Terdapat sekurang-kurang 450 spesies udang lipan di perairan dunia. Dalam masyarakat Assyrians kuno ia digelar ‘belalang laut’, di Australia ia digelar ‘udang pembunuh’ dan juga ‘pemotong ibu jari’ kerana keupayaan haiwan ini untuk menimbulkan kesakitan luar biasa jika tidak ditangani dengan baik ketika memegangnya.
Ia mempunyai kuku cakar berkuasa yang digunakan untuk membunuh mangsa atau memecahkan cengkerang mangsa.
Dan di Malaysia ia lebih dikenali sebagai udang lipan walaupun rupanya lebih mirip kepada mentadak (mantis).
Udang lipan biasanya membesar sekitar 10 cm. Namun sesetengah spesimen boleh mencapai sehingga 38cm.
Udang lipan terbesar yang pernah ditangkap mempunyai panjang 46cm dan ia ditangkap di Indian River, Fort Pierce, Florida, di Amerika Syarikat.
Ads
Kerapas (carapace) udang (kulit tebal, kulit tebal yang merangkumi krustasea dan beberapa spesies lain) merangkumi hanya bahagian belakang kepala dan empat segmen pertama thorax.
Udang lipan adalah antara pemangsa yang paling penting di kebanyakan habitat laut cetek, tropika dan subtropika.
Ads
Walau bagaimanapun, mereka kurang difahami kerana banyak spesies menghabiskan sebahagian besar hidup mereka di dalam kolong dan lubang.
dang lipan yang kami ingin ketengahkan di sini ialah dari jenis udang lipan yang biasa digunakan oleh pemancing sebagai umpan yang kerap digunakan untuk memancing ikan dasar bersisik di laut seperti jenahak dan kerapu.
Keunikan lain dari udang ini mempunyai dua mata yang berputar 360 darjah berfungsi sebagai radar.
Ads
Kebiasaan udang ini bersembunyi dan berdiam diri di bebatuan dan balik karang sambil menunggu mangsanya.
Udang lipan termasuk salah satu hewan karnivor yang boleh membunuh ikan dengan ukuran lima kali lebih besar dari badannya.
Dan jenis udang lipan yang menjadi pilihan kami ini membawa nama umum silver mantis shrimp atau squilla mantis.
Tak kumpau punya, baca lah UMPAN seeNI! Download seeNI sekarang!
Bagi pemancing tegar ikan rohu, nama belangkas bukanlah suatu yang asing walaupun tidak pernah menyentuhnya hidup-hidup. Apa yang mereka tau, minyak belangkas sememangnya mujarab dicampurkan dengan dedak untuk menghasilkan umpan memancing
Bila sebut pasal belangkas, mungkin ramai yang pernah pernah mendengarnya tetapi tidak ramai di antara kita yang mengenalinya. Malah mungkin ada juga yang tidak pernah mengetahui mengenai kewujudan makhluk laut ini.
Belangkas atau nama saintifiknya Tachypleus gigas, merupakan sejenis haiwan yang hidup di laut dan air payau. Bentuk badannya yang bercengkerang dan dilihat seakan-akan kereta kebal mini yang berwarna kehijauan.
MENANGKAP BELANGKAS
Kebiasaannya, bagi nelayan di Malaysia, belangkas amat mudah ditangkap menggunakan jaring atau pukat yang dipasang memanjang di pesisiran pantai berpasir. Apabila air mulai bergerak pasang, belangkas akan bergerak ke pesisir pantai dan dari situlah ia akan terperangkap di jaring yang dipasang merentasi pantai.
Tahukah anda, belangkas juga boleh ditangkap menggunakan tangan. Caranya dengan memerhati kelompok buih di atas air (sepanjang gigi air). Dengan cara ini, Ia memerlukan daya penglihatan yang tajam untuk menangkap spesies ini.
Kebiasaannya, belangkas akan diperolehi sepasang, iaitu jantan dan betina. Kebanyakan penangkap belangkas, hanya akan mengambil belangkas betina manakala jantan akan dilepaskan. Ia disebabkan betina bersaiz lebih besar, lebih banyak isi dan mengandungi telur.
DARI LAUT KE DAPUR
Untuk menyiang belangkas ia memerlukan ketelitian kerana anda perlu membuang saluran najis hingga ke kantung perutnya yang berada di tengah-tengah anggota kakinya hingga ke dubur iaitu pangkal ekor tajamnya.
