Kong Kong, satu tempat yang terletak berhampiran Pasir Gudang menjadi antara kawasan yang semakin popular di kalangan kaki pancing sejak dari dahulu lagi.

Akhir-akhir ini, telah banyak rumah rakit dan perkhidmatan sewa bot untuk memancing wujud di sini sekaligus telah menaikkan nama lokasi yang unik ini untuk terus dikenali mereka yang meminati dunia hanyir ini.

 

Majalah Umpan pernah mendapat pelawaan daripada Persatuan Pemancing Tegar Negeri Johor (PPTNJ) untuk siri Jelajah Rakit Johor.

Dan antara rumah rakit yang menerima kunjungan kami ialah Rakit Pancing Harun yang terletak di Kong Kong.

 

Rakit Pancing Harun sudah mula dibina sejak tahun 2008 lagi. Menurut pemiliknya, Harun Bin Talib atau lebih senang dipanggil Abang Harun, pada asalnya rakit ini dibina untuk mengusahakan penternakan ikan dalam sangkar.

 

Kenali Rakit Pancing Harun Kongkong

 

Namun selepas melihat potensi rumah rakit kepada kaki pancing, akhirnya pada tahun 2010 beliau mula membukanya untuk kaki pancing.

 

Yang menariknya di Rakit Pancing Harun, bayaran yang dikenakan untuk kaki pancing hanya RM25 sahaja.

Lengkap dengan kemudahan seperti bilik untuk solat dan tidur, dapur, tandas dan televisyen, ini menjadikan rumah rakit ini antara yang termurah di perairan Kong Kong.

Tak hairanlah sambutan yang diterima oleh kaki pancing amat menggalakkan dan sering “full house” pada setiap hujung minggu.

 

Lebih memberi kepuasan di sini ialah rumah rakit ini terletak di lokasi yang strategik dan sering menjadi kawasan laluan ikan.

Ads

Malah, Abang Harun turut membina tukun di sekitar rumah rakit ini agar ia menjadi kawasan permainan ikan.

 

Kenali Rakit Pancing Harun Kongkong

 

Antara ikan yang sering dinaikkan di sini termasuklah siakap, kerapu, merah, kurau, tebal pipi, ebek, daun baru, semilang dan macam-macam lagi. Malah untuk rekod, ada pemancing yang pernah menaikkan pari seberat 9kg dan kurau hampir 6kg di sini!

 

Menurut Abang Harun lagi, musim sekitar Mei hingga November merupakan antara waktu terbaik untuk bertandang ke sini.

Ini adalah kerana pada waktu ini banyak ikan-ikan dari laut mudik ke kuala untuk bertelur dan mencari makan.

Jadi, sudah tentulah ini kesempatan terbaik buat kaki pancing untuk merasai tarikan ikan di Rakit Pancing Harun.

 

Kenali Rakit Pancing Harun Kongkong

 

Ads

Sewaktu kunjungan team Umpan dan PPTNJ, kami sempatlah merasai pengalaman memancing 2 hari 1 malam di sini.

Meskipun pemilihan tarikh pada waktu yang kurang sesuai iaitu sewaktu air besar, namun kami masih mampu menewaskan siakap, ebek dan pelbagai lagi jenis ikan.

 

Terbukti kawasan rumah rakit ini amat berpotensi untuk mencuba pelbagai teknik pancingan.

Dari bottom ke casting dan jigging semuanya sesuai untuk diaplikasikan di sini kerana rumah rakit ini terletak di kawasan yang berkedalaman 50 kaki pada waktu kemuncak air pasang penuh.

 

Kenali Rakit Pancing Harun Kongkong

 

Risau jika bekalan umpan anda tidak mencukupi ketika memancing di sini? Jangan risau, Rakit Pancing Harun turut menyediakan khidmat menjual udang dan tamban hidup kepada pemancing.

 

Bila ditanya tentang harapan, Abang Harun begitu mengharapkan agar mendapat sokongan yang berterusan di kalangan kaki pancing agar Rakit Pancing Harun terus maju pada masa hadapan.

 

Ads

Menurutnya lagi, di masa akan datang beliau akan cuba untuk terus membesarkan lagi rumah rakit ini agar keselesaan pemancing terus terjamin di sini.

 

Kenali Rakit Pancing Harun Kongkong

 

Info harga:

RM25 / orang memancing sehari

Tempahan & Pertanyaan : FB Rakit Pancing Harun Kongkong

 

Bagaimana ke sini:

Melalui Lebuh raya utara Selatan keluar ke susur Senai (Utara). Dari situ harus mengikut jalan menuju ke Desaru dan melalui Lebuh raya Senai-Desaru sebelum keluar ke susur keluar Pasir Gudang.

Kemudian ikut penanda arah ke Kong Kong dan akan tiba di jeti Kong Kong Laut sebelum menaiki bot ke Rakit Pancing Harun.

 

Kenali Rakit Pancing Harun Kongkong

 

baca juga…

 

IKON: Entreprenuer – Pengusaha Rakit Muara

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI