Taksonomi:

Phylum: Arthropoda

Subphylum: Crustacea

Class: Malacostraca

Order: Decapoda

Infraorder: Brachyura

Family: Matutidae

Genus: Matuta (Weber, 1795)

Species: M. victor

Binomial name: Matuta victor (Fabricius, 1781)

 

Ads

Kenali Profil Unik Ketam Bulan Yang Kurang Dikenali

 

Ketam ini bukanlah ketam popular yang biasa menjadi menu di meja makan. Ketam ini dikenali sebagai ketam kuning, ketam ragi dan ketam bulan namun lebih popular sebagai ketam ragi. Di peringkat global ia digelar common moon crab dan membawa nama saintifik Matuta victor. Taburan ketam ragi meliputi Indo-Pacific, Selatan Asia ke Fiji dan New Hebrides. Ia biasanya ditemui di pesisir pantai sehingga kedalaman 20meter.

 

Ketam ragi mencapai kematangan pada saiz 3-4cm dan mampu mencapai saiz maksimum 5cm. Ketam ini memiliki badan berkarapas keras dengan dua tulang panjang dan tajam di bahagian tepi, margin anterolateral yang hampir bergerigi.

 

Kenali Profil Unik Ketam Bulan Yang Kurang Dikenali

 

Ads

Badannya berwarna tanah kekuningan dengan banyak bintik hitam halus dan beberapa yang lebih besar pada cengkerang, kaki dan pendayungnya berwarna kuning terang. Ia menghuni kawasan pesisir pantai. Keistimewaan ketam ini adalah kesemua kaki-kakinya berpengayuh, menunjukkan ia adalah perenang yang kuat dan digunakan untuk mengorek pasir bagi tujuan berlindung.

 

Warnanya yang seperti pasir pantai itu membuatkan ia mudah menyembunyikan diri dari pemangsa. Ketam ini jarang sangat dijumpai dalam saiz yang besar. Hanya beberapa tahun lepas saya berpeluang bermain-main dengan spesies ketam yang banyak mewarnai zaman kanak-kanak.

 

Kenali Profil Unik Ketam Bulan Yang Kurang Dikenali

 

Sebagai kanak-kanak yang membesar di pesisir pantai, menangkap ketam ragi merupakan antara aktiviti seronok dilakukan selain memancing.

 

Ads

Hendak tangkap ketam ragi tidak sukar. Tidak perlu pergi jauh di tengah laut. Tidak perlu bot atau perahu. Untuk tangkap tidak perlu peralatan khas. Hanya boleh guna tangan sahaja untuk tangkap ketam ragi. Bagaimanapun perlu lah ada umpan untuk menarik kehadiran ketam ragi.

 

Kenali Profil Unik Ketam Bulan Yang Kurang Dikenali

 

Umpan paling diminati oleh ketam ragi ialah bahagian anggota atau organ haiwan seperti perut dan usus. Namun, paling banyak digunakan ialah bahagian perut ayam dan kepala ayam. Selain itu ikan busuk dan sotong juga boleh digunakan.

 

Umpan itu akan dicucuk atau diletakkan pada bilah buluh atau batang kayu. Bilah buluh itu dipacak berdiri di tepi pantai yang ke dalaman air sekitar setengah meter. Kalau kawasan dalam, susah pula nak pacak dan sukar untuk menangkap ketam ragi nanti.

 

Kenali Profil Unik Ketam Bulan Yang Kurang Dikenali

 

Ketam ragi akan datang ke umpan yang berbau itu. Ketika ketam ragi tengah makan atau berada di sekitar umpan itu, ia boleh ditangkap menggunakan tangan atau alat penyauk. Tetapi, rasa lebih mudah menggunakan tangan. Ketam ragi mempunyai penyepit yang kecil. Kalau disepit pun tidak rasa sakitnya dan mudah dilepaskan.

Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI!
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI