Kenali Spesies Ikan Pecah Periuk

Share

 

Hanya dengan melihat pada sirip dorsal kedua, sirip anal dan sirip kaudal ikan ini, maka tidak hairan kenapa di peringkat global ia dinamakan tripletail.

Ia kelihatan seperti 3unit ekor ikan yang berkumpul. Namun di peringkat tempatan, masih tidak dapat dijelaskan dengan nyata kenapa ia dinamakan ikan pecah periuk.

 

Morfologi

 

Bahagian kepala spesies ini membongkok sedikit seperti siakap putih tetapi badannya lebih gempal pendek dan warna berlainan sama sekali dengan siakap.

Gigi halus membarisi semua rahang mulut, sisik agak keras dan tebal, dan pangkal ekor agak besar dipadankan dengan ekor bulat.

 

 

Dilaporkan ikan pecah periuk mampu membesar sehingga 15kg dengan saiz maksimun sehingga 3meter lebih.

Namun spesimen yang biasa ditemui sekitar 35cm dengan saiz purata 3kg. Sama ada yang bersaiz 10kg masih wujud atau sempat membesar sampai ke tahap tersebut belum dapat dipastikan lagi.

 

Sebahagian hayatnya dihabiskan berhanyut mengikut arus di bawah timbuhan objek timbul di permukaan laut bersama-sama spesies lain yang mencari perlindungan di wilayah tersebut.

 

 

Setengahnya mendiami kawasan yang dipenuhi dengan kumpulan mangsanya seperti anak ikan kecil.

Ia boleh berkongsi mendiami satu longgokan objek timbul dengan pelbagai saiz keluarganya.

Yang besar lebih tertumpu di bahagian bawah berbanding si juvenil lebih gemar bermain hampir di permukaan.

 

Habitat dan habit

 

Sejenis ikan yang agak unik kerana gemar berlindung di bawah timbunan tunggul kayu, reba pokok, sampah serta objek yang terapung dan hanyut.

Antara objek yang paling digemari ialah reba nipah kerana reba ini terapung lama dan dahan-dahan yang terendam memberi ruang untuk berlindung dari musuh.

 

Ia juga dikesan mendiami kawasan tiang konkrit, rumah api di pesisir pantai. Anehnya ia jarang mendiami kawasan unjang yang timbul tetapi kekal di satu-satu kawasan.

Sama ada ia berkait rapat dengan sifat ikan ini yang enggan menghuni tetap di satu-satu kawasan ataupun cara ini dapat memberi ruang memburu makanan di serata kawasan.

 

 

Jika tiada longgokan sampah hanyut, ikan ini kadang kala ditemui mendiam diri terapung mengikuti arus seperti seekor ikan mati hanyut di permukaan.

Setengahnya berpasangan dan memang malas untuknya berenang bermain arus seperti mana kebanyakan ikan mangsanya.

 

Ikan ini akan mendiami habitat baru apabila berjumpa dengan longgokan objek hanyut sesuai sebagai wilayah baru dan seterusnya untuk membiak.

Ramai yang tertipu apabila cuba menangkapnya dengan tangan.

 

Kadang kala ia memasuki muara sungai berlumpur mencari krustesia dasar dan menunggu reba atau kayu hanyut keluar dari muara.

 

Profil ringkas

 

Nama lain: Kakap batu

Ciri fizikal: Keseluruhan warna gelap terutama bahagian ekor dan sirip.

Taburan; Bahagian tropika Lautan Atlantik, Selatan Jepun serta Indo Pasifik

Tempatan: Hampir serata perairan pantai Semenanjung terutama kawasan muara

Habitat: Di bawah longgokan sampah hanyut, tiang, kapal berlabuh, unjam buluh

Diet: Ikan-ikan kecil dan krustasea

 

 

Taksonomi:

 

Kingdom:
Animalia
Phylum:
Chordata
Class:
Actinopterygii
Order:
Perciformes
Family:
Lobotidae
Genus:
Lobotes
Species:
L. surinamensis
Binomial name
Lobotes surinamensis
(Bloch, 1790)

 

(rujukan – pokmud’s)

 

Published by
Amang