Ini kerana, bahagian tersebut mengandungi sejenis toksin yang boleh membuat pemakannya berasa mabuk dan pening kepala.
Untuk resipi, belangkas boleh dimasak asam pedas kering atau masak lemak cili api (salai terlebih dahulu). Rasa isinya memang manis seperti isi ketam dan telurnya yang banyak dan rasanya seakan kuning telur asin yang menyelerakan.
UMPAN MEMANCING
Selain dijadikan masakan, belangkas juga amat popular di kalangan kaki pancing laut mahupun kolam kerana keupayaannya dijadikan umpan yang berkesan untuk memikat ikan. Untuk pancingan laut, biasanya, pemancing akan menggunakan telur belangkas dan dikepal bersama mata kail untuk menjerat pelbagai jenis ikan. Ia memang terbukti mampu menjinakkan spesies bersengat seperti sembilang, belukang dan duri.
Manakala untuk air tawar, belangkas dijadikan minyak belangkas yang dicampur bersama dedak atau pelet untuk menjerat rohu, patin, jelawat dan lampam.
Di Malaysia, spesies ketam Portunus pelagicus biasanya dipanggil ketam renjong, ketam bunga dan ada juga yang memanggilnya ketam laut sahaja. Sementara nama umumnya pula adalah blue swimming crab atau flower crab.
Ketam bunga ini merupakan haiwan krustasea yang berada dalam genus Portunos dan keluarga besar Portunidae. Spesies yang turut mendapat nama jolokan The Blue Swimmer ini merupakan makanan istimewa di negara-negara Asia dan ia boleh ditemui hampir di semua lautan dunia.
Spesies ketam bunga jantan
Ketam bunga merupakan spesies ketam natif di Lautan India dan Pasifik, serta Laut Mediterranean. Antara lain ciri-ciri pengenalan ketam bunga adalah chelipeds atau kaki sepit yang panjang, karapas atau cangkerang bulat yang boleh tumbuh dari 5-7cm hingga 20 cm lebar.
Ketam bunga jantan berwarna biru terang dengan bintik-bintik putih dan dengan chelipeds panjang, sementara ketam betina berwarna coklat kehijauan dan memiliki karapas yang lebih bulat.
Spesies ketam bunga betina
Portunus pelagicus lazimnya memasuki estuari untuk mencari makanan dan tempat perlindungan. Kitaran hayatnya banyak berlegar di estuari sebagai larva dan ketam juvenil menggunakan habitat ini untuk pertumbuhan dan pembangunan.
Sebelum menetas, ketam betina bergerak ke dalam habitat laut yang cetek, melepaskan telurnya dan larva yang baru menetas bergerak ke muara sungai.
Bahagian perut ketam bunga betina (kiri) dan ketam bunga jantan (kanan)
Ketam bunga dikenali kerana tabiat mereka untuk tinggal di bawah lumpur atau pasir untuk jangka masa yang panjang, terutamanya pada siang hari dan mereka mempunyai toleransi yang sangat tinggi terhadap ammonia dan nitrat.
Mereka memakan microalgae dan ikan kecil dan mereka tidak dapat bertahan untuk jangka masa yang panjang apabila keluar dari air laut dan juga merupakan perenang yang benar-benar hebat.
Portunus pelagicus lelaki dipercayai menjadi lebih bersifat kewilayahan dalam air sejuk. Ini mungkin menjelaskan mengapa ketam jantan jarang dilihat dalam jarak dekat antara satu sama lain di perairan yang lebih sederhana. Ia juga boleh menjelaskan kenapa ketam betina kelihatan lebih produktif di kawasan tersebut.
Nama binomial: Panulirus versicolor (Latreille, 1804)
Keanekaragaman jenis Panulirus sp di perairan daerah tropika lebih besar daripada di daerah sub-tropika, tetapi kelimpahannya relatif rendah. Rainbow lobster atau udang kara hijau (Panulirus versicolor) hidup pada perairan terumbu karang sampai pada kedalaman beberapa meter.
Biasanya mendiami tempat-tempat yang terlindung di antara batu-batu karang dan jarang ditemukan dalam kelompok yang berjumlah besar. Banyak terdapat diperairan Asia tenggara termasuklah Malaysia.
