makanan.
Abdomen termasuk pleopoda (juga dikenal sebagai perenang), digunakan untuk berenang serta kipas ekor, terdiri dari uropoda dan telson.
Udang kara, seperti sesiput dan lelabah, memiliki darah biru karena adanya hemocyanin, yang mengandungi tembaga.
Sebaliknya, vertebrata dan banyak haiwan lain memiliki darah merah dari hemoglobin yang kaya zat besi.
Udang kara memiliki hepatopankreas hijau, yang disebut tomalley oleh para chef, yang berfungsi sebagai hati dan pankreas haiwan.
Udang kara dari keluarga Nephropidae serupa dalam bentuk keseluruhan dengan sejumlah kelompok terkait dengan yang lain.
Mereka berbeza dari udang kara air tawar dalam kekurangan sambungan antara dua segmen terakhir thorax, dan mereka berbeda dari udang kara karang keluarga Enoplometopidae dalam memiliki penyepit penuh pada tiga pasang kaki pertama, bukan hanya satu.
Perbezaan dari keluarga fosil seperti Chilenophoberidae didasarkan pada pola alur pada karapas.
Udang kara hidup di semua lautan, di dasar berbatu, berpasir, atau berlumpur dari garis pantai ke luar batas landas kontinen.
Mereka umumnya hidup sendiri di celah-celah atau di liang di bawah batu. Udang kara adalah omnivora dan biasanya memakan mangsa hidup seperti ikan, moluska, krustasea lain, cacing, dan beberapa tanaman.
Mereka memakan bangkai jika terdesak, dan diketahui juga bersifat kanibalisme di dalam kurungan. Namun, ketika kulit udang kara ditemukan di dalam perut udang kara, ini belum tentu merupakan bukti kanibalisme kerana udang kara memakan kulitnya setelah moulting.
Sementara kanibalisme dianggap tidak ada di antara populasi udang kara liar, itu diamati pada 2012 oleh para peneliti yang mempelajari udang kara liar di Maine.
Secara umum, udang kara memiliki panjang 25-50 cm (10-20 inci, dan bergerak dengan perlahan berjalan di dasar laut.
Namun, ketika mereka melarikan diri, mereka berenang mundur dengan cepat dengan menekuk dan meluruskan perut mereka. Kepantasan 5m/s (11mph) telah dirakam. Ini dikenali sebagai reaksi pelarian karidoid.
Sekali imbas melihat fisiologi ikan lais, tidak dapat tidak kita akan membandingkannya dengan ikan begahak. Ia bukanlah satu yang pelik kerana ikan lais dan begahak bernaung di bawah famili Siluridae (sheatfish).
Kelompok Siluridae kebanyakanmya terdiri dari spesies ikan yang tahan terhadap kondisi deoksigenasi dan diistilahkan dengan sebutan ‘blackfish’.
Ikan-ikan ini sebahagian besar waktu hidupnya dihabiskan di air hitam. Perairan air hitam dicirikan oleh warna perairan yang coklat tua sampai kehitaman yang disebabkan oleh adanya keasidan, pH relatif lebih rendah tapi tidak keruh.
Kelompok Siluridae sering berada pada air yang tenang di floodplain dan mereka pindah ke sungai, mereka tinggal di pinggir sungai atau lubuk di dasar sungai pada musim kemarau.
Ikan lais hidup di perairan air tawar yang termasuk sungai, rawa dan limpahan banjir. Taburannya meliputi Thailand, Malaysia dan Indonesia.
Ikan lais adalah ikan dari famili Siluridae yang terdiri dari beberapa genus. Di antara genus-genus tersebut yang mempunyai spesies paling banyak adalah Cryptopterus (C.bicirrhis, C. schilbeides, C. cryptopterus, C. hexapterus, C. limpok, C. macrocephalus, C. apogon, C. micronema, C. lais dan C. mononema (Saanin, 1984 dan Kottelat et al, 1993).
Ikan lais adalah spesies benthopelagic yang hidup di perairan tropika. Ia merupakan ikan bersaiz kecil yang hanya mampu membesar sehingga 24cm.
Ciri-ciri ikan lais
Tidak memiliki sisik
Hujung belakang lubang hidung di pinggir muka dan depan mata.
Mempunyai dua pasang sesungut.
Ikan lais mempunyai pola pertumbuhan yang isometrik iaitu pertumbuhan panjang seimbang dengan pertumbuhan berat.
Bentuk tubuh ikan lais masih dalam batas bentuk tubuh ikan pada umumnya yaitu dengan nilai “B” berkisar antara 2,5- 3,5. Berdasarkan nilai faktor kondisi iaitu berkisar 0,24-0,44 ikan lais termasuk jenis ikan yang pipih.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...