Ads
Home Hobi & Minat Kenali Spesies Ikan Pemburu Kaki Pemancing

Kenali Spesies Ikan Pemburu Kaki Pemancing

Ads

 

Taksonomi

 

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Anguilliformes

Family: Muraenesocidae

Genus: Muraenesox

Species: M. cinereus

Binomial name: Muraenesox cinereus (Forsskål, 1775)

 

Kenali Spesies Ikan Pemburu Kaki Pemancing

 

Ikan belut mungkin tidak asing bagi kebanyakan pemancing. Dari segi fizikal, kedua-dua spesies ini memiliki warna lebih kurang sama dan amat sukar untuk dipegang. Bezanya, ikan malong bergigi runcing dan tajam. Malong boleh membesar sehingga mencapai berat 7 kg dengan panjang maksima 200cm.

 

Ads

Malong ialah spesies ikan air masin yang licik, berbadan lendir dan sememangnya tidak mampu dikendalikan ketika ia masih hidup dengan tangan. Saya masih ingat apabila ingin merakamkan gambar malong tiada siapa yang berani ketika ia masih hidup kecuali menggunakan pemegang.

 

Kenali Spesies Ikan Pemburu Kaki Pemancing

 

Jika disimpan di dalam bekas air yang sedikit kita akan dapati air tersebut akan menjadi pekat kerana lendir yang dikeluarkan dari badan malong. Ia juga tahan lasak walaupun dengan sedikit air. Selain itu malong sering didakwa menyerang pemancing apabila ia berada di daratan semata-mata usaha untuk mempertahankan diri.

 

Ia sebenarnya tidak ganas tetapi kes serangan melalui gigitan berpunca dari kelalaian pemancing ketika cuba mengendalikan ia dengan tangan kosong. Bermulut muncung dan bergigi tajam membuka dengan luas serta lincah terutama di dalam sampan kecil boleh mengerjakan betis dan lengan bagi mereka yang lalai.

 

Kenali Spesies Ikan Pemburu Kaki Pemancing

 

Ads

Bentuk Dan Fizikal

 

Malong bermulut runcing memanjang dikuatkan pula dengan gigi atas dan bawah untuk mencengkam mangsa. Badan licin memanjang dan menirus hingga ke hujung ekor. Sirip dorsal lembut, kecil dan memanjang dari pangkal leher hingga hujung ekor. Badan berwarna kekuningan semakin cerah di sebelah bawah.

 

Tubuhnya membulat walaupun seakan leper jika pandang dari sisi. Barisan gigi sebelah atas berada pada kedudukan sebaris tengah rahang manakala gigi bawah di kiri dan kanan rahang. Jika dilihat barisan gigi malong, selain gigi tajam memanjang, ia turut dibarisi gigi-gigi tajam lecil tersembunyi di bahagian dalam mulut.

 

Kenali Spesies Ikan Pemburu Kaki Pemancing

 

Hujung mulut sebelah atas seperti mengecil terbina sedemikian sesuai untuk membenarkan cengkaman kuat terhadap mangsa. Mangsa apabila dicengkam malong, ia jarang dapat melepaskan diri dengan mudah.

 

Ads

Habitat Dan Sifat

 

Malong banyak menghabiskan masa di dasar sungai atau muara serta di dalam lubang perumahnya. Mendiami kawasan yang berdataran samada pepasir halus dan lumpur pada kedalaman dari 10 meter hingga 100 meter. Lubang atau sarangnya menyediakan tempat perlindungan paling sesuai dari musuh.

 

Kenali Spesies Ikan Pemburu Kaki Pemancing

 

Ia keluar memburu mangsa tidak kira siang dan malam yang terdiri dari anak ikan. Berlainan dengan spesies pengacau sesirat yang gemar menggumpal, menyimpul, melendirkan serta memintalkan tangsi, malong tidak bersifat demikian walaupun kedua-duanya berlendir dan memiliki ciri-ciri persamaan habitat dan pemakanan.

 

Kenali Spesies Ikan Pemburu Kaki Pemancing

 

Nama umum: Daggertooth pike conger

Ciri fizikal: Badan memanjang kekuningan seperti belut air tawar. Barisan gigi tajam adalah ciri-ciri yang paling di geruni pemancing

Diet: Ikan dan hidupan krutesia

Habitat: Mendiami lubang dikawasan dasar berlumpur

Taburan: Wilayah Indo-Malaysia, Filipina hingga Selatan Jepun, Indo-West Pacific. Kebanyakannya di sekitar perairan Selat Melaka, Sarawak dan persisiran Sabah.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI