Kenali Spesies Ikan Merah Mata Hitam!!

Share

 

Nama Saintifik: Lutjanus Erythropterus

Keluarga: Lutjanidae

Nama Lain: Merah, Merah Pucat, Temenggung

Nama global: Crimson Snapper

Ciri Fizikal: Warna merah cerah, terutama di bahagian bawah. Bahagian sirip dan ekornya merah kekuningan.

Diet: Kebanyakan sumber makanan adalah hidupan dasar termasuk anak ikan, ketam dan sebagainya.

Habitat: Dari muara berbatu hingga lautan. Tumpuan pada kawasan karang

Taburan: Laut Arab hingga ke Lautan Hindi. Selatan Jepun ke Utara Australia dan Papua New Guinea

Tempatan: Sabah, Sarawak dan Laut China Selatan serta laluan (lubang) pantai Barat Semenanjung

 

Ikan merah terdiri dari beberapa spesies yang berkongsi habitat sama. Ia adalah dari keluarga Lutjanie atau ‘snapper family’ menjadi buruan oleh kebanyakan nelayan kerana faktor harga dan permintaan tinggi.

 

Ikan yang cukup sinonim apabila trip ke kawasan luar pantai yang memiliki dasar berkarang atau berstruktur dihuni hidupan mikro organik seperti span, ptotozoa dan krutesia kecil.

 

Paling ramai menggelarnya ikan merah sahaja termasuklah di Sabah. Sesetengahnya lebih popular di jadikan ikan masin dan kering kerana ia boleh disimpan lama serta mengelakkan ia busuk apabila kekurangan ais.

 

Bentuk Dan Ciri Fizikal

Bentuknya menyerupai ikan siakap merah cuma giginya tidak sehebat yang dimiliki MJ. Warna sisik lebih lebih gelap dari spesies merah jalang. Warna badannya tidak merah keseluruhan, lebih kekuningan di bahagian sirip dorsal, pelvik maupun ekor.

 

Ekor lebar tegak selari. Mata ikan ini hitam gelap sempena nama ia diambil dari kilauan mata hitam. Seperti merah lain warna pudar apabila mati atau berubah mengikut warna air sekeliling kawasan wilayahnya. Warna lebih terang dan menarik jika air setempat jernih dan sebaliknya.

 

Ia boleh membesar hingga 79cm panjang mencecah berat hingga 10 kg namun amat jarang untuk melihat saiz sebegini. Saiz yang biasa dipancing ialah anggaran berat 1 kg atau saiz lazim 40cm. Musim terbaik memancingnya ialah selepas waktu bertelur di antara Julai hingga September.

 

Merah mata hitam adalah sejenis merah ‘table size’ dan saya belum melihat merah ini lebih dari 5kg. Bukan mustahil jika ia membesar untuk saiz maksimun jika wilayah pembiakannya tidak diganggu kehadiran manusia.

 

Habitat Dan Sifat

Ikan merah mata hitam adalah sebahagian dari ikan marin dan berkarang. Ia mudah ditemui di dasar laut dipenuhi dengan terumbu karang, tetapi tidak mustahil baginya untuk meronda dan berkeliaran di luar hutan karang di dasar lautan.

 

Lazimnya kawasan dataran terpilih adalah jenis dasar berpasir, lumpur keras dan di antara celahan tompokan batu karang. Selain itu habitat buatan juga mudah dikunjungi oleh kumpulan ikan merah mata hitam untuk membiak dan memburu sumber makanan.

 

Habitat tiruan temasuklah kawasan unjam, tukun tayar, konkrit, bot serta tukun kapal karam yang ditinggalkan. Kini ikan ini banyak menghuni pada kedalaman air melebihi 100 kaki. Paling cantik kedalaman dasar sekitar 200 hingga 300 kaki dan pelung untuk mendapatkan kumpulan besar.

 

Seperti hidupan marin lain kumpulannya adalah terdiri dari satu kelompok induk membesar bersama dan tidak gemar berkongsi dengan saiz yang besar. Ini bertujuan mengelakkan spesies yang kecil dibuli dan sesetengahnya dimakan sesama sendiri atau spesies yang lebih besar. Ia adalah spesies karnibal.

Published by
Amang