Agas adalah spesies serangga yang tergolong dalam keluarga Culicoided. Terdapat beberapa spesies agas yang sememangnya kita kurang kenali dan fahami. Ada agas yang `baik’ dan `jahat’. Agas biasa yang baik yang sejati tidaklah berbahaya tetapi agas `jahat’ yang kita bimbangi adalah spesies Culicoides spp., iaitu sejenis nyamuk kecil yang ketagihan apa saja spesies yang bernafas dan berdarah.

 

Pada umumnya kebanyakan serangga penghisap darah tertarik kepada manusia kerana kita merembeskan karcon dioksida. Proses ini berlaku melalui pertukaran udara apabila kita bernafas, tetapi ia juga berlaku melalui kulit kita dan aromanya bagaikan isyarat pemanggil terhadap sang agas.

 

Kenali Serangga Yang Digeruni Pemancing

 

Faktor yang membantu agas ialah saiznya. Mereka hampir terlalu seni dengan saiz kurang dari 0.5-2.5mm. Saiz inilah mendatangkan masalah besar kerana kita tak tahu bahawa kita sedang digigit.

 

Agas memiliki satu set mulut khas untuk memudahkannya mencari makan. Mandibel tersebut beraksi bagaikan pasangan gergaji mini yang berselari dan boleh digerakkan berselang seli untuk memotong kulit luar yang kasar sehingga ke lapisan kapilari di bawahnya.

Ads

 

Kenali Serangga Yang Digeruni Pemancing

 

Sambil membelah, agas merembeskan air liurnya yang bukan sekaar melincirkan aksi gergajinya, tetapi melepaskan agen anti pembekuan darah bagi memudahkan ia menghirup darah yang mengalir keluar itu.

 

Tindak balas yang memberi kesan ke atas kita mungkin disebabkan antigen di dalam air liur agas itu. Andai kata kita boleh memasukkan air liur kita ke dalam darah agas, agaknya tentu reaksinya lebih dahsyat. Tetapi kesian… mereka tu terlalu halus.

Ads

 

Kenali Serangga Yang Digeruni Pemancing

 

Walau bagaimana pun hanya agas betina yang menghisap darah. Ini sama seperti kebanyakan serangga penghisap darah yang lain. Kenapa si betina yang cenderung hisap darah?

 

Ads

Semua disebabkan merekalah satu-satunya penghasil telur selepas mengawan dengan si jantan yang termampu mereka lihat (biasanya si jantan jauh lebih kecil). Justeru, penting untuk mereka mendapatkan makanan berprotein tinggi. Si jantan biasanya menghisap nektar (madu) sahaja.

 

Kenali Serangga Yang Digeruni Pemancing

 

Selain mengganggu manusia, agas juga menjadi vektor sebilangan jenis virus yang boleh memberi kesan penyakit kepada makhluk lain.

 

Lazimnya habitat agas ialah di hutan bakau dan kawasan berpasir yang basah berdekatan bakau. Bagaimana pun, agas juga dijumpai di sebarang vegetai berdekatan habitat pembiakannya, termasuklah kawasan berumput lembab dan vegetasi di sekeliling kawasan resort dan hotel, walaupun mereka berasal dari hutan bakau.

 

Kenali Serangga Yang Digeruni Pemancing

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI