Pokok tapak kuda merupakan sejenis pokok perintis. Batangnya yang menjalar merebak dengan cepat dan membentuk tutup bumi, mendakan sampah-sarap yang terperangkap membantu pasir membentuk tanah yang stabil. Ia berkait dengan pokok kangkung dan kembang pagi.
Pokok yang mempunyai daun selebar 8-10 cm ini mendapat namanya bersandarkan pada daunnya yang menyerupakai tapak kaki kuda. Tanaman ini sesuai ditanam sebagai landskap untuk menghiasai tepi jalan dan juga kawasan taman. Mempunyai bunga yang cantik berwarna ungu terang.
Apa kaitan pokok ini dengan dunia memancing?
Ada petua mengatakan pokok ini mampu menjadi penawar sekiranya terkena sengat ikan berbisa seperti sembilang dan pari. Memandangkan ia tumbuh meliar di tepi pantai maka ia sangat berguna kepada pemancing pantai atau surfcasting.
Cara menggunakannya ialah ambil getah pokok ini dan letakkan pada bahagian anggota badan yang terkena sengat itu. Sekiranya luka pada tempat kena sengat itu sudah tertutup, cucuk sikit dan letak getah pokok ni. InsyaAllah berkesan.
Klasifikasi
Nama Botani: Ipomoea pes caprae
Nama Famili: Convolvulaceae order Tubiflorae
Nama Biasa: Pokok Tapak Kuda
Klasifikasi: Pokok Penutup Bumi
Jangka hayat: Tempoh jangka hayat rendah.
Tempat asal: Banyak terdapat di tepi pantai
Fungsi landskap: Mengawal hakisan tanah serta estetik dan pengindahan.