BAYAN

Nama Saintifik: Scarus rubroviolaceus

Nama umum: Ember parrotfish

Nama tempatan: Bayan, ketarap

Kenali Spesies Bersisik Gred AAA (siri 1)!!

Ikan bayan amat sinonim di pantai timur di negara kita merupakan ikan yang mendiami kawasan batu karang serta pesisiran pantai yang berbatu. Habitat ikan ini merangkumi seluruh perairan Asia Pasifik. Ikan ini sangat terkenal dengan daya juang di kalangan kaki pancing walaupun bersaiz kecil telah menjadikannya sebagai sasaran kaki pancing.

Ikan ini yang mempunyai isi putih serta lembut amat lazat jika dijadikan hidangan terutamanya masakan steam.

Umpan: Ketam nipah ialah umpan paling popular untuk menjerat bayan ini. Selain itu, umpan seperti siput, kerang-kerangan, udang dan sotong juga boleh digunakan.

Pancingan : Selain pancingan dasar, bayan juga diburu dengan teknik jigging.

 

MERAH

Nama Saintifik: Lutjanus erythropterus

Nama umum: Red Snapper

Nama tempatan: Merah pucat, Merah

Ads

Kenali Spesies Bersisik Gred AAA (siri 1)!!

Dikenali juga sebagai merah pucat. Ikan ini merupakan ikan yang paling banyak dicari oleh pemancing. Selain itu, saiz ikan ini yang kadang kala mencecah lebih 5kg mampu memberi daya juang yang mengasyikkan.

Permintaan yang tinggi terhadap ikan merah di pasaran membuatkan ikan ini sentiasa menjadi sasaran pemancing. Ikan ini bergerak dalam kumpulan besar dan amat sensitif iaitu tidak lagi menjamah umpan yang dihulurkan, jika ada perambut putus ketika karauan sedang dilakukan.

Umpan: Umpan ikan merah amat mudah, isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, udang mati dan apa saja pasti akan dihentam ikan merah jika umpan dilabuhkan di kawasan yang didiaminya.

Pancingan : Dasar / jigging

 

MERAH SUMAN

Nama Saintifik : Pinjalo pinjalo

Nama umum : Japanese red

Nama tempatan : Merah suman

Ads

Kenali Spesies Bersisik Gred AAA (siri 1)!!

Merah suman tergolong dari keluarga ikan merah, apa yang membezakannya ialah rupa bentuk kepalanya yang lebih bulat berbanding ikan merah. Ikan ini tinggal di kawasan lubang dan struktur karang bersama dengan ikan merah. Ikan ini dianggap lebih sedap berbanding ikan merah.

Umpan: Sama seperti umpan ikan merah, umpan yang biasa digunakan adalah isi ikan, hirisan sotong, umpan hidup, dan udang mati boleh digunakan untuk menjerat spesies ini.

Pancingan : Dasar / jigging

 

JENAHAK

Nama saintifik: Lutjanus johnii

Nama umum: John’s Snapper, golden snapper

Nama tempatan: Jenahak, Jenak, Unga

Kenali Spesies Bersisik Gred AAA (siri 1)!!

Ads

Dikenali sebagai bantal emas di kalangan pemancing. Jenahak merupakan ikan yang sangat popular di negara ini, termasuklah di kolam-kolam air masin. Ikan ini terdapat di semua perairan Asia Pasifik. Seperti ikan kakap merah, ikan jenahak juga mendiami kawasan berhampiran muara semasa kecil.

Apabila dewasa, ikan ini akan mendiami lubang atau struktur karang yang berlumpur. Di Malaysia ikan ini banyak taburannya di kawasan perairan selat Melaka.

Umpan: Sotong, sotong kurita, udang lipan dan kembung/selar hidup merupakan umpan popular untuk menjerat ikan jenahak ini. Hirisan isi ikan dan sotong juga boleh digunakan.

Pancingan : Dasar / jigging / casting

 

SIAKAP MERAH

Nama Saintifik : Lutjanus argentimaculatus

Nama umum : Mangrove jack

Nama tempatan : Kakap merah, tambong

Kenali Spesies Bersisik Gred AAA (siri 1)!!

Ikan kakap merah atau lebih dikenali sebagai MJ (Mangrove jack) di kalangan para pemancing. Ikan Kakap merah bersaiz juvenil kebiasaannya akan tinggal di kawasan muara sebagai tempat perlindungan dan mencari makanan.

Kemudian apabila telah matang, ikan ini akan berhijrah kelautan lepas. Waktu malam merupakan masa sesuai untuk memancing ikan ini kerana ikan ini amat aktif pada waktu malam untuk mencari makanan.

Umpan: Umpan sotong dan kembung hidup amat popular untuk menjerat ikan ini. Walaupun begitu, hirisan isi ikan dan umpan ikan hidup juga dikatakan efektif untuk dijadikan umpan.

Pancingan: Casting / jigging / dasar

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI