Kenali Spesies Ikan Paling Terancam & Rare Di Dunia

Share

 

Taksonomi

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Cyprinodontiformes

Family: Cyprinodontidae

Genus: Cyprinodon

Species: C. diabolis

Binomial name: Cyprinodon diabolis (Wales, 1930)

Status IUCN : Critically Endangered

 

 

Pernahkah anda terfikir tentang spesies ikan yang paling rare atau paling jarang ditemui? Apa yang terbayang dalam minda anda? Mungkin anda terbayang beberapa spesies yang mempunyai rupa yang agak ganjil dan jarang dilihat.

 

Namun tahukah anda, salah satu ikan yang paling ‘rare’ atau jarang ditemui di dunia ialah spesies yang digelar Devils Hole pupfish.

 

Pada April 2003, dianggarkan hanya terdapat kira-kira 35 ekor spesies ini sahaja yang tinggal dalam persekitaran aslinya.

 

 

Walaupun jumlah itu menunjukkan sedikit peningkatan, populasi ikan ini dalam habitat asalnya tidak pernah mencatatkan jumlah lebih daripada 500 ekor walaupun pada musim luruh iaitu waktu di mana populasi spesies ini berada pada tahap paling tinggi.

 

Devils Hole pupfish juga merupakan antara spesies yang pertama dilindungi di bawah akta Endangered Species Act. Ikan yang berukuran sekitar 2 cm panjang ini hanya boleh ditemui di satu lokasi sahaja iaitu Devils Hole, sebuah sistem kolam gua semula jadi di Death Valley, Nevada.

 

 

Ikan ini hidup di dalam kolam berbatu kapur yang hanya mempunyai ruang terhad kira-kira 2 meter lebar dan 4 meter panjang sepanjang hidupnya. Rupanya tidaklah menakutkan atau ganjil bukan? Macam rupa ikan puyu pun ada.

 

 

Published by
Amang