Warna lobster bervariasi tergantung jenisnya, pola-pola duri di kepala, dan warna lobster biasanya dapat dijadikan tanda spesifik jenis lobster. Genus-genus dari panulirudae dalam pengelompokan taksonominya menggunakan ciri morfologi dan berhubungan erat dengan letak geografi atau garis lintang dan juga kedalaman air. Sebagai contoh, untuk perairan cetek di daerah equator akan dijumpai genus Panulirus.
Rainbow lobster atau multicolor lobster (Panulirus versicolor) hidup pada kedalaman 5 – 30 meter (Subani, 1977 in Hasrun, 1996). Banyak spesies yang hidup pada substrat yang berbatu-batu, lumpur atau pasir dan membuat lubang.
Kebanyakan lobster memilih tempat-tempat yang berbatu karang, di balik batu karang yang hidup maupun batu karang yang mati, pada pasir berbatu karang, di sepanjang pantai dan teluk-teluk. Karena itulah organisma ini dikenali dengan nama udang karang atau lobster.
Mereka kurang menyukai tempat-tempat yang sifatnya terbuka dan terlebih arus yang kuat. Tempat-tempat yang disukai adalah perairan yang terlindung. Berdasarkan pengalaman nelayan, udang karang banyak terdapat di tempat-tempat yang memiliki kedalaman perairan 10–15meter.
Kebiasaan hidupnya merangkak di dasar laut berkarang, di antara karang-karang, di gua-gua karang, dan di antara bunga karang. Berdasarkan kebiasaannya merangkak, maka lobster dikatakan tidak pandai berenang, walaupun memiliki kaki renang.
Lobster termasuk haiwan nokturnal yang aktif pada malam hari, keluar meninggalkan sarangnya untuk mencari makan dan pasif di siang hari. Haiwan nokturnal memiliki memiliki aktiviti yang tinggi pada permulaan menjelang malam dan berhenti beraktiviti dengan tiba-tiba ketika matahari terbit.
Mereka menjadikan moluska dan echinodermata sebagai makanan yang paling digemarinya, selain ikan dan protein haiwan lainnya, terutama yang mengandung lemak, serta jenis algae. Udang kara dapat digolongkan sebagai haiwan yang mengasuh dan memelihara keturunannya walaupun sifatnya hanya sementara.
Lobster betina yang sedang bertelur melindungi telurnya dengan cara meletakkan atau menempelkan butir-butir telurnya pada bahagian bawah abdomen hingga telur tersebut menetas menjadi larva udang.
Menjelang akhir period pengeluaran telur dan setelah disenyawakan, lobster akan bergerak menjauhi pantai dan menuju ke perairan karang yang lebih dalam untuk penetasan. Jumlah telur yang dihasilkan setiap ekor betina lobster dapat mencapai lebih dari 400,000 biji.
Larva lobster memiliki bentuk yang sangat berbeda dari yang dewasa. Larva pada stadium filosoma misalnya, mempunyai bentuk yang pipih seperti daun sehingga mudah terbawa arus.
Semenjak telur menetas menjadi larva hingga mencapai tingkat dewasa dan akhirnya mati, maka selama pertumbuhannya, lobster selalu mengalami pergantian kilit (moulting). Pergantian kulit tersebut lebih sering terjadi pada peringkat larva. Secara umum dikenali ada tiga tahap peringkat larva, iaitu naupliosoma, filosoma, dan puerulus.
Perubahan dari tahap ke tahap berikutnya selalu terjadi pergantian kulit yang diikuti perubahan-perubahan bentuk (metamorphose) yang terlihat dengan adanya modifikasi-modifikasi terutama pada alat geraknya.
Pada peringkat filosoma iaitu bahagian pergantian kulit yang terakhir, terjadi peringkat baru yang bentuknya sudah mirip lobster dewasa walaupun kulitnya belum mengeras.
Pertumbuhan berikutnya setelah mengalami pergantian kulit lagi, terbentuklah lobster muda yang kulitnya sudah mengeras karena diperkuat dengan zat kapur. Bentuk dan sifatnya sudah mirip lobster dewasa (induknya) atau disebut sebagai juvenil.
Tahu ke anda bahawa memancing ketika hujan, memberi anda peluang lebih baik untuk menangkap lebih banyak ikan. Memang betul, tetapi ia memerlukan sedikit perencanaan...