Kenali Spesies Bonito Paling Besar

Share

 

Taksonomi:

Kingdom: Animalia

Phylum: Chordata

Class: Actinopterygii

Order: Scombriformes

Family: Scombridae

Genus: Gymnosarda

Species: G. unicolor

Binomial name: Gymnosarda unicolor

 

 

Sesetengah saintis beranggapan berbanding spesies tuna lain, dogtooth tuna (Gymnosarda unicolor) adalah spesies yang paling menarik. Pertama, mereka tidak secara teknikal tergolong dalam ‘tuna sebenar’, tetapi sebaliknya mereka adalah dari keluarga ikan bonito terbesar.

 

Kedua, mereka mempunyai pundi renang besar dan unik yang membolehkan mereka muncul di habitat berlainan dan berkelakuan sangat berbeza dengan lain-lain tuna tropika (tuna sebenar) yang lain seperti yellowfin dan skipjack. Dan perbezaan ini menjadikan tuna dogtooth sebagai salah satu sasaran ikan sukan tropika yang paling mencabar di dunia.

 

 

Dogtooth tuna atau ikan aya budak (pernah juga dipanggil tuna gigi anjing) juga dikenali sebagai lizard mouth tuna, white tuna, vau, dadori tuna, kidukidu. Nama mereka berasal dari barisan giginya yang hampir menyamai barisan gigi anjing. Kerana mereka sering memakan ikan karang, dogtooth diiktiraf pembawa toksin ciguatera di beberapa lokasi.

 

Tuna pelagik ini mendiami kawasan tropika dan subtropika di Lautan Pasifik Barat, Lautan Hindi dan sekeliling kawasan terumbu karang merupakan habitat utamanya. Ia telah pupus di Laut Merah Selatan dan hadir secara sporadikal di perairan Jepun selatan serta di sekitar Papua New Guinea, Kepulauan Marshall, Kepulauan Society, Kepulauan Marquesas dan dari seluruh Afrika Timur ke Australia.

 

 

Ia adalah spesies migrasi, tetapi diketahui memasuki perairan pantai semasa musim panas. Pemangsa ini biasanya ditemui di sekitar atau terumbu, terusan, paloh atau kawasan berbatu, di mana ia banyak didiami ikan karang. Dogtooth akan gemar memakan ikan makarel kecil, sotong atau ikan pelagis kecil lainnya.

 

Ikan-ikan luar pesisir ini boleh ditemui terutamanya dalam persekitaran terumbu dengan ikan yang lebih kecil yang lebih biasa dijumpai di kawasan terumbu cetek dan yang lebih besar yang menghantui kawasan terumbu karang yang mendalam dan gunung laut. Spesimen gergasi biasanya bersendirian atau dalam kumpulan pada kedalaman 10-300 meter.

 

 

Dogtooth tuna boleh mencapai panjang 190-248 sentimeter (spesies jantan) dan berat maksimum sehingga 130 kg. Saiz purata lazimnya ditemui adalah sekitar 40 hingga 120 cm. Mereka mempunyai 12-14 sirip dorsal lembutl dan 12-13 sirip anal lembut.

 

Aya budak ini mempunyai bentuk melengkung dan warna badan tersendiri: hijau biru yang cemerlang di bahagian belakang, keperakan di sisi dan keputihan pada perut, dengan dua tompok putih pada kedua sirip belakang dekat dengan pangkal ekornya. Mereka sentiasa berenang dengan rahang terbuka dengan bukaan mulut yang luas hingga mencapai mata.

 

Published by
Amang